Macam tajuk di atas,jadi aku buat konklusinya:
1)Akan kehilangan kawan-kawan.
Aku rasa macam tak betul.Bila aku belajar perubatan ni aku makin rapat je dengan kawan-kawan aku.Kawan yang baik akan fahami kesibukan kita.Tak gitu?Balik setahun sekali dan dapat jumpa sekali pun mereka dah cukup hargai.Tak tahulah kawan orang lainkan.Haha.
2)Susah nak maintain hubungan dengan GF/BF atau kalau yang dah berkahwin akan bercerai.
Aku tak rasa pun belajar perubatan menyebabkan hubungan dengan pakwe atau makwe terjejas.Tu atas diri masing-masing kot.Kalau pandai bahagikan masa,dan pakwe atau makwe tu jenis memahami tak ada masalah kot.Ramai je membe-membe aku masih berjaya mengekalkan hubungan jarak jauh mereka setelah 5 tahun belajar dekat sini.Huhu.
Tapi aku ada dengar cerita,satu hospital swasta dekat malaysia yang doktor perempuannya lawa-lawa tapi ramai yang bercerai.Huh??Bergantunglah kepada tahap kefahaman tentang apa itu kerjaya sebagai doktor sebelum kahwin lagi kan.Kalau dah tahu kahwin dengan doktor,sebagai suami kenalah faham jangan harapkan balik kerja nak ada pisang goreng,kuih lompang hari-hari.Ke macam mana?
3)Akan tidak cukup tidur dan gaji yang dapat murah.
Aku terlebih tidur je hari-hari.Lagipun sekarang dekat malaysia guna sistem shift kot bukan sistem on call macam sebelum ni.Tapi bila sistem ni diperkenalkan,ramai pula merungut gaji berkurang.Tulah harga yang perlu dibayar.Sebagai pelajar perubatan tak ada pun tak cukup tidur.Budak-budak ni siap boleh p main dota lagi.Haha.
4)Kalau kauorang buat salah,kauorang yang kena tanggung.
Kau kerja mana-mana pun kalau kau buat salah tetap kena tanggungjawab.Aku kerja kuli-kuli dulu pernah je buat salah.Bos aku cakap 'orang bijak tak akan ulangi kesalahan'.Padahal salah aku kecil je pun.Aku silap letak kod dua barang yang sama harga.Cuma bezanya kau jadi doktor kau berhadapan dengan nyawa orang.Tak bolehlah sewenang-wenangnya nak buat salah.Sebab tu kalau kena tengking depan orang ramai tu biasalah kan.Haha.Cakap mudah,sekali aku kena.Memang leleh situ juga.
5)Dapat gaji tidak setimpal kerja.
Siapa cakap?Gaji doktor antara yang mahal kot.Kau janganlah banding dengan gaji orang kerja tanam petroleum wei.Huhu.Kalau kau memang nak kerja gaji masyuk kau jangan jadi doktor.Berhenti sekarang.Betulkan balik niat kau tu.
6)Jadi doktor ni tidak membawa kepentingan sosial.
Kau kena ingat kau bukan Tuhan.Kau hanya doktor.Doktor tak bermaksud menyembuhkan.
7)Pesakit tak ikut nasihat kau.
Haha.Nak bising pula.Dulu masa kau kecil-kecil kau tak ikut nasihat mak ayah kau,cuba kau anggap pesakit tu budak kecil.Dan satu lagi,kau pun bukan rajin sangat ikut nasihat doktor kau kan.Jangan menafikan.Doktorlah orang paling liat makan ubat dan sebagainya.Huhu.
Bayangkanlah sakit tak hati,contoh pesakit diabetes.Kau bukan main lagi nak suruh paras gula dia ok.Kira dos insulin bagai.Sekali dia p makan kek banyak-banyak.Tak ke kau sakit hati?Sekali dapat DKA(Diabetic Ketoacidosis) baru tau.Rapat dengan pesakit,kenali mereka insyaAllah nanti hati mereka akan tersentuh untuk ikut nasihat kau.Nasihat yang tulus ikhlas akan sampai ke hati orang lain dengan izin Allah.Jangan lupa doakan kesembuhan pesakit kau.
8)Sebelum jadi doktor kau berazam untuk luangkan masa dengan pesakit,tapi realiti TIDAK.
Begitulah biasanya.Kau mesti letak satu azam untuk luangkan masa dengan pesakit lebih.Untuk jadi doktor yang bagus.Doktor yang muslimah.Sekali bila dah kerja,kau gagal lakukan.Jangan kecewa.Cuba sedaya upaya bagi yang terbaik.
9)Suatu masa kau akan benci pesakit kau dan orang sekitar.
Tenang ok.Biasalah bila bekerja melibatkan hubungan dengan manusia dan orang ramai.Kadang-kadang mereka tidak memahami tekanan dan rasa kecewa kita.Tenang,zikir banyak-banyak.Jangan emo-emo.Semakin dekat kau dengan Allah,semakin tenang kau hadapi hari-hari kau.Letakkan azam kau nak tolong orang ramai.Tu tanggungjawab kau.Dan senyum walau pahit.Haha.
10)Orang yang kau tak kenal pun boleh benci kau.
Kau tak perlu pedulikan orang yang membenci ni.Asal kau laksanakan tugas kau dengan sebaik mungkin.Bukan mudah nak puaskan hati semua orang.Kalau hidup untuk puaskan hati orang,memang kita tak akan ada kehidupan.Kau hanya menjalankan tugas,dan segalanya sudah ditakdirkan Allah sebagai yang terbaik.
Aku ada terbaca TENTANG INI.Aku ambil sedikit petikan dalam tu:
Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,
Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna-terutamanya terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan-bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengan Rabb..
Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.
Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak ini berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan minat dan keinginan mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka-terutamanya jika mereka akan berhadapan dengan kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka hingga ke akhir nanti-kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!
Akhir sekali,aku nak cakap kepada budak-budak perubatan dan aku sendiri.
Inilah yang terbaik yang Allah takdirkan untuk kita.Mungkin inilah kerjaya yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.Dalam perubatan sangat banyak perkara yang tidak dapat dihuraikan yang menjurus kita kembali kepada kekuasaan dan keesaan Allah.
Apa pun kerjaya anda,jadikanlah ia jalan untuk mendekatkan diri dengan pencipta kita Allah SWT.
nice :) nk jd doc hsrt x trcpai..spe suh dlu mls blja..huhu...sbor je larhh :P
ReplyDeletetq.tak kisah kerja apa2 pun sebab jalan yang dituju satu cuma perjalanan yang berbeza.mak tak dapat,insyaAllah anak2 boleh sambung impian mak nanti.hehe..
DeleteAkhirnya ada juga pengakuan terbuka begini..saya dah lama tahu kerja doktor ni tak sebizi mana.banyak mengadu domba je doktor2 ni..bajet hero & heroin masyarakat.sbenarnya dyorg ni cuma nk title DR je, glamour,xnk kerja tp nak duit banyak.2 je.lepas tu kata gaji xsetimpal..pala bana..ko berhenti kerja skang ko buat kerja shift luar tengok..xkan berani derr
ReplyDeleteFinally there's confession about this matter. I always know being a doctor not as busy as widely speculated.most doctors love whining only.they just wanted that DR. title and appeared glamorous & heroic to society.fuck off doctors!!
I think you Have to think first before comment with the bad words ty
Delete