Pertama kali aku makan tauhu adalah masa hari buat kek untuk makcik Oggy.Tu kali pertama aku masak tauhu dan makan tauhu.Wah kagum dengan diri sendiri yang suka makan semua benda sekarang.Hari tu penat sangat nak ambil gambar.Jadi,hari ni kali kedualah aku masak tauhu dan makan tauhu.Haha..
Bahan-bahannya:
Tauhu yang dipotong kecil-kecil dan digoreng sehingga kekuningan terlebih dahulu
Lobak merah dihiris nipis-nipis
Cendawan dipotong dua
Soohon (ikut suka hati nak letak banyak mana pun)
2 biji lada dihiris nipis-nipis
2 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
Kicap masin
Sos tiram
Garam dan gula
Cara-caranya:
Bahan-bahannya:
Tauhu yang dipotong kecil-kecil dan digoreng sehingga kekuningan terlebih dahulu
Lobak merah dihiris nipis-nipis
Cendawan dipotong dua
Soohon (ikut suka hati nak letak banyak mana pun)
2 biji lada dihiris nipis-nipis
2 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
Kicap masin
Sos tiram
Garam dan gula
Cara-caranya:
- Tumis bahan kisar (bawang merah dan bawang putih) sehingga naik bau.
- Masukkan 1 sudu sos tiram dan kicap masin secukup rasa.
- Tambah air.
- Masukkan lobak merah.Bila dah separuh masak,masukkan cendawan dan lada.
- Bila air dah hampir kering masukkan tauhu dan soohon.
- Kacau dan kacau dan kacau dan rasa masin manisnya...Dan siap.....
tak penah fikir pulak tauhu buat cam neyh..hehe..boleh try neyh..
ReplyDeletehehe...pertama kali masak juga ni.cubalah....
Delete