nuffnang ads

Tuesday, 24 April 2012

Mampukah anda menguruskan jenazah?

'Setiap yang bernyawa akan merasakan mati,dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan balasanmu dengan sempurna,barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sesungguhnya dia memperoleh kemenangan,dan tidaklah kehidupan di dunia itu melainkan kesenangan yang memperdaya'
                                                                                                    (Ali Imran:185)

Hari terakhir ASFEST tu ada kursus pengurusan jenazah.Wah aku memang teruja nak p.Kalau boleh biarlah ia sebagai bakti aku terhadap orang tua aku nanti.

Kursus yang menarik tapi masa yang tidak cukup.Asal-asal program ini penyertaannya hanya 150 orang terawal.Oleh kerana permintaan sangat tinggi,300 tempat telah dibuka.


Sesi teori disampaikan oleh Ustaz Syed Aisam bin Syed Idris Al Habshee.Banyak benda baru yang disampaikan.Dan sesi praktikal dibantu oleh penuntut dari negeri perak.Minta izin ye ustaz untuk berkongsi ilmu yang diperolehi.

'Apabila mati anak Adam akan terputuslah amalannya melainkan 3 perkara:sedekah jariah,ilmu bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan untuknya'    (Riwayat Muslim)

Jom nak kongsi sebahagian ilmu yang diperolehi.

Hukum menziarahi saudara muslim yang sakit adalah sunat muaakad sama ada kita kenal dia atau tidak.

'Sesungguhnya apabila seseorang muslim itu menziarahi saudara muslimnya yang sakit,maka ianya sentiasa berada di dalam kebun syurga dengan memetik buah-buahnya'   (hadis Rasulullah SAW)

Tapi ada 3 penyakit yang makhruh kita menziarahinya:(aku pun baru tahu)

  1. Sakit mata
  2. Sakit bisul
  3. sakit gigi
Kita tidak digalakkan berdoa atau meminta supaya segera dimatikan kerana tidak sanggup lagi menanggung ujian itu.Tapi kita berdoalah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:

'Jangan meminta dari kamu akan kematian kerana bala yang diturunkan kepadanya dan hendaklah berdoa 'Wahai Tuhanku!Hidupkanlah aku selagi kehidupan itu baik bagi ku dan matikanlah aku kiranya mati itu baik bagiku'                   (hadis Rasulullah SAW)

Aku pun pernah je berdoa macam tu.Huhu.Masa tu rasa ya Allah kenapa aku yang diuji.Kenapa aku.Tapi sekarang,jika direnungkan kembali aku sedar.Tanpa apa yang terjadi,aku takkan jadi sekuat ni.Sesungguhnya semakin kasih Allah pada hambanya semakin banyaklah ujian yang akan diberikan.

'Hairan bagi orang mukmin sesungguhnya sesuatu perkara itu kesemuanya baik dan tidak ada perkara itu bagi orang lain melainkan orang mukmin sahaja.Sekiranya ditimpa kebaikan ia bersyukur maka itu lebih baik darinya dan sekiranya ditimpa kesempitan,bahaya dan sebagainya ia bersabar maka itu adalah baik baginya'               (hadis Rasulullah SAW)

Tahukah korang kenapa orang baca surah Yasin bila berada di tempat pesakit?

'Tiada daripada orang yang hampir menemui ajal apabila dibaca surah Yasin kepadanya melainkan akan dipermudahkan untuknya menghadapi sakaratul maut'   (hadis Rasulullah SAW)

Katakanlah,ada orang yang meninggal.Dan kita berada disampingnya.Apakah yang patut dilakukan???

Aku pun baru belajar ni.Ni langsung kosong aku punya ilmu.



Pertama : Membasuh kemaluannya.    Kenapa??

Sebab apabila dicabut nyawa,sakitnya tidak kepalang.Mungkin ada najis yang terkeluar.Dan ia mengaibkan si mati.Jadi perlu kita mencuci najisnya sebelum diziarah oleh orang ramai.

Kedua : Memejamkan mata si mati dengan mengurutnya perlahan-lahan sambil membaca doa:

بِسْمِ اللهِ وَعَلٰى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ، اللّـٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، وَارْحَمْهُ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ.

Ketiga : Ikat dagu si mati.

Dengan menggunakan kain yang agak lebar dengan dililitkan di kepalanya bertujuan menutup mulutnya yang terbuka.

Keempat : Menggosok sendi-sendi dengan minyak.

Dengan cara melipatkan perlahan-lahan semua sendi tangan,kaki,lutut dan jari jemarinya.Tujuannya adalah untuk mempermudahkan urusan memandi dan mengkhafankan jenazah nanti.

Tapi jika mayat sudah sejuk,dan anggotanya telah menjadi keras tidak perlu melakukan proses ini kerana dibimbangi akan mematahkan anggota mayat.

Kelima : Meletakkan mayat di tempat yang tinggi seperti katil.

Keenam : Meletakkan pemberat di atas perut mayat sekurang-kurangnya 600 gram @ satu kati

Tujuannya untuk mengelakkan masalah kembung terutama di bahagian perut mayat.Terutama bagi mayat yang tidak dapat disegerakan pengurusannya.

Ketujuh : Menyegerakan pengurusannya (pengebumiannya)


Duit siapakah yang patut diguna untuk menguruskan jenazah??
  1. Harta si mati kecuali isteri diwajibkan ke atas suami,anak diwajibkan ke atas bapa.
  2. Jika tiada,keluarganya
  3. Jika tiada,baitulmal
  4. Jika tiada,orang-orang mslim yang mampu di kampung itu.
Tahukan anda??

Suami isteri tiada batasan aurat?

Alangkah bestnya kalau suami sendiri yang memandikan jenazah aku nanti.Kerana hanya suami yang tahu aib isterinya dan sebaliknya.

Kena cari calon suami yang p kursus pengurusan jenazah laa macam ni.Haha.....

No comments:

Post a Comment