nuffnang ads

Sunday, 5 February 2012

Di sebalik kekecohan bola di Mesir

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah lebih 70 orang mati akibat pergaduhan bola dan beratus orang cedera.Ya.Ia sebuah cerita yang menggerunkan.Sudah menjadi kebiasaan di sini jika mereka bergaduh kerana bola tapi tidak seteruk itu.Kalau sekadar memenuhi katil-katil di unit rawatan kecemasan itu sudah menjadi rutin.

Satu rutin yang menguntungkan kami sebagai pelajar.Agak kejam bunyinya.Tapi itulah hakikatnya.Kalau nasib kami baik,kami berpeluang membuat suture paling tidak.Kerana kepadatan unit kecemasan menjadikan tenaga kerja amat diperlukan.Tapi satu bebanan bagi doktor-doktor.Haha.

Kejadian selepas perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Al-Ahly dan El-Masry mengugat ketenteraman bumi pembalikan ini.




Ramai yang mengatakan bodoh kepada rakyat mesir yang berbunuhan kerana bola.tapi hakikatnya ada agenda sendiri disebalik semua yang terjadi.Mereka diupah untuk membuat kekacauan.Mereka sanggup menggadaikan apa yang bakal miliki kerana wang segera di depan mata.Menjual masa depan negara sendiri.Agenda mereka yang inginkan kuasa sedang mereka tidak layak.

Untuk mengetahui kisah sebenar KLIK SINI CERITA SEBENAR .

Video membuktikan dakwaan bahawa pagar itu dikunci agar penyokong Al-Ahly tidak dapat keluar.
KLIK SINI


No comments:

Post a Comment