nuffnang ads

Saturday 10 December 2011

nasi biryani

Bila eh aku buat ni?Lupa dah.Oleh sebab kerana yang demikian tomato dalam peti sejuk rumah aku dah hampir buruk,maka aku membuat keputusan merajinkan diri memasak nasi biryani.Sesungguhnya nasi biryani kat Yahalla lagi best.Siapa nak belanja aku makan kat sana?Cepat angkat kaki.


Bahan-bahan untuk nasi:

5 pot beras (Ha 5 pot engkau kami serumah makan duduk 3 orang je.Jenis gergasi ni)
4 biji buah pelaga
3 biji cengkih
2 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang merah dimayang
2 sudu minyak untuk menumis
200 ml susu cair (Aku pakai susu segar kot.)
Air rebusan ayam (Kalau tak ada air rebusan ayam,bantai je stok ayam maggi)
2 biji bawang merah,1 inci halia & 1biji bawang putih dikisar
2 sudu marjerin untuk menumis
1 sudu rempah briyani (Kalau jenis adabi letak sikit dah lah.Rasa dia aku tak suka.Sila pakai jenama lain)
Garam gula secukup rasa
Pewarna kuning
Bawang goreng

Cara-caranya:

Tumis buah pelaga,bunga lawang,cengkih dan kulit kayu manis dengan majerin sehingga naik bau.
Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis.Masukkan bawang yang dimayang.
Tuang bahan-bahan yang ditumis kedalam periuk nasi yang berisi beras.
Masukkan susu.Kemudian tambah air ayam sehingga cukup sukatan air untuk memasak nasi seperti biasa.
Masukkan garam dan gula sedikit dan akhir segala masukkan pewarna.
Kacau sehingga rata.
Bila dah masak,buat lubang pada nasi dan masukkan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment