nuffnang ads

Tuesday 1 May 2012

BERSIH:Saya bangga menjadi rakyat Malaysia di Mesir

Bersih ialah membuang segala kekotoran.Semua orang pun tahu kot.Hadis Nabi SAW pun ada menyebut 'kebersihan adalah sebahagian dari iman'.Ini menunjukkan betapa pentingnya bersih.

Tak kiralah bersih dari sudut apa sekali pun.

Kenapa aku bangga menjadi warga Malaysia di Mesir?

Sebab ini...


TAHNIAH KEPADA PELAJAR MALAYSIA DI ALEXANDRIA, MESIR! 

Assalam Penyerahan RM105,591.00 utk Gaza melalui Aqsa Syarif oleh Warga Pelajar Malaysia di Alexandaria. Wakil pelajar Alaxandaria : Wan Mujahid Wan Marzuki,Khairul Anuar Mahat, Muhammad Misbah dan Amirul Hafizi Mohd Suhaimi. Sumbangan diterima oleh wakil Aqsa Syarif di Mesir, Ustaz Abd Haris Bain

UCAPAN TAHNIAH DARI PENGERUSI AQSA SYARIF:
Tahniah kpd warga pelajar malaysia di Alex atas kutipan yg sangat besar jumlahnya ini. Pastinya jumlah ini menjadi dorongan pd lokaliti lain dan pusat-pusat pelajar malaysia di seluruh dunia utk berlumba-lumba infak utk palestin. Tahniah juga kpd Ust Haris Bain yg menjadi pemudahcara kpd anak-anak pelajar kita di Mesir utk memacu jihad palestin melalui Aqsa Syarif
Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif

Tak bangga?Kena bangga kot.Kami sahaja di Iskandariah ni mampu kumpulkan RM 100 000 ++ (LE 200 000)untuk saudara kita di Gaza.Kamu tak bangga?Aku juga bangga dengan kawan-kawan yang tak berkira menyerahkan beribu ringgit seorang untuk program ini.(Baru program ini,tak masuk program membantu warga mesir)

Ni juga hasil kempem sempena duit interest yang masuk pada 31 Mac baru-baru ini.Iaitu operasi memBERSIHkan duit anda dari riba.

nota kaki: Maaflah tajuk dan isi tak sama dengan isu semasa.Saja tumpang panas!!!!


No comments:

Post a Comment