nuffnang ads

Thursday, 10 May 2012

Khabar duka dari Malaysia

Setiap hari kita mendapat khabar kematian dan kehilangan.Apatah lagi jika anda berada di hospital.Tiada sehari pun hari yang sunyi dari berita sedih itu.Cuma bezanya adakah ia sebuah pemergian yang telah diduga atau satu kejutan kepada kita.Yang pasti tiada siapa gembira dengan berita kehilangan orang disayangi yang pulang ke sisi penciptanya.


Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” 

Apatah lagi jika kita jauh dirantauan.Berjuang menuntut ilmu.Meninggalkan keluarga di sisi.Jauh dari kedua orang tua yang sentiasa dirindui.Tiba-tiba,berdegup rasa hati.Mungkin ada yang tidak kena jauh di sana.Tatkala itu juga mendapat khabar,orang yang disayangi telah kembali ke sisi Ilahi.Innalillah...

Allah yang Maha Besar.Segala yang terjadi di atas kekuasaanNya.

Di saat peperiksaan akhir semester untuk tahun terakhir tinggal kurang dari dua minggu,satu berita yang merentap kalbu datang.Terdetik di hati,dia tidak patut pergi lagi.Hanya doa dan air mata mampu kita titpkan.Tapi kita hanya hamba yang merancang tapi Allah yang menentukan.

Berputar kembali memori bila kali terakhir kita memeluk tubuh yang disayangi.Bila kali terakhir kita mencium tangan tua itu.Bila kali terakhir kita menelefon bertanya khabar mereka.Kini dia telah pergi.Semoga Allah menetapkan rohnya dikalangan orang-orang yang soleh.Amin..

Buat saudaraku.Tabahkanlah hati sesungguhnya Allah lebih mengetahui.Teruskan perjuangan.Habiskan pengajian.Pulang ke pangkuan ibu tunaikan tanggungjawab kamu.Menangislah jika itu mampu menenangkan rasa hati.Along di sini sentiasa menyokong kamu.Allah lebih menyayangi dia.

Diriwayatkan daripada Anas bahawa apabila Rasulullah SAW melihat Ibrahim, putera kesayangan baginda menghembuskan nafas yang terakhir, air mata Rasulullah mengalir deras. Lalu Abdurrahman bin Auf pun bertanya:

 “Mengapa engkau menangis wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab: “Wahai Ibnu Auf, ia adalah air mata rahmat”. Kemudian Rasulullah SAW menyambung: “Sesungguhnya mata itu dapat menitiskan air, hati dapat bersedih dan kami tidak mengatakan sesuatu kecuali yang diredai oleh Allah. Kami sangat bersedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim (Muttafaq ‘alaih).” 

Al fatihah buat bapa kepada saudara saya yang meninggal dunia dalam lingkungan 5 petang semalam waktu malaysia.

Teringat kata-kata 'kawan lelaki' dulu "Jangan balik malaysia sementara mak ayah ada lagi ni."Sewaktu aku menyatakan hasrat untuk travel pada cuti musim panas.Baca  di SINI .

No comments:

Post a Comment