nuffnang ads

Showing posts with label main pondok-pondok. Show all posts
Showing posts with label main pondok-pondok. Show all posts

Monday, 15 April 2013

Apam polkadot


 photo Picture22072_zps7065ab5c.jpg

Orang lain dah lama kecoh pasal apam polkadot ni aku baru try cuba nak menge'test'.Ni sebab aku bukan lah rajin sangat.Ditambah dengan kemuakan aku ber baking.

Resepinya:

Bahan-bahan:
  • 280 gram tepung gandum + 1 sudu besar tepung jagung + 6 gram baking powder (1 paket) + 2 paket esen vanilla+ secubit garam = diayak
  • 200 gram gula (resepi asal 230gram)
  • 4 biji telur
  • 2 sudu kecil ovalette
  • 180 ml susu segar
  • pewarna
  • jem buah

 photo Picture22280_zps0a25cf71.jpg

Cara-caranya:
  1. Pukul telur sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan gula dan ovalette dan pukul lagi.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak (280 gram tepung gandum + 1 sudu besar tepung jagung + 6 gram baking powder (1 paket) + 2 paket esen vanilla+ secubit garam )
  4. Tambahkan 180ml susu segar dan pukul lagi sehingga rata.
Aku bahagikan setiap adunan kepada 4 bahagian untuk 4 warna.Nak buat berapa warna terpulanglah.Nak buat terang ke pudar ke.Hehe..

Kemudian...
  1. Masukkan warna yang hendak digunakan dalam bekas seperti nak buat topping tu.(aku masuk dalam plastik je lepas tu buat lubang.) untuk tidak mencomotkan apam kita dan juga jem dalam bekas berasingan.
  2. Sementara itu panaskan air didalam periuk kukusan sehingga mendidih.
  3. Letakkan kertas cupcake di dalam sarang untuk menampungnya ketika kembang.(Kan tak jadi bulatkan.)
  4. Masukkan adunan sehingga memenuhi 1/3 dari ketinggian bekas cupcake.
  5. Tambahkan sedikit jem.
  6. Masukkan lagi adunan sehingga memenuhi 2/3 dari ketinggian bekas cupcake.
  7. Dengan menggunakan warna yang lain,titik kan menjadi dot-dot yang comel mengikut kreativiti anda.
  8. Kukus adunan sehingga masak.
  9. Ulangi langkah diatas sehingga adunan habis.
  10. Dan siap...

 photo oggy_zpsc76de2f3.jpg

Senang sangat-sangat sampai 3 kali aku buat dalam masa 10 hari.Ok dah muak..Jom buat benda lain pula...

Sunday, 24 February 2013

Puteri Ayu


Ok hari ni kita belajar cara-cara buat kuih pula ye.Hehe.Kenapa semangat sangat ni nak buat sedangkan aku  memang malas kalau buat kuih kecil-kecil ni.Leceh...

Bahan-bahan adunan:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan.Aku tak suka manis sangat)
2 biji telur
1 sudu baking powder
1 paket santan debu dibancuh dengan 1 cawan air
1/2 sudu besar ovallet
4 titik perisa pandan
2 titik pewarna hijau
Secubit garam

Cara-caranya:

  • Pukul telur sehingga kembang
  • Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang
  • Masukkan ovallet dan pukul lagi.Dan masukkan tepung dan santan yang telah dibancuh dan pukul sehingga rata.
  • Masukkan pewarna dan perisa pandan.(Jangan letak perisa pandan banyak sangat nanti rasa tengik)
Dah siap adunan kita sediakan kelapa dia pula

Bahan-bahan untuk kelapa:

1/4 kilo kelapa kering
3 sudu tepung jagung
2 sudu santan debu dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula

Cara-caranya:
  • Gaul semua bahan diatas dan kukus sebentar untuk melembutkan kelapa kering.

Ni cerita perantau tiada kelapa parut.Bagi yang dah ada kelapa parut gunakan kelapa parut yang muda a.k.a yang bahagian putih tu saja.

 photo a-1_zpsf632c956.jpg

  1. Mula-mula kita salutkan (griskan) bekas acuan dengan minyak untuk mengelakkan kelapa melekat nanti.
  2. Masukkan kelapa mengikut ketebalan sesuai dan tekan sehingga padat.Kalau tak padat nanti xcantik bentuk dia.
  3. Masukkan adunan berwarna hijau ke dalam acuan.
  4. Dan kukus sehingga masak lebih kurang selama 10 minit.Pastikan air kukusan telah mendidih ketika kerja mengukus dimulakan.
Yeayy makan....

Thursday, 7 February 2013

Mashed potatoes a.k.a kentang lenyek


 photo Picture2998_zps78dfab68.jpg

Hari ni kita masak mashed potatoes ye.Atau nama glemernya kentang lenyek.

Bahan-bahan untuk kentang lenyek:
  • 2 biji kentang besar.Buangkan kulit dan potong kecil sekecil anda sanggup.
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sudu besar butter
  • garam gula 
  • serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
Cara-caranya:
  • Rebuskan kentang sehingga masak dan kemudian toskan airnya.Selepas itu lenyekkang kentang sehingga semuanya terlenyek :p
  • Kemudian dalam periuk lain panaskan butter.
  • Kemudian tutup api dan masukkan susu.Kacau dan masukkan garam gula dan serbuk lada sulah.
  • Kemudian gaulkan dengan kentang yang telah dilenyek tadi.
Ok dah siap kentang kita buat kuah dia pula...

Bahan-bahan sos:
  • 1 cawan air
  • 1/2 biji bawang merah dipotong dadu
  • 1/3 kiub pati daging maggi (jenama maggi lagi masin dari knorr)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • garam gula serbuk lada sulah dan lada hitam
Cara-caranya:
  • Masukkan air ke dalam periuk,kiub daging,dan bawang.
  • Tunggu sehingga mendidih,dan tambahkan serbuk kulit kayu manis,garam,gula dan serbuk lada sulah.
  • Bila rasanya dah sempurna masukkan tepung jagung dan gaul rata 
Dan makan........

Thursday, 14 June 2012

Cheese cake lebih lemak

Hari selasa malam aku buat kek untuk hari lahir Nad.Selamat hari lahir Nad.Semoga diberkati Allah selalu.Walaupun hari lahir Nad hari Jumaat lepas,tapi aku baru berkesempatan nak buat.Sorrylah lambat.

CopyofDSCN3146

Aku menggunakan resepi yang sama seperti sebelum ini KLIK SINI untuk resepi .Cuma ada sedikit benda yang aku ubah-ubah.

Kali ini aku menggunkan serbuk whipping cream.Dan tidak menggunakan whipping cream yang telah siap dibancuh tu.
CopyofDSCN3140

Caranya:Bancuhkan 7 sudu besar serbuk whipping cream dengan 300 ml susu segar.Dan putar sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.

Dan aku juga menggantikan 1 sudu perahan lemon yang besar tu dengan 1 sudu air perahan limau nipis.

Dan rasanya....Yang baru ini kurang sikit masam dan lebih lemak.Kurang sikit rasa cheese.

CopyofDSCN3143

Kesimpulannya.Aku rasa aku kena tambah kuantiti gelatin untuk resepi ini dari 10 gram kepada 15 gram mungkin kerana cheese cake aku kali ini agak 'manja' berbanding sebelum ini.

Ok itu saja sesi cuba-cuba kita kali ini.Huhuhu...

Wednesday, 13 June 2012

Kangkung goreng

Setelah LIMA tahun merantau di Mesir ni,ni baru kali pertama aku santap KANGKUNG ok.Sini tak ada kangkung,tapi ada ustaz-ustaz kot yang ambil alternatif tanam kangkung ni.Sekarang....Semua ADO....

CopyofDSCN3156
Kuantiti yang ditong sampahkan dan dimasak.Lebih kurang sama je..

Sebab GUMBIRA sangat dapat kangkung,aku nak taip juga resepi kangkung goreng.Biarlaaaaa....

Bahan-bahan:

1 ikat kangkung.Cabut daun dia.Batang ketuk dulu baru potong.Ok??
1 labu bawang merah mayang
2 ulas bawang putih mayang
2 biji cili potong nipis-nipis
Kicap manis
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak.Dan tumis bawang dan cili.
  2. Bila dah layu,masukkan batang kangkung.
  3. Masukkan kicap ikut sesuka hati.Dalam 2 sudu kot.Tambah garam gula.(kurangkan garam.Nanti masin sangat)
  4.  Masukkan daun kangkung.
  5. Tunggu sehingga layu dan siap....
CopyofDSCN3160

Sunday, 27 May 2012

Sayur lemak tauge

Hari itu saya dapat tauge?Ke taugeh?Kalau aku,aku panggil dia CAMBOH..Huhu...

Teringat zaman sekolah masa darjah dua,cikgu suruh lukis gambar sayur kegemaran.Lukis gambar petola.Tulis nama dia TENEI...Huahua...Aku tak tahu pun orang panggil petola.Haha.Tenei pun tenei laa....

Bahan-bahannya:

Tauge yang dah dibuang ekornya
2 labu bawang merah kisar
1 biji bawang putih kisar
1 biji lada hidup
1 biji ubi keledek dipotong kecil (tak masukkan pun.Malas nak p pasar)
1 ekor ikan kembong yang telah direbus dan dibuang tulang dan kemudiannya dikisar
Keropok keping
Santan ataupun susu (aku guna susu.Santan kekurangan stok)
Garam gula
Photobucket
Cara-caranya:

  • Masukkan air sedikit ke dalam periuk.
  • Masukkan bawang kisar,tauge,lada yang telah dipotong dan ikan yang telah dikisar
  • Kemudian masukkan santan dan juga keropok keping.
  • Tambah garam dan gula.Bila keropok dah agak-agak kembang (waa jangan kembang sgt.Tak sedap).Tutup api.Dan siap.

Thursday, 24 May 2012

Kek pisang choc rice

Lamanya tak menulis.Huhu.Keinginan itu ada..Tapi masa yang tiada.Penat laa musim panas.Balik-balik rumah tersadai..Hehehe...
 photo Picture22798_zps0ae6ee93.jpg

Hari ni nak kongsi resepi kek pisang.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung
1 cawan minyak
1 cawan gula halus
3 biji telur
8 biji pisang
2 sudu baking powder
secubit garam
3 paket esen vanilla
50 gram choc rice

Cara-caranya:

  • Panaskan ketuhar
  • Ayak tepung dan baking powder.
  • Mesin pisang (kalau rajin lenyekkan lah.Aku malas.Tapi jangan tambah air ye)
  • Pukul telur sehingga kembang.
  • Masukkan gula dan minyak.Pukul lagi.
  • Masukkan bahan-bahan ayak (tepung,baking powder,esen vanilla,garam)
  • Pukul rata.Masukkan pisang yang telah di mesin dan choc rice.Dan kacau rata.
  • Bakar pada suhu aku tak tahu.Dapur rumah aku klasik kot.

Saturday, 21 April 2012

Pulut kuning

Hari ni kita menguningkan pulut ye kawan-kawan.

Bahan-bahan nasi:

3 pot beras pulut.
3/4 paket santan segera dibancuh dengan sedikit air (buat jadi pekat ye)
Garam hujung sudu
Gula 1/2 sudu

Cara-caranya:

  1. Masak air sehingga mendidih.Kemudian kukus kan beras tadi sehingga keluar wap.(Tanda-tanda dah masak)
  2. Keluarkan,dan tuang santan yang telah dibancuh (dalam santan tu masukkan gula dan garam.Dan kacau rata)
  3. Kacau a.k.a arong nasi tu.
  4. Kemudian kukus sekali lagi.
  5. Dan siap..

Bahan-bahan kuah:

1/2 ekor ayam
2 labu bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
1 senduk lada kisar
3/4 paket rempah kampung (rempah gulai kawah)
1 1/2 paket santan segera
1 paket kecil kerisik
1 kerek nissan kecil (tu pun dah manis dah) a.k.a gula melaka
2 biji lada segar a.k.a cili hidup
Garam gula
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak.Tumis semua bahan kisar (bawang besar,bawang putih,halia.lada) sehingga naik bau.
  2. Masukkan kerisik dan rempah.Tumis lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam.Tambah sedikit air.Masukkan nissan.
  4. Setelah ayam dah sekata dengan kuah (saja nak kasi ayam perap dengan rempah-rempah sebab tu tambah air sikit je dulu) tambah air sehingga 3/4 periuk (aku tambah penuh satu periuk.Tapi kena tunggu lama nak kering)
  5. Masukkan cili hidup (kalau nak pedas)
  6. Setelah air kering menjadi 1/2 periuk dan setelah menggelegak,masukkan santan yang telah dibancuh.
  7. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  8. Jika nak kuah lagi pekat,masak lagi lama.(aku tak kisah masak lama mana pun,gas bayar tetap sama LE 50.Huhu)

Tuesday, 17 April 2012

Puding roti

Aku rasa blog aku dipenuhi oleh gambar makanan,kedai makan dan orang makan-makan.Kan...

Semalam p picnic dengan dua orang budak nakal.P 3 orang,makanan bawa satu meja penuh.Isk isk..

Ok,mari membuat puding roti.

Bahan-bahannya:

1 paket agar-agar serbuk 7gram
3 sudu gula
300 ml air
3 keping roti yang dibuang bahagian tepinya
1 tin susu cair
1 biji telur
1/2 sudu sanqiuck
5 sudu susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-caranya:

  1. Masakkan agar-agar dan gula dengan air 300 ml sehingga keduanya larut.
  2. Kisar a.k.a blend roti,susu cair,telur,sanqiuick,susu pekat dan esen vanilla sehingga roti hancur.
  3. Setelah agar-agar dan gula melarut,masukkan bahan-bahan kisar.
  4. Kecilkan api dapur.Dan kacau.
  5. Tunggu sehingga mendidih dan boleh masukkan ke dalam bekas.
  6. Jika mahu membuatnya berwarna-warni,asingkan satu senduk agar-agar dan masukkan pewarna.

Aku buat tak lawa pun.Huhu.Tak apa,kali pertama baru kan....

Thursday, 12 April 2012

Mee rebus johor

Nak kongsi resepi mee rebus Johor.

Haha.Aku masak mee rebus johor,tapi alkisah kebenarannya aku tak pernah makan mee rebus johor.Macam mana aku nak tahu rasa dia jadi ke tak.Orang johor rumah aku cakap,ok je tapi apasal pula aku masuk daging.Mee rebus johorkan rasa udang.Haha.Sebab tak ada udang laa sayang.


Mee ni aku ambil resepi dari masam manis.

Bahan-bahan kuah:

1/4 kilo daging kisar
1/4 kilo ubi keledek yang telah direbus dan dilenyek
Bahan kisar kering (1 sudu ketumbar,1 batang serai,1 senduk besar udang kering)
Bahan kisar basah [1 labu bawang besar,3 ulas bawang putih,1 inci halia (kak ita masukkan lengkuas,rumah aku tak ada lengkuas),8 biji lada kering,1 biji lada (kalau nak pedas)]
8 pucuk cengkih (sebenarnya aku silap masuk.Sepatutnya masukkan bunga lawang.Lampi betul.tapi sedap)
1/4 daripada sekeping nissan (tak tahu sila google) yang besar
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu rempah kari
1 kiub pati daging
Minyak untuk menumis
Garam gula secukup rasa

Cara-caranya:

Panaskan minyak dan tumis cengkih dan semua bahan kisar kering sehingga naik bau (aku kisar semua sekali gus)
Kemudian masukkan bahan kisar basah dan sekali lagi tumis sehingga naik bau.Tambahkan serbuk kari.
Dan naik bau,tambah sedikit air.Dan masukkan daging kisar dan 1 kiub pati daging.
Setelah daging hampir masak,tambahkan air asam jawa dan tambah air secukupnya(aku tambah air penuh 1 periuk)
Tunggu sehingga mendidih masukkan keledek yang telah dilenyekkan (aku tunggu air jadi 3/4 dari asal)
Tambah garam dan gula secukup rasa.


Jap apa beza mee rebus jawa dan mee rebus johor?Macam sama je.Haha.

Maaflah aku tak biasa makan dekat luar jadi memang tak tahu sangat makanan luar ni.Sebab family aku memang tak makan luar.Sangat-sangat mama.Bila kau berhenti makan gerai,p periksa dapur sah-sah lah selera kau mati kan.Haha.Macam tulah mak aku.Kalau dia nak makan dia p tengok dapur dulu.Dia rela minum air kotak dutch lady dan makan roti gardenia.Haha.Papa aku pun sama.

Ok.Mee ni kita makan dengan tauhu,telur rebus,sawi celur,bawang goreng,lada yang dipotong nipis-nipis dan limau.

Oleh kerana di sini tiada mee kuning.Apa yang jadi?Spaghetti pun bolehkan?Huhu...


Thursday, 5 April 2012

Tauhu goreng

Pertama kali aku makan tauhu adalah masa hari buat kek untuk makcik Oggy.Tu kali pertama aku masak tauhu dan makan tauhu.Wah kagum dengan diri sendiri yang suka makan semua benda sekarang.Hari tu penat sangat nak ambil gambar.Jadi,hari ni kali kedualah aku masak tauhu dan makan tauhu.Haha..

Bahan-bahannya:

Tauhu yang dipotong kecil-kecil dan digoreng sehingga kekuningan terlebih dahulu
Lobak merah dihiris nipis-nipis
Cendawan dipotong dua
Soohon (ikut suka hati nak letak banyak mana pun)
2 biji lada dihiris nipis-nipis
2 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
Kicap masin
Sos tiram
Garam dan gula


Cara-caranya:

  1. Tumis bahan kisar (bawang merah dan bawang putih) sehingga naik bau.
  2. Masukkan 1 sudu sos tiram dan kicap masin secukup rasa.
  3. Tambah air.
  4. Masukkan lobak merah.Bila dah separuh masak,masukkan cendawan dan lada.
  5. Bila air dah hampir kering masukkan tauhu dan soohon.
  6. Kacau dan kacau dan kacau dan rasa masin manisnya...Dan siap.....

Udang celup tepung

Ok resepi udang celup tepung..Sebenarnya nak buat resepi lain.Tapi tak cukup bahan pula..

Bahan-bahan:

Udang yang telah dibersihkan (dibuang kepala dan kulit.Hanya tinggal ekor untuk nampak cun.Ehh?)
3 sudu tepung gandum
1 sudu tepung beras
Hujung sudu serbuk kunyit (secubit)
Secubit garam
Sebiji telur yang telah dipukul


Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Campurkan tepung gandum,tepung beras,kunyit dan garam.
  3. Celup udang ke dalam telur seekor-seekor dan salut dengan tepung tadi.
  4. Masukkan udang tadi ke dalam minyak panas.

Macam mana nak tahu udang dah masak???

Bila bahagian kepala dia tu dah membengkok tu maksudnya masaklah tu.(huhu.Aku pun baru tahu tadi.)

Sunday, 1 April 2012

Roti paratha dan Kari dal.

Kerana tak dapat makan nasi kandar kari dal cukuplah kan....


Bahan-bahan:
  • 1/4 kg daging dipotong kecil-kecil
  • 1/4 kg kacang dal direbus dan ditoskan airnya dulu
  • 2 batang lobak merah dipotong besar-besar
  • 4 biji ubi kentang di potong besar-besar
  • Santan dalam 100 ml
  • 1 labu bawang merah dikisar
  • 10 biji lada kering dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 1 batang kulit kayu manis,2 biji bunga lawang,3 biji cengkih,4 biji ketumbar(ikut suka hati koranglah haha)=rempah kasar
  • 2 sudu rempah kari + 1 sudu serbuk kunyit + 1 sudu serbuk lada (memang tak kuninglah,tapi yang penting pedas) dibancuh menjadi pes pekat
  • Daun kari
  • minya untuk menumis
  • Garam gula secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Tumiskan rempah kasar sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar (bawang besar,bawang putih,lada kering,halia) dan tumis hingga naik bau.
  3. Dan tambah serbuk kari yang telah dibancuh dengan serbuk kunyit dan serbuk lada.
  4. Masukkan daging.Bila daging separuh empuk masukkan ubi kentang dan kacang dal.
  5. Dan tambah air.
  6. Bila ubi kentang dah hampir masak masukkan lobak merah.
  7. Akhir sekali masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih dan hidang.(ada orang masukkan dua jenia santan,mula-mula masukkan santan cair masa mula-mula masukkan daging jadi tak perlu kacau santan tu kemudian baru tambah santan pekat.Tapi aku punya malas superb jadi letak akhir sekali ye)
Sebijik macam roti canai dekat malaysia.Haha....Ni namanya roti....

LE 16 ++ ada 6 biji.Oklah kan.Kalau teringin sangat kan nak makan roti canai sebijik macam malaysia.Ni kena goreng dengan minyak panas tapi jangan sampai hangus.Nanti dia kemabang-kembang.


Ni roti canai sini.Arab makan roti ni letak gula banyak-banyak.Gula serbuk tu.Dulu beli LE 1.50 je semalam beli terkejut kot dah LE 2.00.Huhh.Cepatnya naik harga.Ni kalau kurang mengidam bolehlah beli.Cakap kat dia tak nak gula.

Saturday, 18 February 2012

Nasi tilapia

Nama asal nasi ni nasi bawal aku ambil resepi dari blog jintanmanis.Tapi kenapa nama dia nasi bawal aku tak tahu.Mungkin sebab dia guna ikan bawal goreng kot.Aku guna ikan tilapia goreng.Jadi nama nasi aku masak adalah nasi tilapia.Haha.Boleh tak?Maaf ye kak jintanmanis.

Bahan-bahan nasi:

3 pot beras
2.5 pot air + 1 pot susu segar (Resepi asal menggunakan susu cair.Rumah aku ada susu segar je)
2 sudu rempah kari ikan dibuat pes dan ditambah 1/2 sudu kecil garam.
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 sudu mentega untuk menumis
3 labu bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dimayang
1 tangkai daun kari (Aku tak masukkan.Tak sempat nak tanam.Haha)

Cara-caranya:

  1. Tumis kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang merah,bawang putih dan halia (dan juga daun kari jika menggunakannya).Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes kari.Kacau rata.
  4. Basuh beras dan tambahkan air dan susu serta bahan yang telah ditumis tadi dan masak.(Aku masak pakai periuk elektrik kompem)
Bahan-bahan kari:

Bunga kobis dipotong sesuka hati
2 batang lobak merah dipotong suka hati
1 genggam kacang panjang (Kacang panjang sini pendek.Boleh pula) dipotong panjang-panjang.
1 labu bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 batang cili dikisar (kalau suka pedas)
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 sudu serbuk kari
Santan secukup rasa
Garam gula
Minyak untuk menumis


Cara-caranya:
  1. Tumis kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan rempah kari.Tumis sehingga naik bau.
  3. Tambah air.Masukkan lobak merah dan bunga kobis.
  4. Bila dah hampir layu masukkan kacang panjang dan santan.
  5. Tambah garam dan gula.
  6. Dan tunggu sehingga sayur masak.

Bahan-bahan ikan goreng:

2 ekor ikan tilapia yang telah siap dibasuh (sudah pasti ini kerja Mar)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
1/2 sudu kecil garam
Tepung ubi kayu

Cara-caranya:
  1. Gaul serbuk kunyit,cili dan garam.
  2. Kemudian lumurkan pada ikan.
  3. Dan akhir sekali lumurkan tepung ubi kayu.
  4. Dan sila goreng.

Tuesday, 14 February 2012

kerabu perut

Kali pertama buat kerabu perut.TAPI bukan 100% original aku buat.Sebab aku dapat perut yang dah siap dibasuh,direbus dan dipotong nipis-nipis.Semua kerja-kerja membersihkan perut Mar yang buat.

Bahan-bahannya:

1kg perut lembu dipotong nipis-nipis,direbus,dan ditoskan.
150 gram kelapa kering digoreng tanpa minyak sehingga berminyak (Faham ke??)
2 batang lobak merah diparut
2 batang timun dihiris nipis-nipis
100 gram kacang panjang dihiris nipis-nipis
2 batang cili dipotong nipis-nipis
Santan mengikut kadar keperluan.(Tak sukat pun tadi)
Garam gula

Bahan-bahan kisar(kisar kering):

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam

Cara-caranya:

  1. Campurkan kelapa kering yang telah digoreng dengan bahan kisar.
  2. Kemudian masukkan sayur dan perut yang telah ditoskan.
  3. Masukkan snatan yang telah digaul dengan gula dan garam.
  4. Dan siap...



Kalau dekat Malaysia orang guna kelapa parut biasa tu je,tapi kat sini tak ada.Jadi kita guna kelapa kering (جوز Ų­ŁŠŁ† ).Kalau kelapa parut tu lagi sedap lagi lemak.

Sunday, 12 February 2012

Red Velvet

Semalam bangun-bangun tidur pukul 2 pagi,terus tangan capai tepung,mixer,dan yang sewaktu dengannya.Sebenarnya dah janji dekat diri sendiri,tak nak buat kek dah sampai habis exam final.Tapi masa dalam kelas kelmarin,tiba-tiba je tersebut 'Balik nanti nak buat kek red velvet laa'.Huhu.Apa berhantu sangat ni..


Pukul 3.30 pagi dah siap masak.Dengan semangat aku buat topping TAPI mereka mensabotaj aku.Tiba-tiba mereka jadi berbiji-biji.Keluar air susu entah dari celah mana.Aishh aku pun dengan keFRUSTan yang amat sangat,apa lagi cari bantal dan selimut tidur.Selamat satu malam aku dari menghadap buku.

Bangun pagi-pagi pukul 9,capai whipping cream,cream cheese dengan timbang gula dan butter terus kepuk-kepuk.TING jadi.Cun pula tu.Hasil kegilaan aku terhadap idea berhantu ni,selamat dua kuliah aku ponteng.Sedangkan aku dah siap pakai baju kot.Tiba-tiba p capai segala macam benda tak berkaitan.Huhu.

Tamat merepek.

Bahan-bahan kek:

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam
60 gram unsalted butter
1 biji telur
1/2 cawan susu segar + 1 sudu air perahan lemon (resepi asal menggunakan butter milk)
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar cuka makan
1 sudu sodium bicarbonate 
1 sudu besar pewarna merah
1 sudu besar serbuk koko

Cara-caranya:
  • Ayak tepung,garam dan baking powder.
  • Campurkan 1 sudu serbuk koko dan 1 sudu pewarna merah.Tambah sedikit air sehingga menjadi pes.
  • Campurkan 1 sudu sodium bicarbonate dengan 1 sudu cuka makan.(Aku pakai baking powder je sebab aku tak ada sodium bicarbonate?Boleh ke??)

Langkah pertama:
  1. Putar butter dengan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak berselang seli dengan susu segar.
  4. Masukkan campuran serbuk koko dengan pewarna merah,dan campuran sodium bicarbonate dengan cuka.
  5. Putar bahan-bahan sehingga sebati.
  6. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 50 minit.


Bahan-bahan topping:

100 gram cream cheese (Resepi asal 125 gram)
1/2 cawan whipping cream
80 gram gula halus (Resepi asal 120 gram)
50 gram unsalted butter

Cara-caranya:
  1. Putarkan whipping cream sehingga kembang.
  2. Dalam bekas lain,putarkan gula,cream cheese dan butter sehingga sebati.
  3. Tuangkan gula,butter dan cream cheese yang telah sebati ke dalam bekas whipping cream.
  4. Kacau perlahan-lahan.Jangan putar menggunakan mixer.Nanti dia akan berketul-ketul dan korang akan rasa nak campak kek ke bawah rumah.Huhu.
  5. Dan mulakan sesi berkarya.



Thursday, 2 February 2012

opor daging

Opor daging ni makan dengan nasi daging.Orang makan nasi daging dengan daging rebus dan air asam, aku makan dengan opor daging.Apa-apa ajalah.

Bahan-bahan perapan daging:

1/2 kilo daging (semalam aku pakai daging yang telah direbus sebab nak buat nasi daging kena masukkan air daging)
2 sudu besar jintan manis dikisar kering

Cara-caranya:

  1. Potong daging nipis-nipis dan perapkan dengan jintan manis yang telas dikisar selama 30 minit.


Bahan-bahan menumis:


1 biji bawnag besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2 batang serai dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci lengkuas dikisar (aku tak masukkan sebab tak ada lengkuas)
1 biji cili dikisar
4 biji buah keras dikisar kering (aku tak masukkan sebab buah keras dekat rumah aku tiba-tiba hilang.Ajaib sungguh)
200 ml santan

Cara-caranya:

Tumis semua bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan daging yang telah diperap.
Tambah sedikit air.Tunggu sehingga mendidih.
Tambah santan.
Tunggu sehingga daging empuk dan siap.


Dia kata kena masukkan daun salam.Daun salam tu apa ehh?

Nasi daging

Ni aku masak semalam,setelah mengGOOGLE nak masak daging masak apa.

Bahan-bahannya:

4 pot beras basmati (lebih kurang 1/2 kilo-3 orang makan 1/2 kilo.Memang dasar perut besar.Haha)
Air rebusan daging yang telah ditambah sup bunjut,1 sudu rempah suh dan 1/2 sudu kecil garam.
1 inci halia dipotong panjang-panjang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1/2 cawan susu segar @ susu cair(Sini susu cair mahal,Susu segar pun jadilah)
21/2 sudu tomato puri
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
  1. Tumis halia,kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
  2. Masak nasi dengan air rebusan daging.1 pot beras 1 pot air rebusan daging.(aku masak dengan rice cooker je)
  3. Tambah 1/2 sudu garam.
  4. Tunggu sehingga nasi mendidih,masukkan susu segar dan tomato puri.Gaul nasi rata dengan bahan-bahan.
  5. Siap dihidang.

Makan dengan daging rebus dan air asam atau pun semalam aku makan dengan opor daging.

Cheese cake

Yeay dengan bangganya saya mengumumkan cheese cake saya dah siap.

Hooooreeyyyyyyy......

Bahan-bahan base (dasar):

200 gram butter cookies
3 sudu marjerin

Cara-caranya:

  1. Kisar kering butter cookies..
  2. Cairkan marjerin dengan api perlahan.
  3. Kemudian gaulkan marjerin dengan biskut yang telah dikisar sehingga boleh dikepal
  4. Mampatkan biskut pada dasar acuan.
  5. Aku menggunakan bekas bersaiz 16 cm bulat.
  6. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.(Aku masuk 1 malam.Esoknya baru buat cheese cake)


Bahan-bahan cheese cake:

250 gram cream cheese
300 ml whipping cream
2 botol natural yogurt yang telah ditapis airnya.
130 gram gula halus
3 sudu air perahan lemon
10 gram gelatin(ella terima kasih untuk gelatin nanti ecah ganti eyy)


Cara-caranya:

  1. Putar whipping cream sehingga gebu.Jangan terlampau lama nanti akan berketul.
  2. Dalam bekas lain putarkan cream cheese,gula,dan air perahan lemon sehingga rata.
  3. Kemudian satukan whipping cream,cream cheese yang telah diputar bersama gula dan air perahan lemon.
  4. Masukkan yogurt yang telah ditapis airnya.(Cara menapis air yogut adalah dengan letakkan yogut kedalam penapis selama 2 jam.Air yogurt akan menitis keluar)
  5. Dalam bekas lain,larutkkan gelatin dengan 100 ml air.Setelah larut,padamkan api dan biarkan gelatin sejuk sedikit(tidak berasap-rasap macam di atas dapur.Jangan menunggu lama kerana nanti gelatin akan  membeku dan berketul-ketul) kemudian masukkan ke dalam bekas yang mengandungi semua bahan-bahan tadi.
  6. Kacau rata bahan-bahan tadi.Dan tuangkan di atas base yang baru dikeluarkan dari peti sejuk.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam.Nanti cheese tadi akan membeku.Jangan bimbang jika nampak cair,kerana ia akan membeku nanti.
Bahan-bahan topping:

2 sudu madu
3 sudu esen blue berry
1 sudu jem blue berry

Cara-caranya:
  1. Gaul rata semua bahan dan sedia untuk di topping.

Tuesday, 31 January 2012

Agar-agar tanpa nama

Subjek semalam adalah mari mereka.Huhu.Maka terhasillah agar-agar tanpa nama.

Bahan-bahan:

Bahan A:
1 paket agar-agar serbuk 10 gram
1 liter air
200 gram gula
Pewarna merah

Bahan B:
150 gram butter
200 gram susu pekat
200 ml susu cair
2 biji telur

Cara-caranya:

1)Masak agar-agar dan gula dengan 1liter air sehingga agar-agar larut.
2)Tambahkan setitik pewarna merah

3)Ambil 3 senduk agar-agar yang telah dimasak dan letak di dalam bekas lain.Dan biarkan bakinya di dalam periuk.


Dalam bekas lain:
1)Putar bahan B sehingga kembang.
2)Tambahkan Bahan B yang telah diputar ke dalam baki agar-agar di dalam periuk dan kacau rata.
3)Basahkan bekas acuan agar-agar.
4)Masukkan agar-agar yang telah dicampur dengan bahan B kedalam bekas.dan tunggu sehingga keras.

Kemudian masukkan agar-agar yang telah diasingkan tadi sebagai lapisan terakhir ke dalam bekas.