Aktiviti jumaat lepas pula..MARI membuat DONUT..Dah nak jumaat pula baru tulis..Huhu...
Ni SIFU aku namanya Adib Que Que..Hehe..Aku hanya membentukkan je donut-donut tersebut.Benda paling aku malas adalah menguli.Itu kerja aku kasi Mar buat.Sebab dia PERKASA.
Ni SIFU aku namanya Adib Que Que..Hehe..Aku hanya membentukkan je donut-donut tersebut.Benda paling aku malas adalah menguli.Itu kerja aku kasi Mar buat.Sebab dia PERKASA.
Umm kali ni buat donut untuk tabung batch pula.Ni dapat tender pun setelah pengarah program SC (smart cycle ke circle ehh?Haha) dan ajk nya budak batch aku.Jadi haruslah sumber disalurkan kepada batch kan..Yela tahun depan nak grad banyak kot nak pakai duit.Lain laa kalau korang nak jadi penaja.Tak nak taja ramai-ramai,taja aku sorang pun BOLEHHHH.....
Mar cakap kami berlagak pelancong.Huhu.Sibuk nak ambil gambar.Alang-alang dah jalan kaki balik dari rumah Adib kan.Saja menggeletis....
Satu kilo tepung tu yang sebenarnya tak sampai satu kilo boleh dapat 30 biji.Siap timbang sebiji-sebiji kot.Dalam 50 gram +++ macam tu laa sebiji.Aku bahagikan dapat 30 biji.Mar bahagikan dapat 34 biji.Enzyme lebih kot..Haha..
Gaya selekeh dan serabai je keluar rumah.Hoho.Masa SIFU aku mesej tanya nak datang bila aku tengah tidur kot.Bangun mandi bagai terus keluar.Mula laa sibuk cari baju dan tudung tak perlu gosok.Huhu...
Objek yang difokuskan....Nampak tak??Calon presiden mesir.Hidup Mohd Mursi...Ecehh macam aku pula p mengundi..
Begitulah bentuknya setelah dia kembang.Gebu sangat-sangat.Adoi..Lubang kat tengah tu pun boleh hilang.Bila dah akhir-akhir tu,macam-macam bentuk jadinya donut ni.
Akhirnya selesai satu tanggungjawab.Begitulah hari khamis dan jumaat aku minggu lepas.....
No comments:
Post a Comment