nuffnang ads

Monday, 30 January 2012

kanser tidak menyebabkan mati

Ada tak aku bagi tahu yang aku sekarang di department oncology.Sebab itulah aku selalu cakap tentang kanser.Huhu.Tapi secara rasminya hari ini dah tamatlah kelas elektif aku bersama prof oncology.

Tadi prof cakap pesakit takkan mati sebab kanser......

TAPI

Mati sebab...........

Sampai ajal?

Bukanlah.Memanglah mati bila sampai ajal.Isk isk...

Mati sebab metastasis (Pertumbuhan tumor atau deposit tumor sel yang merebak melalui limfa atau darah ke kawasan badan jauh dari tumor utama) of cancer.Metastasis lah yang menyebabkan kematian kepada pesakit kanser.

Biasanya sel kanser ni akan merebak ke 2L dan 2B.Iaitu liver(hati),lung(paru-paru),brain(otak) dan bone(tulang).Ni adalah tempat biasa sel-sel kanser akan deposit.



Tapi ada juga organ yang sel kanser tidak boleh deposit seperti heart (jantung) kerana jantung merupakan organ yang aktif (mengepam darah ke seluruh badan) dan highly vascular (terdapat banyak salur darah).Sel kanser memerlukan kawasan yang statik untuk merebak ke sesuatu organ.


Organ lain yang tidak mungkin dijadikan tempat metastasis ialah thyroid gland (higyly vascular) dan spleen (limfa).Jika tumor pada thyroid ianya adalah kanser utama(primary).Begitu juga dengan spleen.Kanser utama (primary) di spleen adalah sepeti lymphoma.

No comments:

Post a Comment