nuffnang ads

Saturday, 25 February 2012

hari lahir dulu-dulu

Tinggal beberapa hari lagi sebelum ulang tahun kelahiran ke 22 aku.Haha.Kena buat countdown ni.

Jom imbas kembali apa yang terjadi pada ulang tahun aku tahun lepas.

Setelah 4 tahun berada diperantauan,akhirnya Allah mengizinkan aku meraikan ulang tahun kelahiran aku bersama keluarga.Siapa kata setiap benda yang nampak buruk itu buruk.Terserah kepada mereka yang menilai.Ni semua gara-gara kami semua dibawa pulang ke tanah air akibat rusuhan di Mesir.Alamak lupa nak sambung cerita.Nanti-nanti lah ye.

Tiba-tiba je lepas subuh,mama panggil ajak keluar bilik.Aku baru je nak sambung tidur.Bukan sambung,tapi baru je nak tidur.Macam biasa,aku tak tidur malam.Haha.Jadi pengawal keselamatan.Lepas tu adik-adik aku semua duk menyanyi 'Happy Besday to You Happy Besday to Along Gemuk'.Haha.

Adik aku yang kecil 3 orang tu diaorang punya otak memang terpusing-pusing.Sangat-sangat abang tu.Huhu.Mereka punya geliga,Alhamdulillah atas nikmat kurnia Allah.

Zaman-zaman aku bertukar dari 39 kilo ke 58 kilo tu kan,sampai-sampai rumah adik-adik aku nyanyi 'Apa yang penting?Kerjasama.Apa yang bulat?Muka along.' 
Lagu wonder pets versi baru.Memang kurang asam jawa budak-budak kecil ni.

Aku?Terkejut kot.Bila masa plak mama dengan papa p beli kek ni.Tak ada nampak pun.Ohh aku yang pemalas tak buka peti sejuk semalam.Huhu.Siap belon-belon lagi.Terima kasih mama & papa dan juga gergasi-gergasi dekat rumah.Mesti angah jeles kan.Haha.Kan angah kan.

Ni p keluar dengan budak-budak batch aku untuk kali kedua sambut besday aku.Huhu.Kali pertama tu p makan sate.Sebab tak puas hati tak ada kek,jadi hendaklah kita p cari kek sekali lagi.Hehe.Sendiri makan sendiri bayar ye.

Nilah bebudaknya.Baju kuning tu pemandu pelancong.cakap je mana.Kompem sampai kalau tak ada aral berpusu.

Ni makan dekat Foodruckers Aindah belanja kot.Huhu.Bila orang belanja haruslah kita order steak.betul tak?Cian Aindah berhabis ratus-ratus.tak apa,sekali setahun kan.Hehe.

Aindah & Amy yang lahir bulan 3 juga.

Ni kek yang Aindah buat.Masa nak masuk carefour tu,pakcik tu suka-suka hati p balik-balikkan orang punya kek.Kan dah tak lawa.

Ni pula cinnabongy.Sebab ogy yang buat untuk aku.Kek mana kek makcik ogy oii?

Ni Ogy kasi.

Ni kek makcik Ogy buat,tapi kena kongsi ramai-ramai.Sebenarnya aku tak ada dalam senarai pun.Haha.Tiba-tiba turun bawah kelas makcik ni,tengok diaorang tengah makan.Sebagai budak gemuk,hendaklah kita tidak memalukan diri dan p makan.Betul tak.

Sebahagian dari budak-budak lahir bulan 3.

Masa keluar dengan Aindah & Amy tu makcik Ogy penyibuk ni pun ada juga.Haha.Selendang yang aku pakai tu Farah kasi hadiah besday.

Ni kek yang Alia buat.Mana aku tak gemuk,dah berapa biji kek dah ni.Haha.


Ni yang pokcik Pizi kasi.Hehe.Konon nak kasi hadiah yang orang tak pernah kasi.Haha.Anda silap.Saya dah banyak kali dapat telekung ni.

Ni sesi mengepau Mar pula.Masa ni kurus.40 kilo.Sekarang dah tak muat dah baju ni.Huhu.Rugi betul gemuk ni.


Makcik Mar nak harap buat kek,memang wassalam lah.Yang ni pun dia cakap,nanti aku beli jelah kek kau ye Cah.Huh.Tak mo tak mo tak mo.

Jom panggang....

Hadiah dia kan aku baru dapat tahun ni.Aku dah ada cerita dah ni.Jaket kulit.Huhu.

Apakah dalam kotak ini?

Lain kali kasi besar sikit ye.Haha.Pemberi?Rahsia.

Ada lagi yang tak ada gambar.Hadiah dari Kak su dan Nuyu tak ada gambar.Dan juga ada gambar dalam hard disc aku.Aku punya kabel rosak.Tak boleh buka.Huh...Sengal.

Tahun ini?Allah sebaik-baik perancang.

6 comments:

  1. ecah, mcm nak bg hint ja besday akan dtg nnt..lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg nak bagi hint pun..haha....sila notice yeee.....

      Delete
  2. bufday ecah kali ni,ecah buat kek sendiri la.kn dh pndai buat kek.hebat kot.org nk bg nnt mst segan.sbb bg kt org yg hebat buat kek.epy becoming bufday tau.1st of march kn??.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xmo...nak niza buat juga...nnti ecah claim eyy....aahh...tq niza....

      Delete
  3. ala,ade org tu celebrate beday kat spain lah tahun ni..
    x maen dah la kek egypt ni kan?kan?kan???
    hahahah

    **ecah,why do i looked so chubby dlm gamba tuh??=.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tulah tahun lepas nak sambut atas cruise tak jadi.tahun depan jela eyy......

      Haha..Ogy memang chubby pun....

      Delete