Ada orang mengaku baik.Tapi sibuk menghebahkan keburukan orang lain.Semakin kita ingin dekat dengan Allah semakin banyak halangannya.Dalam mengejar dan berlumba-lumba melakukan kebaikan,tanpa kita sedari kita menghebahkan keburukan orang lain.Allah manisnya iman.Sukarnya memiliki.
'Jangan ecah,jangan buka aib orang,kau siapa nak buka aib orang lain sedangkan Allah sembunyikan aib mereka'.
Hari ini aku nak bawa satu cerita yang buat aku terfikir betapa kasihnya Allah pada hambanya.
'Jangan ecah,jangan buka aib orang,kau siapa nak buka aib orang lain sedangkan Allah sembunyikan aib mereka'.
Hari ini aku nak bawa satu cerita yang buat aku terfikir betapa kasihnya Allah pada hambanya.
Pada zaman Nabi Musa AS, Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kalimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.
Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi..asqinaa”..
Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kamu”.
Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksudkan.
Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.
Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.
Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”
Begitulah sayangnya Allah pada hambanya.Dosa yang dibuat selama 40 tahun pun diampunkanNya dan dipelihara aibnya.Maha Pengasih Maha Penyayang mu ya Allah.
Rasulullah SAW mencela seseorang yang mencela yang mempermalukan saudaranya,kerana itulah Allah menyifatkan seseorang yang mencemarkan kehormatan kaum muslim dengan lisan mereka,sebagaimana firman Allah:
'Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar dikalangan orang beriman.mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan akhirat.Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui'
Surah an-nur ayat 19
Dan dalam satu hadis lain:
'Dan barang siapa menutup aib seorang muslim,nescaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat'
Menutup aib disini bukanlah bermakna menyembunyikan korupsi dan untuk mereka yang memang terkenal melakukan dosa.Menutup aib di sini dituju kepada orang yang tidak terkenal melakukan dosa dan kerosakan.
Jadi siapakah kita untuk membuka aib kawan-kawan.Mereka mungkin bertaubat kepada Allah,dan Allah ampunkan mereka.Tapi kita?Bilakah akan pergi mohon ampun kepada mereka?
Allah juga melarang kita membuka aib kita kepada orang lain kecuali kepada yang arif untuk meminta pendapat.
Nabi s.a.w memberi ingatan :
Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini.." maka terhapuslah tutupan tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya. - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : "Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini?" Lalu jawab lelaki itu: "Ya Wahai Tuhan.." dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : "Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya." - Riwayat Al-Bukhari
Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebagainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya.
Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya. (HADIS DIRIWAYATKAN – MUSLIM)
No comments:
Post a Comment