nuffnang ads

Tuesday, 24 January 2012

kanser dan Allah

Kelas pukul 9 pagi,pukul 9 pagi baru nak mandi.Hah.Bagus gila.Amalkan selalu nanti kau dah kerja baru tahu susah bila dah jadi tabiat.Sekali sampai-sampai prof dah masuk.Nasib baik prof ok je.Kalau kena halau dengan prof,panas hati tapi tak sedar silap sendiri.Kan kan.

Bukan tentang kelambatan aku yang aku nak ceritakan sekarang.Tapi tentang kanser dan kewujudan Allah SWT.

Sebagaimana kita yakin akan kewujudan Allah seperti itulah kita kena yakin tentang kewujudan metastasis of cancer.

Allah itu wujud dan kita yakin kewujudan Allah walau kita tak nak nampak atau nampak Allah itu.Ha ada orang nampak Allah ke?Huhu.Kita tetap beribadat kepada Allah walau tidak pernah melihat Allah.

Kita nampak kewujudan Allah dengan mata hati bukan dengan lubang mata.Dengan memerhatikan kewujudan kita,kewujudan siang malam yang silih berganti,kewujudan alam semesta.Langit-langit yang tidak bertiang.Lubang hidung yang menghala ke bawah.Huhu.Nak juga.





Begitulah yang Allah firman dalam Al-Quran.Ni adalah contoh yang prof aku bagi dekat kami tadi.

Point prof:
Hendaklah kamu fikir bahawa metastasis itu ada walau kamu tidak nampak kewujudannya.Walau dengan CT scan,X Ray,MRI atau segala bentuk investigation adalah negatif,kamu kena yakin setiap kanser telah disertakan dengan metastasis seperti kamu yakin kewujudan Allah walau kamu tidak nampak Allah.Kamu tetap sembahyang tetap puasa dan melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Ok tu je aku nak cakap.Hehe.



Dalam kehidupan,selagi kita tidak percaya kepada kuasa yang lebih kuat daripada kita,kita akan hilang punca.Kepada Allah tempat kembali segalanya.

No comments:

Post a Comment