nuffnang ads

Saturday, 7 January 2012

meh nak bawa jalan-jalan pasar dekat mesir

Hari khamis lepas aku p pasar.Camne eh suasana pasar kat Mesir ni?Lebih kurang je dengan Malaysia.Cuma hujan kebelakangan ni menjadikan tanah amat lecak.Jadi sila pergi dengan pakaian paling selekeh ye.Sebelum pergi pasar pun dah hujan,cik Ogy telefon tanya aku p pasar ke hujan-hujan ni dengan suara cuak dan bimbang.Haha.Ogy sayang aku kan.Hukhuk perasan.

Ni aku pergi pasar mahattah mas.Dari rumah aku di azarita,naik teksi p pasar tu bayar tambang 3 genih (RM 1.50) kalau tak nak gaduh dengan pakcik teksi.Kalau berani nak gaduh atau mood tengah nak hangin boleh bayar 2 genih (RM 1).Lepas tu kena cakap nak p سوق nantikan pakcik tu berhenti dekat محطة (stesen keretapi) pula.

Orang jual daging.Sosej arab.

Salad.1genih sebiji atau 50 sen.Terung sekil 2 genih atau RM 1.Terima kasih mar kerana nekad ambil gambar ni walau pakcik baju hitam tu dah bising-bising.Huhu...Macam orang nak ambil gambar dia.

Ubi kentang 1 genih sekilo atau 50 sen.

Ikan masin.Orang arab ni ada perayaan makan ikan masin.Aku dah lupa sempena apa.

Ayam 12 genih sekilo atau RM6.Tengok ayam dia tak lari pun.Konon ke ayam burung merpati dan arnab pun boleh duduk elok2 atas bakul tu.Diaorang pakai ilmu apa entah.Haha.

Makcik mar tengah bodek pakcik jual ayam sebab nak kaki ayam.Haha..

Strawbery 6 genih sekilo atau RM 3.


Lepas tu masa jalan-jalan balik,jumpa pakcik jual ni..........

Ikan.Pernah nampak ikan?Kawan aku duk dekat jordan cakap dia tak pernah makan ikan.Sebab susah nak dapat dan mahal.Ikan ni tak selalu ada.Ikut nasiblah.Harga dia 22 genih sekilo atau RM 11.

Suruh pakcik tu siangkan ikan.Bayar 1 genih.Balik rumah basuh je.

Akhirnya jadi ikan patin gulai tempoyak.

Nak resepi ikan masak gulai tempoyak.Klik sini.Lain kali aku ambil gambar dengan kobis pula ye.

2 comments:

  1. rugi x tunjuk gmbar mg angkut kobis,chah..baru gagah!
    bahahaa

    *ogy syg echah?
    ---syg keee???

    haha.mestilah.
    inshaAllah =)

    ReplyDelete
  2. Tak beli pun.Kalau nak beli kena pakat2 nak.Tak kan nak makan kobis sebulan kot.haha..Tau kau syg aku kan.Esok silalah bawa mknn.Hehe

    ReplyDelete