nuffnang ads

Friday, 6 January 2012

1 keadaan 3 ucapan

Aku nak menelaah.Cewah menelaah tu.Tapi mod pula lari.Nak kejar tak sempat.Huhu.Kenapalah sekian lama ni aku rasa malas gila-gila.Tadi pagi ingat nak p swimming tapi.....Rupanya dia dah tutup kelas renang untuk dewasa.Hanya kelas untuk kanak-kanak saja yang masih berjalan.Sedih oooo......

Ok,nak cari kelas baru.Kali ni nak belajar menari lah pula.Kahkah.Serius ni tau.Siapa tahu dekat mana kelas menari di kawasan iskandariah ni?Kalau tahu bagi tahu aku eh.

Belajar tango ok tak???

Nak cerita pasal satu keadaan atau situasi.

Aku p kelas kan pakai jaket kulit aku yang gedabak tukan jadi haruslah baju yang didalam tu muat-muat je.Huahua.

Alkisah pundi kencing aku tiap-tiap pagi mesti menuntut untuk dikurangkan isinya.Yelah mahunya dekat 1 liter aku minum air masak pagi-pagi sebab nak telan semua ubat-ubat tu.Secara logiknya memang akan kerap masuk tandaskan.Haha..Nak juga cerita.

Jadi,hari khamis tu aku masuklah tandas.Keluar-keluar ada makcik ke prof entah nak masuk tandas.Macam tulah.Jadi aku keluar tandas tanpa pakai jaket aku.Semestinyalah sangat seksi.Walawei tak seksi pun.Cuma baju tu muat-muat mengikuti apa yang patut diikut.Huahua.(Mar cakap ------- bertambah besar.Kurang asam betul nak cakap aku gemuk lah tu.)

Sebagai kawan-kawan yang prihatin,mereka mesti terus akan tegur aku.Haha.Aku dah agak benda macam ni mesti jadi.Tapi aku dah berazam nak pakai jaket tu nanti dalam kelas.Huhu.Aku baru masuk tak sempat duduk lagi dah kena tegur.

Si O:Waa slimnya ecah.(Aku bukan dah lama slim ke?Haha)
Si N:Waa seksinya ecah (Nak buat macam mana.Aku memang hot.Tapi api neraka lagi hot.Hukhuk)
Si A:Ecah cepatlah pakai baju tu.(Baju disini merujuk jaket ye kawan-kawan.Tak kan aku tak pakai baju pula)

Ketiga-tiga cara menegur di atas aku tak terasa hati pun.(nota kaki tangan:aku bukan jenis cepat terasa.huhu)Cuma cara Si A menegur buat aku zapppp....Wah bagusnya A sekarang Dah matang.Dah pandai cara nak menegur.Kalau tak dulu Si A je yang akan sound-sound orang macam cara Si O dan Si N.Terus terfikir,kalau dia boleh menerima teguran aku dulu dan mempraktikkan,kenapa tidak aku.Wawa.Malu laa pula rasa.Muah muah..Sayang kamu A,O dan N.

Kata-kata seksi dan slim itu hanya sindiran ye.Bukan pujian.(Ohh lemakku)

Jawapan aku kepada O dan N,'Eii lempang laju-lajukan baru tahu'

Haha.Ni akibat terpengaruh baca blog Kak Di.

Tak tahulah O dengan N terasa ke tak.Kalau O aku yakin macam tak terasa.Sebab aku dah selalu je cakap macam tu.Kalau N mungkinlah terasa.N ni sensitif sikit.Anak tunggal perempuan.Huhu.Siapa suruh mulut kau sesedap rasa je menjawab,padam muka kau ecah.


No comments:

Post a Comment