Semalam aku pergi pesta buku dekat kaherah(cairo).Pukul 6.30 pagi dah siap-siap.Sebab katanya bas nak gerak pukul 7 pagi.Katanya lah.Padahal gerak pukul 8 pagi lebih.Huhu.Biasalah,kalau nak gerak pukul 8 kena bagi tahu lagi awal, sangat-sangat untuk orang macam housemate aku.Haha.
Ni masa berhenti dekat tengah lebuh raya.Mar tengah mamai masa ambil gambar ni.
Ok kami dah sampai.Lawatan kali ni dianjurkan oleh PCI (Perubatan Cawangan Iskandariah) dengan bayaran LE 35 (RM17.50).Budak-budak batch aku 10 orang je yang pergi.Tapi ramai juga yang pergi tiga buah bas kot.Huhu.Sampai sana dah nak zohor dah.Selama 5 tahun belajar dekat mesir,ni kali pertama aku p pesta buku ni.Alangkah ketinggalannya aku.Huhu.
Bayaran masuk LE 1 (RM 0.50)
Sebelum meneroka buku-buku haruslah diisi perutnya dulu ya.
Nas punya bekal.Aku bawa makaroni bakar je.Tak boleh lawan kerajinan Nas.
Besar sangat-sangat kawasan ni.Memang tak cukup untuk pusing satu hari.Nasihat aku,sila bawa hand luggage yang bertayar tu kalau anda memang berniat untuk beli buku.Nak patah tangan dan bahu aku memikul buku.
Model buku.Hehe
Tempat wajib diterjah adalah tempat jual buku terpakai.Hehe.Harga serendah dari LE 0.50 (RM 0.25) untuk sebiji buku.Untuk sebuah novel inggeris harga yang boleh dapat adalah LE 2.50 (RM 1.25).Semangat beli buku sampai tak sanggup p makan.Sayang laa kalau tak habis pusing.Haha.Budak-budak lain boleh p lepak dekat city star.Ohh kat sana ada Al-Baik.Teringat memori di Arab Saudi.
Alhamdulillah cuaca ok tak hujan,tak panas sangat.Sempat alas perut dengan kebab saja disebabkan aku sangat takut tak sempat nak habis pusing.
Lepas asar aku p satu tempat tu yang ada pameran buku,jadi tak boleh bawa masuk barang dekat dalam.Jadi kena tinggal barang.Sekali beg yang besar-besar pun tak boleh bawa masuk.Niat asal memang nak masuk lepas tinggalkan barang-barang.Tapi dah kali kedua kena tahan,akhirnya kami blah dan p pusing-pusing kawasan pameran tanpa buku-buku yang berat yang dibeli.Lega sangat.Membara kembali semangat nak beli buku.Kalau aku tahu awal-awal,kompem aku tinggal je buku dekat situ.Haha.
Dari bawah:
Alternative Therapies:LE 30 (RM 15)
Send Me No Flower:LE 5 (RM 2.50)
Working With Difficult People:LE 5 (RM 2.50)
Hepatitis B:LE 5 (RM 2.50)
The Book Of Massage:LE 40 (RM 20)
Betrayal Of Trust:LE 5 (RM 2.50)
The Bible,Quran and Science:LE 25 (Rm 12.25)
Getting To Yes:LE 5 (RM 2.50)
Guilty Pleasures:LE 5 (RM 2.50)
TAJ:LE 3 (RM 1.50)
Ada lagi aku beli
Cake Decorating:LE 56 (RM 28)
محاذير محمد :LE 20 (RM 10)
Al Quran:LE 10 (RM 5)
Buku paling aku suka adalah cake decorating semestinya.Hehe.Semangat nak mencuba skill baru.Kenapa aku beli buku pasal bekas Perdana Menteri kita tu walau aku tak reti baca bahasa arab.Sebab semua orang arab mesir ni kenal Tun Dr Mahathir ok.Siap puji sebaik-baik manusia.Bangga ok.Mereka kenal Tun Dr Mahathir je sebagai perdana menteri mungkin sebab Tun Dr Mahathir pernah menjadi penasihat ekonomi mesir.
Cuma pakcik kedai bawah rumah aku je yang kenal Tunku Abdul Rahman.Terkejut aku dia tanya pasal Tunku Abdul Rahman.Sebab sepanjang 5 tahun duduk sini semua orang tanya pasal Tun Dr Mahathir je.
Aku suka Al Quran warna merah tu.Hehe.Comel kan.
Buku yang Mar beli.Semua novel.Kecuali satu yang tengah tu.
Alhamdulillah selamat sampai sini dengan selamatnya,kerana gear bas rosak masa dalam perjalanan balik.Tak lena aku nak tidur.Bayangkanlah lalu lebuh raya dengan enjin bas yang sekejap-sekejap mati biasanya masa dekat selekoh.Tak boleh masuk gear rendah agaknya.Huhu.Siapa yang tidur lena memang aku tabik laa....
nas bawak sushi..
ReplyDeletetengok la osmet siapa,kan?
kah3....
*aku baru nak pi next week.harap2 ade buku tuk dibeli lagi le...gagaga!