Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah aku telah berjaya menyelesaikan periksa paeds dengan jayanya walaupun ada cuak di hati.Almaklumlah tahun lepas sehari sebelum periksa paeds aku kena haemoptysis(batuk berdarah).Trauma lagi ok.Sesungguhnya itulah ketetapan Allah yang terbaik untuk aku.
Periksa tadi mula awal.Sepatutnya pukul 9 pagi sekali pukul 8.30 membe aku dah telefon cakap 'Ecah cepat datang,exam dah mula dah ni.'Cuak tak?Aku baru tengah pakai baju, periksa dah mula.Bukan main aku gosok tudung bawal sekali dapat berita macam tu.Apa lagi sambar tudung ekspres lah.Terus ambil teksi p hospital Shatby.
Periksa tadi alhamdulillah semua ok.Soalan pertama aku dia bagi kes pesakit umur 3 tahun ada vomiting,fever dan convulsion nyatakan clinical test untuk exclude most dangerous differential diagnosis.Wawawa.Cuak gila ok.Masa ni aku dah fikir meningitis, tapi bukan silibus tahun ni.Sekali prof pun TERcakap apa test untuk meningeal sign.Haha.Terima kasih Allah kerana gerakkan lidah prof untuk TERsebut.Prof tanya ada differential diagnosis untuk kes macam ni.Aku cakap febrile convulsion,meningitis dengan hypokalemia (electrolytes imbalance).Satu lagi aku memandai-mandai cakap cerebral palsy.Haha.Salah ok.
Soalan kedua aku dapat head circumference.Baby umur 1 bulan,apa head examination kena buat.Aku pun buat head circumference dengan examination anterior frontanel.Dapat head circumference dia 39cm yang mana besar untuk umur dia.Frontanel dia aku dapat 2.5cmx2cm.Prof tak tanya apa-apa soalan pun lepas tu.
Soalan 3 aku dapat kes cerebral palsy.Kena buat deep tendon reflex dan plantar reflex.Alhamdulillah baby tu tidur senang kerja aku.Bukan main lagi duk bincang aetiology,clinical manifestation,investigation bla bla bla.Sekali prof tak tanya apa-apa pun.
Satu lagi yang labaratory aku dapat nephrotic syndrome.Alhamdulillah berakhirlah course paeds.Lepas ni bermulalah kelas elektif.
Kesimpulannya tiga-tiga soalan yang aku dapat tahun ni sama je dengan soalan aku dapat tahun lepas.Alhamdulillah.
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah
Hari tu aku cakap aku ada p buat labaratory investigation (تحليل) kan.Alhamdulillah semua keputusan adalah normal.
Bila masa entah aku punya umur 25 aku pun tak tahu.Semua ok kecuali serum creatinine je rendah.Aku belajar yang tinggi je.Kalau rendah kenapa eh??
Ni yang rendah MCH(mean corpuscular hemoglobin) dan MCHC (mean corpuscular hemoglobin concentration).Jadi aku diagnosis aku punya anemia normocytic hypochromic.Haha.
CRP normal.
No comments:
Post a Comment