nuffnang ads

Saturday, 11 February 2012

Lagu A.Y.A.M

Korang tahu tak lagu ni?Lagu oleh Jalil Hamid.Ala lagu ayam tu..Huhu.Aku suka lagu-lagu lama ni.Seni ok.Tak macam lagu baru,entah apa-apa.Jom layan lagu AYAM.



Ayam bermacam ayam
Ada ayam siam, ayam kampung, ayam turki, ayam belanda
Macam-macam perihal ayam
Hangat-hangat tahi ayam, sabong ayam, nasi ayam, telor ayam

Ayam hutan boleh terbang
Ayam kampung dalam reban
Ayam bandar di dalam pasar
Kadang-kadang ada harga turun harga naik harga

##
Ibu si ibu ayam
Telor sebiji rioh sekampong 
Oh oh oh ibu, si ibu ayam 
Telor dieram anak sereban

##
Kata bidalan berkaki ayam
Kalau makan ajak-ajak ayam
Kalau nak tidor
Tidor-tidor ayam
Kalau tak nampak itu rabun ayam

###
Makan leher ayam
Nanti bersanding kepala teleng yam..
Makan tongkeng ayam
Nanti mulut tak reti diam

Makan kaki ayam
Kais pagi makan malam
Makan cakar ayam
Sakit gigi siang malam

####
Makan kepak ayam, peha ayam, dada ayam
Satu tak boleh makan
Jangan makan bulu ayam

ulang ##, ###, ####, ### & ####


No comments:

Post a Comment