nuffnang ads

Saturday, 3 December 2011

aku dapat DUA hadiah

Semalam jumaat wah bukan main rajin kau buat kek buah lah masak nasi daganglah sudahnya terkangkang atas katil sampai pagi.Nasib aku mempunyai kesedaran sivik yang tinggi untuk menyiapkan assignment neurology&psychiatry.Lupa nak bagi tahu aku dah masuk Hospital Nariman iaitu hospital jiwa.Kat situ ada hospital orthopedic juga.

Dan kesudahan assignment aku kena buat balik.Walawei...Ni kes kerja lebih masa lagi ni.Tapi kenapa aku tak rasa macam nak marah pun?Sebab aku main copy paste je semalam.Huhuhu..Copy paste aku pun prof dah cakap ok je.Kalau malas buat balik,macam biasalah...Membebel tanpa skrip je ok.

Semalam jugak jumaat bersamaan 02.12.2011 aku berkesudahan dapat hadiah besday aku yang telah berlalu 9 bulan yang lalu.Lamakan aku sambut besday aku?Ada aku kisah?Sambut tiap-tiap hari pun takpe.

Ni hadiah besday dari housemate aku Mar.Dah lepas 9 bulan baru dapat.Atas kekangan-kekangan tertentu dah ditakdirkan aku baru dapat semalam.

TADAAAAAAA

daaaaa



Ohh sila jangan cakap baju tu besar ok.Nantikan aku telan korang semua.Ni jaket kulit yang Mar hadiahkan untuk aku.Betul ke hadiahkan?Hahaha...Aku ambil size L ok.L untuk LANGSING.Boleh?Sebab tuan yang hadiahkan sibuk nak suruh baju tu kembang-kembang kat bawah.Suruh aku ambil size besar lepas tu p kecikkan.Kesudahannya tak kecik mana pun sebab pakcik yang tukang jahit tu tidak mengikuti piawaian yang aku tetapkan.Sudahnya gedabak ok.Macam baju sewa.

Cet tak nampak gedabak pun kau pakai.Cubalah kau sedar sememangnya kau tu GEDABAK.Ya saya mengaku saya memang besar.Sebesar eskrem cone.Tak percaya?Cuba tengok gambar dibawah.


Mana lagi besar?Aku ke eskrem tu?HAHAHA...Kan kan..Aku dah cakap dah..Ya saya akui saya extra large.Waaa berat aku dah naik lagi.Sekarang dah 55kg ok.Ni hasil dari menghadap KFC & McD minggu tiap-tiap hari.Tau di mama kompem kena beleter ni.Aku nak insaf tapi mereka terlalu menggoda.

Ok berbalik kepada cerita baju tu,terima kasih kepada MAR untuk hadiah tertunggak.Kau masih berhutang dengan aku kek mickey ok.Kau jangan buat tak ingat ye.Akan ku tuntut nanti.Dan terima kasih juga kepada 3 jejaka yang kacak,hensem,baik hati, (haha..bodek-bodek) yang sudi menemani aku p kedai baju tu.Meruangkan masa kauorang yang sememangnya padat tu (padahal kauorang ada kerja kan jugak).Penat aku jalan dengan budak-budak kaki panjang ni.Uhh diaorang punya langkah...MANTAP..Macam nak p marathon.

Dan ni pula hadiah besday aku dari Mar untuk besday tahun depan.Aku dapat awal plak yang tahun depan.Walawei...Macam-macam kan kau Mar.

JENG....JENG...JENG...........

     JENG KRENG........



Ni situasi sebenar katil sekarang.Aku ada teddy ni jew teman aku.Kawan-kawan dia aku dah hantar balik msia dah separuh.Separuh lagi dalam almari.Tak larat nak kemas kalau letak banyak-banyak ekor.

Ni situasi coming soon.....HUAHUAHUA....

Ni cadar beli masa 18.11.2011 lagi awal dari jaket tu.Alkisah nak p buat akaun bank baru.Dah tu aku bijak sangat p lambat.Akaun tak dapat buat orang bank dah balik.Takut nak keluar awal-awal sebab duk bising demo bawah rumah aku.Tunggu reda baru aku p asrama.Cet takut konon.Baru semalam ikut diaorang berarak.Mula-mula takut pastu tak ada apa pun.Macam seronok je.Tapi tak ada camera semalam.Tak dapat ambil gambar.Kalau tak boleh tayang gambar patriotik aku kan.Dah kecewa tu p ronda Falaky nak cari selendang satin merah.Selendang tak dapat dapat YANG LAGI BEST.Tulah orang cakap rezeki.Huhuhu....Thanks Mar.Aku tau kau memang SAYANG aku kan.

Ada lagi nak suruh aku buat nasi dagang.Boleh kauorang.Aku tak kisah pun nak masak.Dengan SYARAT bagi kat aku santan 4 paket. dengan beras pulut.Boleh?Ikan tongkol aku sponser takpe.Sebab sini ada.Santan dengan beras pulut tu aku tak ada.

2 comments:

  1. 4 paket santan+beras pulut.
    ok,nnt aku hantaq!!yeay~ikan tongkol pn aku bleh hantaq.hahaha

    agak2 klu ak lawan 'budak2 kaki panjang' tu sape menang,eh?lol!

    ReplyDelete
  2. JDS behave yeee...haha....untuk kucing bunga2 xdilayan..
    umm..kite kne kuar sama2 tu nak tau sape menang..

    ReplyDelete