Alhamdulillah dah selamat selesai exam midterm untuk course ENT (ear,nose & throat).Markah kan dah tau.Alhamdulillah.Tak adalah gilang gemilang tapi cukup laa makan.Hehe.Ada ke patut diaorang boleh buat pre test untuk kesekian kalinya pagi tadi.Dah jawab tu semua,tetibe lak prof datang cakap ok tutup page tu.Haa?Jawab balik???Cett semangat je aku menjawab yang mula-mula tu.Huhu.
Ni bukan vertigo habis exam.Ni tajuk assignment kami esok.Ohh esok dah mula kelas urology.Serius rasa nak tidur.Adalah digalakkan untuk bercuti selepas exam.Terima kasih.
Tak apa,nanti khamis cuti ye..Hehe.Seminggu gitu cuti easter.Ni ada pula makcik Mar ajak berniaga lagi.Tadi al kisah p cari bihun tapi tak ada.Masa hari sukan ikhwah yang dilangsungkan di Alex a.k.a tempat aku laa tu (Alhamdulillah Alex menang sebagai juara.Zagazig menang tempat kelima.Haha) aku yang telah diperdayakan oleh puan Mar,telah berlumus lingkup di dapur menyiapkan akok dan bihun goreng (padahal Mar lagi lama masak dari aku.Haha).
Hasilnya?Penat...Tapi best.Untung laa juga.Nama pun budak medik=budak kelaparan setiap waktu.Haha.
Nampak tak tu?Itulah akok kami.Haha.Ni buat benda ni untung tak banyak kot.Silap hari bulan modal je dapat.Huhu.
Tak nampak juga.Nah ini gambar dekat.Ingatkan nak ambil gambar lepas siap-siap semua.Sekali lambatlah pula siap,nak kena bergegas ke rumah Izul pula nak uruskan pembungkusan barang jualan LORD.Tu yang nampak sebungkus tu adalah bihun goreng kami.Siap telur sebiji.
Harga kami jual,kenalah mahalkan.Huhu.Sebungkus bihun goreng LE 8 dan sebiji akok ni LE 1.Amacam?Mahal ke?Tapi ada orang tanya kenapa jual murah sangat.Dapat untung ke tak.Huhu.Adalah sikit-sikit.
Gambar kat atas tu,gambar pertama kali aku buat akok.Bulan puasa tahun lepas.Masa tu berdiri pun goyang-goyang lagi a.k.a vertigo tak pun dizziness.Haha.Tapi tahap melayan perut meroyan tu tinggi memang jadilah.
TAPI
Automatik bila sampai Malaysia tanah tumpah darah tercinta,segala ilmu masak ditinggalkan di Mesir.Balik jauh-jauh kenalah makan masakan air tangan emak betul tak kawna-kawan??????
Ha resepi akok?Tak dapatlah.Kata barang jualan.Haha.Serius kedekut ilmu.Ehhh???
gambar diambil dari facebook media perubatan cawangan iskandariah.
"Automatik bila sampai Malaysia tanah tumpah darah tercinta,segala ilmu masak ditinggalkan di Mesir.Balik jauh-jauh kenalah makan masakan air tangan emak betul tak kawna-kawan??????"
ReplyDeleteBETOLLL!!
*smbilmengangkatkeduakakidantangan.yeah~*
saya mendapat sokongan padu..hahaha...
Delete