Kebodohan yang nyata kadang-kadang sangatlah menyakitkan hati.Biasanya orang yang suka mempamerkan kebodohan sendiri adalah orang yang jenis suka buat-buat PANDAI.Kononnya dialah yang tahu kesemuanya.Cakap je pasal apa,semua dia mahir.Sekali bila buka mulut mahu je aku sumbat kau dalam longkang.Dah tak tahu tak perlulah cakap tahukan.Baik mengaku tidak tahu dari pura-pura tahu.Tak perlulah terlebih keyakinan diri.Ikut kejahilan.Sesat!!!
Contohlah:korang nak p satu temuduga.Lepas tu kauorang tak tahu.Tapi kauorang dengan yakin cakap aku tahu tempat tu.Sanggup pusing tiga empat belas kali cari tempat tu.Minyak rugi,masa rugi penat dapat.Sekali temuduga pun terlepas.Cuba kauorang berhenti p tanya mana tempat yang betul.Ni biasanya keegooan tak bertempat ni LELAKI lah selalunya.Sanggup pusing dua puluh empat kali dari p tanya orang.Memang hantu laa aku dengan orang macam tu.(Benda ni pernah terjadi banyak kali dekat aku ok)
Ada banyak lagi contoh yang SEDAP aku nak cakap.Tapi memandangkan blog aku ni dibaca oleh kawan-kawan aku.Jadi adalah lebih baik untuk aku tidak menulisnya.Sebab contoh aku kasi mestilah berkisar dekat akukan.
Selagi kita merasakan tahu,sebenarnya selagi itu kita tidak tahu apa yang kita tahu?Huh terbelit-belit aku fikir apa yang aku taip ni.Sebab rasa tahu membuatkan kita malu bertanya.Malu dan berlagak tahu.Dua perkara yang sama ke berbeza?
Contohlah:Akulah yang tahu,bila pensyarah tanya ada apa-apa soalan,bahagian mana yang tak faham.Semua mesti cakap tak ada soalan dan semuanya faham.Sebab malas nak habis kuliah lewat.Nak keluar dewan kuliah tu cepat-cepatkan.(ni termasuklah aku)Tapi alangkah bagus kalau peluang itu digunakan untuk bertanya segala hal yang berkaitan.sebab pensyarah tu amatlah tahu dan tanpa perlu tanya cik Google dah dapat jawapan.Hehe..Tapi memang malaskan nak keluarkan suara nak tanyakan.
Salama mana rasa tahu ada dalam diri kita,selagi itulah kita tak akan tahu apa-apa.Merasakan diri sempurna semuanya tahu.Satu kerugian yang besar.
Contoh benda paling asas,berapa ramai yang sembahyang?Dan berapa ramai yang tahu maksud Al-Fatihah?Tu belum aku tanya berapa ramai tahu masud tahiyat lagi.Huhu..Benda yang tahu dan buat-buat sangat tahu.Dan sedar memang tidak tahu,tapi mahu berlagak tahu.Sampai bila-bila pun tak akan tahu.
Apa kata cuba buat-buat bodoh dari mempamerkan kebodohan.Huhu...
Orang yang egonya bertempat saja yang mampu menyatakan dia tidak tahu.Dan orang yang ego bertempat ni adalah orang yang matang.Sama macam mengatakan maaf.Hanya orang matang saja yang mampu mengatakan maaf.Ok lain kali aku cerita pasal maaf ni.
Aku suka buat-buat bodoh atau buat-buat tidak tahu.Sebab??
Sebab aku banyak.Hehe...
SATU.Kalau cakap tak tahu memang tak kena buatkan.Ni selalu aku cakap dekat mak aku dengan nenek aku.Biasanya masa-masa nak buat kenduri.Masa tu sibuk nak kena kupas bawang.Tak apa aku rela cakap aku tak tahu dan kena hentam tak pandai kupas bawang dari kena kupas bawang berguni-guni.Hakhak..Pandai tak????
DUA.Bila kata kita tak tahu,orang dengan besar hati nak ajarkan.Cakap je tak tahu lepas tu tengok orang buat macam mana.Walaupun kita tahu,mungkin kita boleh belajar sesuatu dari orang lain.Ni aku rasa lebih baik dari berlagak tahu.Banyak ilmu dapat dengan berkata tidak tahu.Tapi biarlah bertempat.Kalau aku tanya benda ni ada dekat mana, benda tu kau letak mana.Kau jawab tak tahu.Mahu aku lempang kau enam belas kali.Pang Pang Pang.Dah sah-sah kau guna kenalah tahu.
Tapi membe-membe aku pula bila aku cakap tak tahu,diaorang menyenyeh pula cakap 'Betul ke ecah tak tahiu.Ecah kot.Tak kan tak tahu.' Ini memang bikin aku panas.Kauorang ingat aku ni apa?Tak kan semua benda aku tahukan.Aku pun manusia normal macam kauorang ok.
Dua cukup?Aku nak sambung buat assignment ni.Cepat-cepat esok kena hantar.......
No comments:
Post a Comment