nuffnang ads

Thursday, 26 January 2012

agar-agar kiwi

Semalam aku masak agar-agar kiwi sebagai jalan untuk menghilangkan tekanan.Ohh aku suka masak bila stress.Haha.

Bahan-bahannya:

Agar-agar:
1 paket agar-agar serbuk 10 gram
250 gram gula
1200 ml air

Adunan A
100 gram santan
100 gram susu segar

Adunan B
3 biji kiwi dikisar hancur

Cara-caranya:

Masakkan agar-agar dan gula dengan 1.2 liter air sehingga mendidih.
Jangan masukkan agar-agar dan gula bila air dah panas.Masukkan awal-awal ye.
Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahangian ditambah dengan Adunan A dan kacau rata.
Satu bahagian lagi ditambah Adunan B Dan ditapis terlebih dahulu dan dikacau rata

Basahkan bekas dengan air.
Kemudian masukkan selapis demi selapis adunan tadi berselang seli.
Mulakan dari bahagian tepi kerana bahagian tepi lebih cepat keras dari bahagian tengah.



Dah siap.Kalau suka boleh masukkan pewarna hijau untuk nampak lebih cantik.
Pewarna hijau aku hilang ok.Jangan tanya kenapa.

No comments:

Post a Comment