nuffnang ads

Saturday, 14 April 2012

Latino Cafe & Restaurant

Anggaran nak p Forum Kerjaya dan Professional (PROF) tapi apakan daya,malas itu menguasai jiwa.Bukan malas,sebab petang nanti ada acara,kena laa praktis sikit (poyo yo je).Tiba-tiba terasa rugi.5 minit je kot jalan dari rumah aku.


Ni bukan nak cerita pasal ASFEST pun.Nak cerita pasal makan dan makanan.


Sebenarnya tengah cari gambar makan dekat mana.Lupa dah nama kedai.Yaa dekat Latino Cafe.Suka kedai dia sebab boleh duduk dekat luar tengok pemandangan pantai (tapi kalau malam sah-sah laa tak nampak kan).

Air dia sangat menarik dan sangat pekat.Sampai tersedak-sedak aku minum (entah-entah buah hati aku sebut 'Kau keluar dengan siapa ye??')


Ni sedap.Tapi sebab aku trauma dengan makanan panas,jadi aku tunggu dia sejuk baru makan tak adalah sesedap makan panas-panas.

Ni pakej menu di atas.Entah apa nama entah.Bukan makanan aku pun.Sizzling Beef Fajitas kot.Ke apa?


Ni aku punya.Entah apa nama dia macam ada So Blue Cheese ke apa.Ke So Cheese.Haha.Aku order memang pantang nampak perkataan cheese.Tak sedap.Cheese die banyak sangat sampai tak rasa daging.Separuh je aku makan.

Dan kali pertama aku tengok perempuan arab hisap shisha.Ohh.Sungguh kurang sopan.Kerana itulah aku beralih dari duduk luar masuk duduk dalam.Aku anti rokok dan anti asap rokok ke asap shisha ke apa-apa je.

Kedai ni agak murah jika dibandingkan dengan Coffee Roastery(CR) ataupun Zanilli's .Malam tu makan habis dalam LE 150 je dua orang makan.Kalau dekat CR mahu jadi LE 200++.

p/s:Adalah mustahil setakat ini untuk smoker jadi pasangan hidup aku.Huhu....

No comments:

Post a Comment