nuffnang ads

Saturday, 25 February 2012

satu masalah

Aku tak suka.Kalau kita dah cakap tak suka orang buat juga.Ke aku sorang je tak suka macam tu?Orang lain ok je?Aku je kot yang banyak cerewet.Haha.

Alkisahnya,aku alergik kucing.Jadi aku tak boleh kucing di ruang udara aku.Sepatutnya simpan dalam biliklah kan sebab ada orang tak berapa masuk dengan kucing.Lagi pun dia nak bela kucing tak cakap pun dekat aku.Sedar-sedar subuh hari dengar bunyi kucing.

Matilah nanti,pencinta-pecinta kucing serang aku.Huhu.

Aku bukan tak suka kucing.Tapi alergik.Atas saranan doktor pun dia suruh campak kucing tu luar rumah.Aku baru je sembuh dari sakit.Tiba-tiba pula ada alergen dekat rumah.Ohh tapi kucing tu dah ada dekat rumah sebelum aku sakit lagi.

Kucing tu masuk dalam bilik p main tarik-tarik aku punya baju.Aii ni aku pantang ni.Siapa nak tolong buang bulu kucing dari baju aku?Huhu.Siap landing baik punya atas cadar.Silap-silap atas bantal.

Aku basuh baju, dia p tarik-tarik baju dari jemuran.Aii aku ke kucing yang kena basuh baju tu balik?

Aku buat kek,tinggal kejap dalam bilik dia dah santap.Aku ke salah tak tutup pintu?Tapi aku yang bayar sewa rumah bukan kucing.Haha.Dengan kucing pun kau nak gaduh.Isk isk.

Kalau dia curi makanan itu adalah lumrah.Lepas tu panjat dapur jilat-jilat hidu-hidu tempat makanan.Itu sudah melampau.Cari makanan dalam tong sampah,lepas tu makan dalam bilik aku.Itu keterlaluan.

Aku tak pernah kena lagi lah yang bahagian aku defroze ikan lepas tu jadi santapan maharaja kan.Tak pun aku penat-penat masak pastu ada 'orang' makan dulu kan.Lepas tu kau kena masak balik.Huhu.Tak pun tiba-tiba baju aku bau hancing kan.Kalau aku kena semua ni,dah lama aku campak dari tingkat 14.Huhu.

Zalim?Zalim ke?Jangan bimbang aku tak akan buat.Habis teruk aku sumbat kucing tu dalam beg lepas tu p buang dekat pasar.Ada orang cakap 'Baik sangat kau nak buang dekat pasar'.Habis tu kucing tak bersalahkan.

Apa definisi zalim?Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Habis tu kucing bukan habitat dalam rumah.Aku yang habitat dalam rumah.

Nabi SAW suka kucing.Sahabat nabi pun suka kucing sampai dapat gelaran Abu Hurairah.



Kesimpulannya,aku tak benci kucing.Tapi aku alergik.Kucing sila berada pada tempat yang sepatutnya.

Dilema apa patut aku buat?Nak pukul kucing tu?Dia bukan ada akal pun.Tak guna marah benda tak berakal.Huahua.

4 comments:

  1. mek chah a.k.a 'warden kucing'.

    hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing tak makan bunga,sila p baca buku.......

      Delete
  2. baeklah.

    tp,kucing makan buku.tee.hee.

    lagi2 buku neuro!:P

    ReplyDelete