nuffnang ads

Thursday, 24 May 2012

Kek pisang choc rice

Lamanya tak menulis.Huhu.Keinginan itu ada..Tapi masa yang tiada.Penat laa musim panas.Balik-balik rumah tersadai..Hehehe...
 photo Picture22798_zps0ae6ee93.jpg

Hari ni nak kongsi resepi kek pisang.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung
1 cawan minyak
1 cawan gula halus
3 biji telur
8 biji pisang
2 sudu baking powder
secubit garam
3 paket esen vanilla
50 gram choc rice

Cara-caranya:

  • Panaskan ketuhar
  • Ayak tepung dan baking powder.
  • Mesin pisang (kalau rajin lenyekkan lah.Aku malas.Tapi jangan tambah air ye)
  • Pukul telur sehingga kembang.
  • Masukkan gula dan minyak.Pukul lagi.
  • Masukkan bahan-bahan ayak (tepung,baking powder,esen vanilla,garam)
  • Pukul rata.Masukkan pisang yang telah di mesin dan choc rice.Dan kacau rata.
  • Bakar pada suhu aku tak tahu.Dapur rumah aku klasik kot.

4 comments:

  1. patotla ade coklat2...cekelat rice ke rupenye..
    sedap!!
    thanx a lot,echahNfamily!! :D

    ReplyDelete
  2. apa ni? foto kat depan lain...kat sini lain pulak...menjengkelkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori di atas kejengkelan tersebut.kerana gambar asal tidak dapat di attach kan sebagai gambar depan resepi..jd sy dah update gambar depan di post ini...tq

      Delete