Semalam kan aku p mana?P pantai main air.Kalau mama tahu ni confirm mama berleter musim-musim tsunami p main air kat pantai.Macam tak ada waktu lain.Huhu...
Duta chipsy.Hehehe.
Asal plan nak gerak pukul 8.Sebab dah 5 tahun duduk mesir,maka kami pun terpakai janji orang mesir.Gerak pukul 9 pagi.Masa tu dah mula panas dah.Orang dah ramai dan penuh kawasan pantai kot.Huhu.Awal juga arab-arab ni bangun..
Makcik ni lagi arab.Lambat benoo..
Kami pilih Pantai Miami sebagai destinasi.Lagi pun sini ada tembok nun di tengah laut.Jadi ombak tak adalah besar sangat kan.Bayaran masuk LE 25 untuk 3 orang dengan pakej 1 meja,1 payung dan 3 kerusi.Agak murah kata Oggy.Aku tak ada pengalaman p pantai ni.
Ni baru sikit.Kalau dah panas betul-betul nanti penuh macam sardin dekat pantai ni.Tak nampak tanah.Nampak kepala orang je semua.
Tengok 1 kg bihun untuk 3 orang.Isk isk.Banyak betul Oggy makan satu bekas.Haha.Apa nak jadi ni Oggy.Diet meh meh.
Gambar seni menurut Oggy.Huahuahua.Sebelum turun main air haruslah perut diisi dulu.
Ni makcik ni masuk air hilang sakit kaki.Kalau suruh buat apa-apa teus cakap 'Kaki aku sakit lah cah.'Main air tak sakit pula.Apakah maknanya?
Pemandu jentera berat.Kecoh naik benda alah ni.Semua pertama kali naik.Huhu.
Korang nampak tak tembok dekat belakang sana?Nyaris kot kami langgar tembok tu.Kecoh budak-budak arab datang tolok tolakkan benda ni.Haha.Malu je.
Disebabkan kami ni JAKUN.Kami tak tahu macam mana nak belok dan sangat teruja bila tahu benda alah ni boleh diundurkan dengan mengayuh ke belakang.
Muka pasrah kena tumbuk.Makcik biru tu tak nak masuk air.Dia takut laut ye tuan-tuan dan puan-puan.Haha.
Ingatkan mahal sangat naik benda ni.Rupanya LE 30 je satu jam.Kami naik 30 minit je.Tu pun dah penat.Ingat nak naik sekali lagi lepas tu,tapi memandangkan air besar,jadi kami mengecutkan perut untuk terjah laut.
Lepas naik benda tu dan penat mengayuh-ngayuh,kita isi perut sekali lagi ye.Makan je tahu.Cuti kan....Kain batik tu adalah peti sejuk automatik.Haha.Buat balut ais la.Tak nak kasi cair.
Tu juga tekcik yang digunakan masa aku masuk hospital hari tu.Disebabkan doktor suruh aku minum ais,jadi masa p exam ICDL tu,macam tulah aku bawak ais nya.
Budak-budak arab.Kanak-kanak kot.Tak ada perempuan pun mandi laut ni.Semua lelaki.Tu yang aku main tepi-tepi je pun.Huhu.Hanya kanak-kanak je mandi laut.
Laut yang penuh dengan rumpai laut,botol plastik,plastik,dan macam-macam lagi.Kotor ok.Tapi terjah juga.Huhu.Siapa-siapa nak sushi nak ambil rumpai laut,silalah datang.Huhu..
Akhirnya berjaya juga tulis nama.Mula-mula tulis ombak datang sapu.Lepas tu orang pula pijak.Sampai pakcik tepi pantai tu kantoi gelakkan kami.Haha.P 3 orang je,tapi bising macam p 30 orang.Haha.
Lepas azan zohor,kami pun gerak untuk balik.Petang nanti nak keluar lagi.Huhu.Penat-penat cuti ni.Tak terasa pun macam cuti.Ingat nak jadi dugung je bergolek atas katil,ni sampai balik rumah terus tidur kepenatan.Isk isk.
Ini adalah pengangkutan agak utama di sini.Iaitu trumco atau dekat malaysia orang panggil prebet sapu.Huhu.Kalau jalan pantai,inilah kenderaannya.Kalau dalam sikit,kita ada tram a.k.a keretaapi atas tanah.Ehh??
BALIK daa......
Ok,ruang aku dekat picasa web tu dah penuh.Macam mana nak upload gambar lepas ni??????
chah nseb bek x gi arinih..angin n ombak kuat gilak kot..x de org mndi pun rinih..lengang ..huhuhu
ReplyDelete*kompius sape sebenanye yg kne diet* hehekss
huh...ribut pasir kot rini..bukan alex je..cairo lg teuk naa...
Deletehehe..aku pun konpius....