Hari tu musim orang lepas dapat keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).Ada yang cemerlang ada yang kurang.Kalau yang kurang sah-sahlah sedih.
Lepas tu musim orang isi borang pula.Masa tu budak-budak ni semua tengah pening isi borang nak minta apa,nak minta mana.
Yang cemerlang dengan senyuman isi borang permohonan ke mana-mana.Yang sedang-sedang pening kepala.Nak minta aliran sains,subjek sains keputusan tak gempak.Mak bapak kecewa hebat.
Kawan tu sedih dengan keputusan tak gempak,tambah pula bila mak bapak membentak-bentak.Aku tak reka ok.Ramai kot membe-membe adik aku cakap dan luahkan perasaan.
'Along,orang nak jadi pilot.Tapi bapa tak kasi,Suruh belajar luar negara juga.Jadi ustaz pun tak apa'
'Along,kalau pilih ni nanti macam mana?'
'Along,bapak cakap dia ada master,paling tidak orang kena macam dia juga'
Along...Along..Along..
Terasa diri aku sangat mempunyai ramai adik-adik...Tak apa.Along untuk semua,...Hahaha..
Sekarang mana-mana budak yang dah dapat tawaran,senyum sampai telinga.Sekurang-kurangnya salah satu yang diminta itu ada.Yang belum posmen menyinggah di depan muka pintu,masih menunggu dengan redha.
Aku faham kekecewaan ibu bapa.Budak-budak juga kecewa.Mereka yang telah berusaha sehabis daya bagi mengecapi impian kita lagi kecewa.Berat mata memandang,berat lagi juraian air mata mereka.
Dalam memilih landasan untuk meneruskan pelajaran,apa yang orang nampak sekarang adalah peluang pekerjaan.
Belajar universiti,dengan jurusan tak hebat dan nanti keputusan tak gempak,kerja pun tak dapat.Sebab itu jika dilihat sekarang,ramai yang berhenti universiti bila mendapat SPA8.Kan??
Dan rezeki Allah dah kasi.Tertulis sejak azali.Ada kawan aku dapat UPU jurusan sains pertanian.Sebab tak nak jurusan tu,ambil matrik dan mohon UPU sekali lagi.Tetap dapat sains pertanian.
Jadikanlah,kerjaya kita sebagai jalan untuk kita mendekatkan diri dengan sang Pencipta.
Nak cerita pengalaman aku sebagai anak sulung tanpa kakak abang mahupun sesiapa yang punya pengalaman.Dengan tiada kemudahan internet di rumah.Masa tu aku nak guna word pun tak lepas.Huhu.Isi borang bantai pilih sesuka hati.
Petronas buka permohonan pun aku tak tahu.Apa orang kata isi,aku cari.Masa tu aku tengah bekerja sebagai kuli.Nasib baik dapat bos ada budi pekerti.Walaupun bukan seagama mahupun satu bangsa,namun cuba memberi.
Alhamdulillah rezeki Allah nak kasi.Banyak tawaran yang aku dapat.Akhirnya aku tercampak di sini.Dah lima tahun pun....
bersambung..pengalaman p temuduga...

alonggg..nak nasik dagang!
ReplyDelete*kata along untuk semua ,kan3..ngeh3*
along tak ada santan..tlg minta dengan abg long..haha
Delete