nuffnang ads

Thursday, 24 May 2012

Aktiviti jumaat

Jumaat lepas ada program Basic Clinical Skill (BCS) untuk budak-budak tahun aku yang nak mantapkan skill.Skill apa?Skill laa apa-apa yang patut.Kehadiran yang dijangka 120 orang..Tapi ada juga yang kasi nama nak datang tapi tak nampak batang hidung mahu pun lubang hidung.Inilah masalahnya.Kesian pihak penganjur.Kan...
Ni tengah tunggu doktor datang.Macam biasa janji arab.Pukul 8.30 akan jadi pukl 9 kan.Janji melayu pun sama juga.


Bahagian pertama belajar macam mana beromantis dari belakang dan sisi.Haha..Ni dapat pakcik a.k.a patung yang terlekat (chocking).Lepas tu belajar laa cara-caranya.Dan juga belajar jenis-jenis suntikan.Yang semestinya Mar pro adalah IM(intramuscular injection).Dia kan doktor tak bertauliah aku.


Masa aku sakit tu,kena cocok streptomycin.Doktor suruh p farmasi cocok.Aku dengan pandainya buat sendiri dekat rumah.Kata bakal doktor.Apa salahnya praktis kan.Ada lagi satu benda doktor cakap bancuh ubat tu macam ni.Tapi aku buat cara aku.Hehe.Tak boleh cerita.Nanti nampak sangat tak tertauliah.Haha.

Bahagian kedua pula belajar nak buat nasogastroscopy dan catheterization untuk lelaki dan perempuan.

Mula-mula ukur dulu nak masukkan berapa panjang.Dari hidung ke tepi telinga lepas tu ke 2 jari dari pusat.Lepas tu bla bla.Program habis sebaik masuk waktu zohor.Yelah jejaka-jejaka nak p solat jumaatkan.Ada juga prof tunjuk cara nak buat epidural anaesthesia dan lumbar puncture.


2 comments: