nuffnang ads

Saturday, 18 February 2012

Nasi tilapia

Nama asal nasi ni nasi bawal aku ambil resepi dari blog jintanmanis.Tapi kenapa nama dia nasi bawal aku tak tahu.Mungkin sebab dia guna ikan bawal goreng kot.Aku guna ikan tilapia goreng.Jadi nama nasi aku masak adalah nasi tilapia.Haha.Boleh tak?Maaf ye kak jintanmanis.

Bahan-bahan nasi:

3 pot beras
2.5 pot air + 1 pot susu segar (Resepi asal menggunakan susu cair.Rumah aku ada susu segar je)
2 sudu rempah kari ikan dibuat pes dan ditambah 1/2 sudu kecil garam.
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 sudu mentega untuk menumis
3 labu bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dimayang
1 tangkai daun kari (Aku tak masukkan.Tak sempat nak tanam.Haha)

Cara-caranya:

  1. Tumis kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang merah,bawang putih dan halia (dan juga daun kari jika menggunakannya).Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes kari.Kacau rata.
  4. Basuh beras dan tambahkan air dan susu serta bahan yang telah ditumis tadi dan masak.(Aku masak pakai periuk elektrik kompem)
Bahan-bahan kari:

Bunga kobis dipotong sesuka hati
2 batang lobak merah dipotong suka hati
1 genggam kacang panjang (Kacang panjang sini pendek.Boleh pula) dipotong panjang-panjang.
1 labu bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 batang cili dikisar (kalau suka pedas)
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 sudu serbuk kari
Santan secukup rasa
Garam gula
Minyak untuk menumis


Cara-caranya:
  1. Tumis kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan rempah kari.Tumis sehingga naik bau.
  3. Tambah air.Masukkan lobak merah dan bunga kobis.
  4. Bila dah hampir layu masukkan kacang panjang dan santan.
  5. Tambah garam dan gula.
  6. Dan tunggu sehingga sayur masak.

Bahan-bahan ikan goreng:

2 ekor ikan tilapia yang telah siap dibasuh (sudah pasti ini kerja Mar)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
1/2 sudu kecil garam
Tepung ubi kayu

Cara-caranya:
  1. Gaul serbuk kunyit,cili dan garam.
  2. Kemudian lumurkan pada ikan.
  3. Dan akhir sekali lumurkan tepung ubi kayu.
  4. Dan sila goreng.

No comments:

Post a Comment