nuffnang ads

Monday 26 December 2011

DiGi iPhone 4SURE 4 ME

Ada ke tanya kenapa nak iPhone.Kompemlah nak kan.Phone tercanggih abad ini kot.



Sebab apa aku nak iPhone 4S ni?

Satu,sebab iPhone 4S ni kan model terbaru dengan teknologi terkini.Bolehlah riak-riak dan berbangga bergaya dengan iPhone baru.Hahaha.Kasi semua pak sedara,mak sedara,nenek,sepupu,jiran-jiran dan membe-membe jeles.Lepas mereka jeles tengok aku pakai iPhone kompem mereka tanya aku p beli dekat mana.Aku dengan bangganya cakap dapat free dari DiGi.Hehehe.Amacam??



Mereka dengar je camtu terus p kedai DiGi dekat bandar Kuala Terengganu tu p angkut iPhone 4S ni satu sorangkan.Lepas tu membe-membe diaorang pula tengok diaorang pakai,pastu mereka-mereka pula pergi beli.Dan jadilah generasi iPhone semua.

Tak adalah.Sebab iPhone boleh membantu banyak kehidupan seharian kot.Sangat-sangat yang pemalas macam aku nikan.

Dua,kenapa mesti iPhone 4S.Kenapa bukan handphone lain-lain?Sebab iPhone ni sangat comelkan.Tak comel ke?Comellah.Walaupun iPhone 4S ni berat sikit dari iPhone 4 iaitu berbeza 3 gram.Tapi bila pegang tak terasa pun perbezaan berat tu.


Lagi satu kenapa aku cakap iPhone 4S ni comel sebab ia merupakan smartphone paling nipis abad ni.Ada lagi ke yang nipis dari iPhone ni?Ketebalan iPhone ni 9.3 mm.Mungkin ada yang cakap samsung punya telefon pun nipis.Tapi tahukah anda ketebalan Samsung Galaxy SII adalah 9.9 mm.Kenipisan itu sangat perlu untuk sumbat dalam labcoat aku.

Pernah nampak orang pakai labcoat untuk dikir barat???


Ketiga,sebab aku nak beli kamera dan handphone baru.Lepas tu bajet pula ciput je.Kalau pakai iPhone 4S ni dia punya kamera 8 megapixel.Kompem laa lawakan gambar dari iPhone 4S ni.Tak perlulah nak p mana-mana bawak kemera lagi handphone lagi.Lepas snap boleh terus nak upload mana-mana.Kan senang.Gambar pula beresolusi 3264 x 2448,yang mana lebih 60% pixel dari iPhone 4.Dan juga Apple ni kasi up sikit dengan adanya Custom Image Signal Processor (ISP) .Apa gunanya?Ia dapat memendekkan waktu untuk menangkap gambar kepada 1.1 saat dari homescreen dan 0.5 saat untuk menangkap gambar seterusnya.Boleh lah curi ambil gambar orang(sila jangan ikut ye).Gambar dia serius lawa macam gambar DSLR ok.


Tengok video ni terus jatuh cinta.


Keempat,sebab dengan adanya iPhone 4S ni senang kerja aku nak rakam clinical round ataupun mana-mana pembedahan yang sempat dijeling mata.Sebab iPhone 4S boleh merakam video HD penuh beresolusi 1080p.Dan juga ada temporal noise reduction yang boleh membantu merakam video yang cun dalam gelap (dewan bedah gelap ehh?Ada je gelap masa endoscopy kan)dan juga ada image stabilization.

Kelima,tahukah anda bateri iPhone sangat tahan lama?Bagi yang 24 jam sehari adalah tidak mencukupi amatlah sesuai menggunakan iPhone 4S.Kenapa?Kerana masa berbual 3G adalah 8 jam (macam ada lebih masa je nak bergayut),2G 14 jam, dan YANG PALING PENTING 9 jam masa melayari internet menggunakan Wi-Fi.Kalau nak tengok video boleh tengok tanpa henti 10 jam ok.Kalau nak dengar lagu pula boleh dengar 40 jam berterusan.Kalau kena oncall ke kan boleh laa guna telefon tanpa perlu ragu-ragu.Tak perlu bawak charger p hospital.Lalala....

Sebab aku tak tahu sangat pasal game.Jadi aku tak bolelah memberi komen.Yang penting iPhone 4S ni memenuhi ciri-ciri kegemaran aku comel,nipis,kamera best,bateri tahan,video hot dan paling penting ada SIRI.Apakah SIRI?Nanti aku cerita pasal SIRI ni.


Bestkan kalau DiGi kasi aku sebijik benda ni.Hahaha.......

No comments:

Post a Comment