nuffnang ads

Thursday, 16 February 2012

Keputusan

Telah membuat banyak keputusan mengejut beberapa hari ini.Tanpa berfikir lama terus berkata-kata dan keputusan dibuat.

Telah mendapat khabar hajat untuk ke sana tidak kesampaian.

Membuat keputusan ke Spain setelah kantoi dengan Ena dan Bell bersama 'seseorang' secara spontan.

Menarik balik keputusan untuk repeat paper surgery setelah kecewa dengan exam OSCE.Alhamdulillah walau aku dah ambil exam OSCE, tiada bayaran yang dikenakan.Target aku adalah unutuk menaikkan markah surgery,tapi apabila situasi tidak memihak kepada aku aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan semua ini.

Gambar dari uncle Google

Cepat diagnose apa yang anda nampak?Hitam putih macam cerita P Ramlee


Sebab aku tidak tahu format exam OSCE terbaru yang memasukkan CT (computed topography) scan dan mammogram sebagai sebahagian radiology examination spot.Duduk menghadap prof terus dapat benda yang tak djangka.Langsung aku kehilangan semua nota-nota yang dibaca dalam kepala.Tahun lepas aku exam OSCE dengan mendapat X-ray yang sebenar tidak seperti tahun ini yang mana menggunakan slide dari komputer.

Disebabkan untuk mendapat A- dalam surgery markah maksima yang boleh salah hanyalah 24 dr 240 markah.Dan exam OSCE hari kedua memperuntukkan 20 markah maka aku dengan kecewanya menjangkakan amat tipis harapan unutuk mendapat A-.

Tahukah anda,markah A di universiti aku adalah 95+?Sungguh tidak adil kerana universiti lain di mesir markah untuk A adalah 80+.

Ya Allah,semoga ini yang terbaik.

Gambar dari uncle Google

Tiket ke spain telah dibeli dengan harga LE 2260.Agak mahal jika dibandingkan dengan harga kawan-kawan lainyang membeli dengan harga LE 1780.Semoga mendapat sesuatu yang bermanfaat dari trip ini.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku.

Tidak teruja untuk travel tapi teruja sebab kali pertama bapak aku kasi travel.Dah tahun 5 kot merantau baru dapat jalan-jalan luar mesir.Kalau tak,entah ke mana aku dah sampai.Hehe.Tahun lepas aku nak ke Paris tapi bapak aku tak kasi.

Alhamdulillah mendengar cakap orang tua itu ada hikmahnya.Kerana tahun lepas terjadi peristiwa 25 Januari di Mesir.Bayangkan kalau aku buat keras kepala.Tak ke susah nak batal percutian dan duit ganti rugi yang belum tentu dapat semua.Sebab sesungguhnya aku sangatlah degil.Haha.

Itulah hikmahnya telefon awal-awal pagi ke rumah.Bapak aku baru balik sembahyang subuh dekat masjid campur dengan sejuk embum pagi campur dengan janji Allah rezeki pagi murah,ha dengan senang bapak aku cakap.'Pergilah.Jaga diri elok-elok'Tak tanya pun pergi dengan siapa dan berapa ramai.Kalau tak bukan main soalnya sampai aku malas nak p travel.Haha.

Gambar dari uncle Google

Bila cakap dekat Angah aka Si Buncit aku nak p Spain tapi takut papa tak kasi (aku panggil papa bukan bapak ye).Si Buncit dengan licik dan licin seperti lemak di dalam perut berkata 'Along beli je dulu tiket,lepas tu baru bagi tahu papa.Kompem papa kasi' Dan sesungguhnya Along mu ini tidak LICIK seperti kau Si Buncit.

Sekarang fokus untuk paper obstetrics and gynecology.3 hari lagi tinggal.......

No comments:

Post a Comment