nuffnang ads

Thursday 26 January 2012

Tilik tapak tangan.Anda percaya???


sesuatu yang tak boleh dilupakan dan dimaafkan

Huhu.Itulah status facebook aku.Emosi berkecamuk apabila hormon tidak berada di paras normal.

Nak melayan orang pun malas.Rasa macam nak marah orang.Nak lepas semua perasaan.Nilah yang aku tak suka bila tiba waktu bendera merah.Sedap memanglah boleh tidur sampai pagi.Takyah ambil wudhuk lak tu sejuk-sejuk ni.Tapi masalah kestabilan emosi sangat menggugat keharmonian rumah tangga.Haha.

Apabila diajukan soalan bilakah present assignment.Maaflah kawan,aku sangat berkecamuk hari ini.Terima kasih atas nasihat dan keprihatinan anda.Tapi saya tak ada masalah perhubungan dengan sesiapa.Saya ada masalah hormon tidak stabil.Hehe.

Tapi sekarang aku dah stabil.Huhu.P tidur selepas asar siapa suruh.Kerana itulah jadi emosi tunggang langgang.Huhu.

Aku ada buat benda ni dengan waktu lapang aku memandangkan cuti sempena revolusi mesir 25 Januari.

Nak cakap tipu macam sama.Banyak kali buat benda-benda macam ni,keputusan lebih kurang je.Tengok tengok dua kali ok dia ulang perkataan HONEST.Apakah maksudnya?Hehe.Saya memang jujur.Kalau saya curang dengan pakwe saya pun saya bagi tahu.Haha.Sila jangan percaya

Ni pula aku buat semalam.Dia cakap aku nak pergi mengembara?Umm macam tahu-tahu je.Ada juga plan nak pergi jalan-jalan.Tapi bukan UK ok.Dah ada membe tanya aku,aku nak p UK ke nanti cuti winter.Tidak.Pertanyaan anda silap tempat.Huhu.

Nak tanya soalan.

Korang percaya tak dekat tukang tilik yang guna tapak tangan tu?

Pengalaman aku:

SATU:

Aku ada kenal budak-budak sini yang tahu baca perangai orang melalui tapak tangan.Mereka panggil ikrob ehh.Aku pun tak pasti.Bila mereka baca tangan aku katanya 'Haha.Nanti ecah dapat suami baik sangat,tapi tak ensem'.Huh?Kurang asam gelugur punya orang.Tapi alhamdulillah,tak ensem tak apa.Asal baik.Ensem tapi tidak baik buat apa.Kan kan kan.

Gambar yang tiada kena mengena.Keluar makan-makan section 1 selepas periksa.

Lagi gambar yang tiada kena mengena.Masa hari sukan PCI (Perubatan Cawangan Iskandariah)

DUA:

Masa aku sekolah dulu ada seorang cikgu aku,dia pantang mengumpat dia terus je muncul depan mata.Walau masa aku mengumpat dia tu dia ada kat tangga blok lain,tengah-tengah aku cakap dia muncul depan aku dan cakap 'Hai aisyah,awak cakap pasal apa?'Walawei terkejut beruk aku ok.Lepas tu insaf,tak nak mengumpat dia dah.Haha.Bukan mengumpat pun,cakap-cakap je.Haha.Tapi orang cakap,cikgu tu pandai baca orang.Serius rindu dekat ciktu tu.Best dia mengajar.

Gambar semasa tingkatan lima.

TIGA:

Aku ada kenal seorang uncle ni.Aku kenal dia dekat tempat kerja aku.Dia ni buddha dan seorang vegetarian.Aku tak pasti dia ni sami ke apa.Huhu.Tapi dia ni pakai biasa-biasa je.Tauke aku kan cina,jadi dia selalu lepak-lepak dekat kedai aku.Dah tua dah uncle ni.

Dia pun pandai baca tapak tangan orang.Tapi mata dia dah tak berapa nampak dah.Dia siap boleh cakap lagi kisah-kisah silam aku.Sengal betul.Tapi dia baik.Terakhir aku jumpa dia balik tahun lepas.Masa tu dia nak belanja aku makan dekat ayamas tapi aku dah bayar jadi dia belanja aku roti gardenia.

Membe-membe masa kerja.

Kedai kami mengamalkan dasar kebebasan beragama.Kalau tauke aku 'sembahyang' kami pun hormat jelah.Waktu kami sembahyang,dia pun ok je.Tak ada nak menyoal banyak-banyak pun.Almaklumlah kalau perempuan sembahyang,nak ambil wudhuk satu,nak pakai baju sembahyang,nak boleh ke sembahyang,nak make up balik lepas tu.Lebih setengah jam setiap waktu.Huhu.

Kalau bulan puasa,semua orang kan puasa kecuali tauke aku.Kalau stok sampai,memang serius penat ok.Tapi tauke aku dia akan stay up malam tu sudahkan stok-stok tu semua sorang-sorang agar kami tak perlu buat kerja stok esok sebab kami puasa.Kalau aku mengaji lepas sembahyang tu,katakan ada pelanggan, tak ada pun tauke aku nak suruh berhenti p layan pelanggan.Dia sendiri akan bangun p layan pelanggan.Huhu.

Masa ni berat aku 58 kilo.Masa aku balik cuti tahun dua.Kali terakhir kerja.Lepas tu dah malas.

Tapi bukan semua tauke macam tu.Ada yang tak bagi sembahyang.Siap nak ugut tak boleh keluar rehat kalau pergi sembahyang.Nak potong gaji dan macam-macam.Yang macam ni memang aku bersuaralah.Tapi ni terjadi dekat cawangan lain.Bukan aku punya cawangan.Ada juga tauke yang bela anjing dalam stor.Aku pernah kerja dekat kedai sebelum tu, dia bela anjing besar dari aku ok dalam stor.Dengan air kencing anjing merata-rata.Tiap kali nak sembahyang kena samak ok.Pertama kali kena air kencing anjing,menangis kot aku.Benda kita tak biasa kot.Stress gila.Tak sampai dua minggu kerja aku berhenti.Dah lah gaji murah.Huhu.

Tauke aku nak kahwin dengan orang melayu dan dia akan masuk Islam.Tapi dia nak kahwin dengan orang melayu.Haha.Siapa-siapa yang berminat boleh cuba.

Terima kasih dekat pakcik yang kasi aku cheese cake ni.Terima kasih sekali lagi dekat pakcik yang telefon aku tadi.Haha.Kantoi aku menangis.Huhu.Jangan ditanya saya akan masalah saya,sebab tak akan berkongsi masalah saya dengan sesiapa pun.Pandai makan pandai simpan,pandai buat pandai tanggung.Tapi sebenarnya saya tak ada masalah.Sekian terima kasih

Ohh saya ada masalah:

Masalah saya siapa nak kasi saya 300 genih (Rm 150)untuk dihabiskan dekat book fair hari jumaat ni?Haha.Adakah ini satu bentuk masalah???

2 comments:

  1. Tak percaya,tp kdg2 jadi betul macam kebetulan.Selalunya kalau org melayu tilik tak jadi,kalau tabib cina buat..mmg jadi..

    Slm perkenalan.CIk Ila jmpe kt innit td.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga cik Ila
      Saya orang baru..

      Betul,tak percaya juga.Mungkin satu kebetulan.

      Orang yang jaga gunung berapi di indonesia pun mati kerana letusan gunung berapi itu.Kalau dia boleh meramal tepat,tentu dia dah lari awal2.Hehe.

      Delete