nuffnang ads

Sunday 8 January 2012

anak senior yang comel

Hari sabtu baru ni aku cuti sempena عيد الميلاد.Yang penting cuti betul tak?Jadi kami pakat p tengok anak senior  Iffah.Comel sangat-sangat.Anak abang Farhan Mahbot dengan kak Saadah.Dah nak masuk 2 bulan pun umur budak ni.Dah lah silap ingat nombor bangunan.Ingat bangunan nombor 156 rupanya bangunan nombor 152.


Sekali cari-cari rumah nombor 156 tak ada.Kosong.Bangunan nombor 155 dengan 157 je ada.Huh.Dah cuak dah ni.Nasib makcik jual buah limau tahu ada budak malaysia ada baby kat rumah situ.Huhu.


Acik ulum.Terer ni pegang budak.Boleh buat pengasuh tak bergaji ni.

Baby Iffah.Tidur je kerja dia.

Tudung ungu Niza (cikgu cheese cake aku),Nani (pengerusi JDS),yang tidur tu akulah,Zatil.Dan yang hujung sekali tu mak budak.Tulah kak Adah mama si Iffah ni.Tengok badan maintain je.Tak puas hati aku.Haha.Aku yang tak mengandung pun naik berkilo-kilo.Ish tak boleh jadi ni.

No comments:

Post a Comment