nuffnang ads

Wednesday, 25 January 2012

selamat hari ulang tahun revolusi pertama rakyat mesir

Selamat hari ulang tahun pertama warga Mesir.Semoga Mesir lebih aman dan maju selepas pilihan raya bulan mac nanti.

Gambar dari google


Rentetan peristiwa kebangkitan rakyat mesir menentang korupsi dan menggulingkan presiden mereka Mubarak,kami semua di bawa pulang ke Malaysia.Keadaan yang tidak terkawal di tahrir dan liputan media kadaang-kadang lebih banyak 'cerita' dari realiti menggesa kerajaan malaysia membawa pulang semua warganegaranya.

Aku tidak ingat tarikh dan rentetan peristiwa ini.Kerana pada waktu itu aku tengah sibuk pulun subjek SURGERY kerana periksa akhir semester semakin mengejar aku.Rusuhan bermula pada 25 Januari 2011.Aku pada masa itu tidak terasa akan marabahaya kerana mereka keluar berdemo dengan aman.Buat makluman semua,pusat mereka berkumpul hanyalah 5 minit jalan kaki dari rumah aku.Dan kawasan rumah aku adalah kawasan panas bagi iskandariah (alexandria).Tapi tidak sepanas kawasan rumah membe aku yang satu bangunan dengan pusat ikhwan muslimin(IM).

Gambar dari balkoni rumah aku


Selepas mendapat perutusan dari Perubatan Iskandariah dan Pegawai Mara Timur Tengah,Ustaz Ishak aku dan Mar pergi membeli barang-barang rumah untuk dibuat stok jika keadaan semakin meruncing.Dan jika keadaan bertambah darurat.Pada masa itu perintah berkurung telah dikeluarkan.Hanya dibenarkan keluar pada waktu siang bermula jam berapa aku lupa sehingga sebelum maghrib.Apa yang aku ingat pada hari itu aku sepatutnya ada study group.Adakah ia hari jumaat atau hari cuti sempena hari polis.

Aku dengan Mar dengan konfidennya telah menahan teksi dan cakap dekat pakcik teksi saya mahu ke carrefour.Pakcik teksi tu cakap carrefour telah dibom dan menyuruh kami ke Fatallah.Huhu.Jenuh juga pakcik teksi tu nak terangkan pada kami perkataan dibom tu.Almaklum aku punya kamus arab sangatlah nipis.Tapi aku tak pasti adakah ia dibom atau dibakar.

Asap dari balai polis yang dibakar dari balkoni rumah aku.


Masya Allah sesak di fatallah hanya Tuhan yang tahu.Kami perlu menunggu giliran untuk masuk ke fatallah.Setelah siap membeli,dan mengeluarkan duit dari bank(aku ada cash dekat tangan 20 ribu egyptian pund masa tu kalau-kalau nak pecut balik malaysia senang),satu lagi dugaan menimpa.Alhamdulillah ada membe yang tolong angkat barang dari fatallah ke teksi dan ke rumah.Alhamdulillah walau pun asal-asal aku jual mahal.Haha.Jual harus dengan harga mahalkan.

Teksi semua tak mahu ke tempat aku,azarita.Kawasan panas kan.Dengan beras 10 kilo dan barang-barang lain.Ya Allah.Berusung kami dari kawasan fatallah ke stesen trum (keretapi).Tiada teksi yang mahu mengambil kami.Kami naik trum tapi dugaan kedua.Trum hanya berhenti separuh jalan iaitu 3 stesen dari kawasan rumah kami.Ya Allah macam mana nak usung semua barang-barang ni.

Gambar dari siapa aku lupa.

Tahan punya tahan teksi,ada satu teksi yang sanggup hantar sampai azarita iaitu rumah kami.Tapi hanya ada satu tempat kosong.Jadi aku suruh kawan aku yang tolong angkat barang tu naik teksi dengan barang-barang dan kami jalan kaki.Tapi yang cuaknya,pakcik teksi tu pegang pisau.Bukan main laju kami jalan balik rumah nak p angkut barang.

Terserempak adik-adik pergigian nak p bank tengah-tengah rusuhan.Aku cakap 'Nanti p sekali dengan akak.Akak ada kawan lelaki.Nanti minta dia temankan'Sampai dekat rumah aku,kawan aku yang naik teksi tak sampai lagi.Ya Allah mana budak ni pergi.Telefon pula tak dapat.Dalam hati duk doa janganlah jadi apa-apa yang tidak sepatutnya.Kalau jadi apa-apa aku nak buat apa.Nombor plat teksi tadi pun aku tak ambil.Ya Allah peliharalah dia.Cuak-cuak.Dah 15 minit tunggu tak nampak-nampak batang hidung kawan aku tu......

bersambung............


Perhimpunan di tahrir hari ini:




Gambar dari ahramonline .

No comments:

Post a Comment