nuffnang ads

Sunday, 1 January 2012

azam tahun 2012

Salam sejahtera.Salam tahun baru...


Semua orang duk update pasal azam tahun baru.Jadi sebagai orang yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa aku pun nak ikut sekalilah.

Gambar ehsan google


Kenapa tahun baru sering dikaitkan dengan azam baru?Sekali setahun je ehh kita berazam?Lepas masuk tahun baru,baru nak ingat balik apa azam tahun lepas.Dan buat azam tahun baru ialah merealisasikan azam tahun lepas.Huhu.Kelakar sangat.Tadi masa aku dengar azam tahun baru seorang kawan mahu aku tercekik air liur.Dia berazam merealisasikan azam tahun lepas pada tahun ni.Mungkin azam dia nak kahwin kot.Haha.....

Aku berazam tiap-tiap hari.Sebab tiap-tiap hari kita perlu berubah.Menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini.Esok aku akan berazam untuk datang awal ke praktikal,tapi biasanya berkesudahan tidak berapa awal.Di mana silapnya aku juga tidak pasti.Mungkin silap pakcik trumco yang bawa trumco terhegeh-hegeh atau silap orang dekat bangunan rumah aku ni tiap kali aku nak guna lif tiap kali tulah diaorang nak guna lif juga.

Azam kedua aku untuk esok ialah untuk tidak tidur dalam kuliah.Biasanya azam ni dapat direalisasikan 50% sahaja.Kerana 50% lagi berapa di alam separa sedar.Yang berakhir dengan nota yang disalin tidak dapat dibaca.Apatah lagi esok aku perlu berkejar ke بحري untuk mengambil ubat.Semoga kelas praktikal tamat awal.

Azam ketiga aku ialah aku kena bahagikan tajuk assignment untuk kumpulan aku pada malam ini juga.Tajuk yang nampak mudah 'Rheumatic Heart Disease' tapi mungkin sukar untuk diselesaikan.




Cukuplah setakat itu saja azam jangka pendek aku untuk esok hari.Terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan.Semakin lama aku menghadap komputer ini semakin menimbun kerja aku bertangguh.

Satu budaya arab mesir ni sambut tahun baru adalah dengan membuang barang-barang dari rumah seperti botol kaca,mangkuk jambam,pinggan,periuk,almari dan sebagainya.Mereka melempar semua barang-barang seperti yang dinyatakan dari tingkap rumah mereka sebagai kepercayaan membuang bala.Kepercayaan yang jumud dan karut masih membelenggu rakyat mesir segelintirnya.

Gambar ehsan google


Mereka seolah-olah tidak mempedulikan keselamatan awam andai barang yang dilempar menimpa sesiapa.Jadi aku menyarankan agar kalian tidak keluar ke rumah melebihi pukul 8.00 malam.Mungkin sambutan tahun baru merekas dengan aksi melempar barang bermula pada jam 10.00 malam.Jika ditimpa,siapa yang bertanggungjawab?Sendiri mahu jawab ye.

Gambar ehsan google


31 Disember 2011 jatuh pada 7 safar 1433 Hijrah.Semasa di dalam bulan safar,Rasullah SAW telah melalui dua peperangan iaitu perang Khaibar dan Perang Qainuqa'.

Kata-kata semangat dalam perang Khaibar:

'Khaibar khaibar ya Yahud!Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud!
'Ingat ingat orang yahudi!Tentera Muhammad SAW sedang akan kembali!'

Untuk baca lebih mendalam tentang perang Khaibar klik sini.Dan untuk perang Qainuqa' klik sini juga.


Azam tahun baru aku tahun ni,menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.Semoga Allah memudahkan segala urusan aku dan umat Islam keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment