nuffnang ads

Saturday 17 December 2011

tegur menegur dan ditegur

Lumrah kehidupan.Kita memerlukan seseorang yang menegur kesilapan kita menegur kekhilafan diri.Yelah iman tu kan bertambah dan berkurang bukannya statik.Nama pun insan pelupa.Kadang-kadang bukan lupa pun,memang dah tau silap dan salah tapi memang mengsengajakan diri melakukan.Nak cakap tak tahu tipulah,ilmu agama diberi sejak kecil.Cuma mahu beramal atau tidak.

Kata sindiran ustazah arab aku masa sekolah dulu 'ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah ecah'.Dan kata-kata tu juga salah satu dari pepatah arab yang aku belajar semasa tingkatan 4 tak pun tingkatan 5 yang wajib dihafal kalau kau ambil subjek bahasa arab tinggi.Menuntut teori sangat mudah tapi nak mempraktikkan sangat BERDURI.

Aku sangat-sangat bersyukur sebab dikelilingi kawan-kawan yang memang kepala hantu TAPI mereka sangat BAIK.Aku sangat bertuah dapat kawan macam diaorang.Kauorang kena tahu, mahu menegur orang yang dekat dengan kita lebih susah dari menegur entah siapa-siapa pada kita.Tak percaya?Cubalah.Aku sendiri tak mampu.

Beberapa minggu lepas,lepas p isi perut dengan McD masa tengah jalan balik ke kelas arab Ogy ada tegur aku tentang sesuatu yang memang aku sedia maklum salah dan memang salah.Tak perlu nafi-nafikan lagi.Dah terang tak perlu suluh-suluh.Orang kata ditegur tu terima sajalah teguran takkan nak marah-marah.Aku tak pernah marah atau dendam ok kalau orang tegur aku.

Apa yang aku terkesan,bukan teguran Ogy tapi ayat akhir dia.'Yelah aku tegur-tegur kau,tapi akan datang aku tak tahu aku akan buat macam tu ke pula' Lebih kurang macam tulah ayat Ogy.Bila aku dengar,terus aku senyum sorang-sorang.Semestinya Ogy tak nampak aku senyum nama pun tengah berjalankan.

Kenapa?Kenapa aku senyum?Dulu aku pun pernah cakap dekat Mar tentang apa yang Ogy tegur aku tu dekat sorang kawan aku.Dan ayat akhir aku pun macam Ogy juga.Sekarang giliran Ogy pula mengingatkan aku.Sesungguhnya kehidupan itu berputar.Terima kasih kawan kerana mengingatkan.Cubit peha kiri peha kanan terasa perit juga.Itulah erti bersahabat.
Sebagai kawan semestinya kita tak nak orang pandang buruk kawan kita kan.Kalau aku lah.Biar orang cakap yang baik-baik je.Kalau orang cakap yang buruk-buruk aku pula rasa nak marah.Aku pun harap kawan-kawan aku macam tu.

Sebab manusia itu bernafsu.Hari ini rasa baik sikit,perangai ok sikit.Esok rasa jahat banyak,mulalah nak buat perangai.Orang yang melakukan kesilapan kali pertama dan terus ditegur adalah orang yang sangat beruntung.Siapa yang akan kita tegur?Tentulah orang yang kita sayang.Ada kita p tegur entah siapa-siapa kat tengah jalan tu?Banyak ditegur banyaklah orang sayang.Jadi peringatan kepada diri sendiri berubahlah sebelum orang dah jemu menegur.(Kawan-kawan jangan jemu menegur aku)

Orang yang tidak pernah menerima teguran telah mati sebelum mati.Pernah dengar tak?Aku dengar dari mana entah.Orang kata hendak menegur ini mestilah dengan cara yang BERHIKMAH.

Berhikmah bukan bermaksud lemah lembut ye kawan-kawan.Semua orang tak suka ditegur.Apatah lagi dihentam depan-depan orang ramai.Kalau tak silap aku Imam Syafie ada berkata 'Jika kamu mahu menegur aku,tegurlah aku bukan dihadapan orang ramai.Jika kamu menegur aku di depan khalyak nescaya aku tidak mengikuti kamu' Betulkan aku kalau aku tersilap ok.

Ada sebuah syair yang dinisbahkan kepada Imam Syafi'i rahimahullah (204 H), syair itu berbunyi:
"Hendaklah engkau sengaja mendatangiku untuk memberi nasehat ketika aku sendirian
Hindarilah memberikan nasehat kepadaku di tengah khalayak ramai
Karena sesungguhnya memberi nasehat di hadapan banyak orang
Sama saja dengan memburuk-burukkan, saya tidak suka mendengarnya
Jika engkau menyalahi saya dan tidak mengikuti ucapanku
Maka jangalah engkau kaget apabila nasehatmu tidak ditaati."

Sekarang semua orang nak ditegur lemah lembut.Bila sebut lemah lembut memang lemah dan amat lembut.Bila dah lemah dan lembut akan bertahankah?Tegurlah dengan hikmah.Dan fahamilah maksud hikmah itu sendiri.

Contoh satu teguran direct dari Mar dengan cara kurang ajaran sesat.beberapa hari lepas:

'Mar aku dah gemuk.Tengok seluar aku dah tak boleh masuk'
'Aah aku tengok macam dah balut nangka (balut nangka kau kasi kat aku Mar kurang asam laksa engkau)'
'Tak pe,akan aku pakai seluar ni supaya..(tak sempat habis ayat makcik Mar dah menyampuk)'
'Supaya boleh kumpul dosa banyak-banyak'

Bapak gila budak ni punya direct dengan suara terjerit-jerit.Memang kurang asam keping la.Tapi senangkan terus sampai maksud.Terasa hati?Tak terasa pun cuma ZASSS menusuk kalbu.Aku kalau dengan makcik ni malas nak simpan dalam hati.(Terus simpan seluar dalam almari.Tunggu kurus balik baru pakai.Huhu)

Hari-hari aku gaduh dengan makcik Mar ni kot.Sebab kami tak kawan surface-surface je.Dah sentuh dalam-dalam dah tak kisah.Bukan pertama kali makcik sound aku.Huhu....Kalau orang dengar kami gaduh kompem orang tak berani dengar lagi.Huhu...Dengan terjerit-jeritnya.Memang kecoh dan kepoh.

Contoh kedua dari mak aku:

'Buatlah.Mati hidup kita tak tahu bila-bila.Allah nak tarik nyawa tu bila-bila je'

ZUPPP terus insaf.Tak perlu panjang-panjang.Terus sampai dasar.HOHOHO...

Contoh ketiga dari Aindah:

'Ecah singkatnya baju.Pakailah labuh sikit' Sambil mata tak pandang aku.

Hehe..Aku pun macam tu.Kalau nak tegur apa-apa senang tak pandang muka kot.Makcik Aindah ni tak pernah jemu kot tegur aku.Aku tahu bukan semua orang boleh terima cara tegur direct ni.Tapi aku tak kisah.Sebab aku tahu hati dia baik.(Tapi kadang-kadang aku ngumpat gak dalam hati.Dalam hati tak per kan?Huhu)

Contoh keempat dari bekas tupperware aku:

'Jangan di balik-balik.Sementara mak ayah ada jangan dibalik malaysia p lah nak jalan-jalan mana-mana pun' (Baca dengan loghat terengganu pekat ye)

TETTTT terus matikan mood aku nak pusing-pusing europe.Dah 5 tahun lalu kata-kata ni diLONTARkan tapi masih buat aku rasa bersalah tiap kali tak nak balik cuti kat malaysia.Huhu...

Cara yang berbeza.Tapi berkesan.Hikmah bukan lemah lembut.Sekali lagi aku tegaskan.Sebab ramai sangat yang melenting bila dikatakan tak tutup aurat tu bla bla bla....Ni kes membe-membe akulah ni.Kauorang dah besar.Sebab selama ni ditegur lemah lembutlah kauorang tak berubah-ubah.Huahua...Termasuk diri aku sendiri lah tu.Tapi aku tak melenting ok.Semoga hari ini lebih baik dari semalam.Dan hari esok lebih baik dari hari ini

Bak kata hausemate aku...

Hari ini kita pakai tudung labuh banyak ni,dapat pahala banyak ni.Esok pakai labuh lagi dapat pahala lebih lagi.Kalau lusa singkat sikit kurang sikit pahala.Yang penting kita cuba.Sebab kita manusia.Lama-lama nanti oklah.

Tulah kata-kata Mar bila aku cakap bilalah aku nak lekat tudung labuh sikit.Hari ni ok esok gatal pakai putar-putar alam jadi singkat sikit.Lusa ok balik.Lepas tu bla bla bla........Jangan berhenti berusaha.

Jangan putus asa memberi nasihat.Mungkina hari ini nasihat kita tak diendahkan tapi mungkin akan datang mereka teringat pesanan kita dan berubah.Siapa tahu.Setiap benda yang dibuat dengan niat yang baik dan dengan kasih sayang tanpa jelak akan sampai ke hati individu.Percayalah.....


Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)


2 comments: