Bila orang suka menyalahkan orang lain.Kau ingat ada aku kisah.Lepas ni cuba cari pasal.Kita tengok siapa yang kena.Huahuahua...Kesabaran pun ada batasnya.Bukan ubi je ada batas.Ubi kayu tak yah batas-batas.Diam aku bukan setuju.Diam aku bukan tak kisah.Diam aku bukan suka.Tapi aku malas nak cakap banyak-banyak.Cakap sekali dah cukup.Kalu tercakaplah.Mungkin tak pernah cakap.Kalau dah nampak macam nak sangat,aku boleh kasi.Percuma lagi.Emo gila aku malam ni.Haha.Akibat kelemakan melanda,emosi hilang kawalan.Cuba menidakkan apa yang nampak di mata.Cuba menghindar dari terasa.Cuba menjauhi dari membenci.Tapi bila dah benci karang kan,tak mampu nak memandang muka.Ya Allah jauhilah aku dari membenci sesama hambaMu.Mengharapkan agar yang terjadi lebih mematangkan aku.Adakah perlu aku buat je tanpa komplen banyak-banyak?Bukan tak mahu,tapi takut orang malu.Bukan tak mampu,cuma takut kepada yang menciptaku.Tapi,semua orang perlu tahu.Sabar manusia ada batasnya.Selagi mulut ini diam,cubalah mereka buat-buat faham.Sekali terjurang bukan mudah untuk mendaki kembali.Kalu dapat ke atas mungkin sudah tidak sama.Ya Allah kurniakanlah aku kesabaran....
”Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” lebih dari 30 kali Allah menyebut firman ini dalam surat Ar-Rahman. Dalam ayat yang lain, Allah juga menekankan tentang keutamaan bersyukur: ”…Sesunggunhya jika kamu bersyukur, akan Aku tambah nikmat-Ku kepadamu…” (Q.S. Ibrahim; 7).
Gambar ehsan google.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu, dan tetaplah bersiapsiaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung” (Q.S Al-Imran: 200)
Dalam tafsir Jalalain, ayat diatas ditafsirkan sebagai berikut:
“(Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah) melakukan taat dan menghadapi musibah serta menghindari maksiat (dan teguhkanlah kesabaranmu) menghadapi orang-orang kafir hingga mereka tidak lebih sabar daripada kamu (dan tetaplah waspada serta siap siaga) dalam perjuangan (serta bertakwalah kepada Allah) dalam setiap keadaan (supaya kamu beruntung) merebut surga dan bebas dari neraka”
”… Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Q.S Al-Baqarah: 216)
”Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Q.S Al-Baqarah: 153)
Bila baca ayat-ayat kat atas,terus je rasa macam nak padam balik apa yang aku tulis kat atas tu.Waa macam turun salji dalam hati je rasa (Tapi perut lapar ni).
Gambar ehsan google.
”Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” lebih dari 30 kali Allah menyebut firman ini dalam surat Ar-Rahman. Dalam ayat yang lain, Allah juga menekankan tentang keutamaan bersyukur: ”…Sesunggunhya jika kamu bersyukur, akan Aku tambah nikmat-Ku kepadamu…” (Q.S. Ibrahim; 7).
No comments:
Post a Comment