nuffnang ads

Friday, 24 February 2012

Anak senior lagi

Serius tak ada mood nak baca buku.Tolonglah jadi hari ni hari sabtu.Boleh aku menelaah dekat library.Hoho.Dari tadi aku duk tengok cerita ni.Mau nangis malam exam eyy?Isk isk..

Semalam aku p tengok anak senior lagi.Kali ni anak Abang nik dengan Kak aida pula.Hari tu p tengok anak Kak Adah dengan Abang Paan.Dah besar pun si Iffah tu.Bila nak ada anak sendiri ni.Haha..

Keciknya baby.Sebesar tangan aku je.Silap, tangan aku kecik je ye.Sebesar tangan bapaknya.Haha.Sebab itu kot orang cakap,bela anak dari kecik tapak tangan.Kan kan.

Nama baby ni Nik Safi Widad.Lahir dia 2.5 kilo ehh kalau tak silap.Haha.Boleh pula silap-silap.Baby ni lahir pramatang.Mak dia cakap siap je pasang katil baby,terus baby ni nak keluar.Haha.Tak sabar-sabar.Mana nak sabar,katil comel tu.Tapi Si Widad ni dah besar dah ni.Dah 3 kilo dah.


Tengok kaki widad kena ikat.Semua baby tak suka ehh baju tak ada kaki ni.Mak aku cakap,aku dulu pun macam tu.Siap mandi,pakai baju.Sekali tengok kaki tak ada.Terus nangis.Haha.


Comelnya widad ni.Dah lah tak nangis.Hehe.Orang cakap,anak student biasanya tak meragam banyak-banyak.Pandai baby-baby ni.Tahu mak ayah diaorang nak study lagi,nak jaga diaorang lagi.Jadi mereka tak meragam.Pengalaman yang banyak dikongsikan oleh mereka yang bekeluarga,anak-anak yang sebelum tu kuat meragam.Tapi bila sambung belajar,anak yang lahir tu Alhamdulillah senang je jaga.Allah dah aturkan yang terbaik.Belajar tu kan jihad.InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.

Ok sila pergi berjihad kepada diri sendiri.jangan syahid di atas katil sudah.

No comments:

Post a Comment