nuffnang ads

Monday, 20 February 2012

Cara membezakan 'MADU' asli dan KuRanG aSLi


Dah selalu sangat merapu meraban kan.Jadi hari ni kita menambah ilmu pengatahuan am sikit.

Lepas aku berhenti makan ubat tu kan,aku puasa seminggu dari ambil apa-apa.Hehe.Kasi aku punya sistem pencernaan (hati dan ginjal) rehat kejap.

Lepas seminggu aku mula makan madu.Sedap madu ni.Ni madu asli yang dibeli dari agen-agen di sini.Harga dia.Penting ke harga?Haha.LE 50 (RM 25) sekilo.banyak tu sekilo.Tapi kalau beli 1/2 kilo pun LE 50 juga.Ada ke?Tak belajar matematik ehh?Sebab dari pembekal berlainan.

Madu yang mahal macam madu asli Yaman.Tu makan ratus-ratus 1/4 kilo.Huhu.Sebagai bukan peminat madu,kita beli yang murah-murah jela.

Nilah madu yang aku beli.Maaflah dah berlengas-lengas dah madu tu.

Cara-cara makan madu, aku makan 1 sudu besar madu campur dengan air panas.Kacau-kacau.Lepas tu minum sebelum sarapan.Aku minum selepas sembahyang subuh.Tapi aku campur air sejuk.Sebab aku ada post traumatic disorder(trauma) dengan benda panas-panas ni.Jadi aku rela makan semua benda sejuk.Huhu.

Aku ada cuba makan madu tu dengan cuka epal.Tapi bila makan dengan cuka epal tu,tiba-tiba sputum (kahak) aku jadi banyak.Dan rasa amat tidak selesa.jadi aku berhenti makan cuka epal.Ke aku makan banyak sangat cuka?Haha...


Mari belajar cara-cara membezakan madu asli dengan madu kurang asli.

  • Madu asli tidak mengeras di dalam peti sejuk. 

Madu yang mengeras apabila disejukkan bukanlah semestinya palsu, tetapi ini menunjukkan kandungan air yang tinggi dan kurang berkualiti. Madu asli juga kadang-kala mempunyai kandungan air disebabkan keadaan cuaca dan proses pembungkusan.

  • Madu asli tidak akan dihurungi semut. 

Kalau madu anda dihurungi semut,maksudnya ia bukan asli.Dan semut pun tak hurung buah kurma?Tak percaya.Cubalah.Semut dekat mesir dengar kata.Kalau cakap dekat dia jangan masuk dalam makanan aku bawa dari malaysia,dia tak akan masuk.Tapi kalau terlupa bagi tahu,memang selamat laa...

  • Madu asli akan mengumpal di dalam air. 

Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air..Madu palsu akan bercampur dengan air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).
  • Madu asli tidak putus bila ditarik. 

Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus.Lepas tu nak hentikan dia punya pengaliran bila tuang pun sangat susah.Huhu.

Botol tinggi tu madu asli,botol pendek tu tak tahulah.Tapi memenuhi kriteria madu kurang asli.

  • Madu putih selalunya palsu. 

Contohnya gambar di atas.Madu yang mengandungi royal jelly pun dikhuatiri keasliannya.

  • Madu asli mempunyai sijil ketulenan. 

Jenis-jenis sijil madu Kosher, Organik, UMR® (untuk madu manuka sahaja) dan Halal.Tapi belum tentu aslinya.


  • Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. 

Ni aku tak pernah cuba lagi.Nanti pagi esok aku cuba.Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!

  • Madu asli mempunyai komposisi gula tertentu. 

Cara yang paling tepat untuk membezakan madu asli dan palsu adalah dengan menjalankan ujian makmal. Madu asli dan tulen mempunyai nisbah komposisi glukosa dan fruktosa antara 0.30 – 1.35 sahaja. Madu palsu sukar untuk menyamai nisbah ini.Takkan nak test dekat pasaraya????

Jika anda peminat madu,kompem anda tahu membezakan.Tapi jika anda bukan peminat madu,sekali cuba madu asli anda takkan lupa rasanya.Cett macam promoter pula.

AMARAN!!!!
Hanya madu lebah yang aku suka.Bukan MADU orang ye.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment