Khamis bersamaan 15 hb 12 tahun 2011 akan diadakan exam penghabisan ( Bukan penghabisan stok ok.Bukan jualan MEGA juga) round neurology & psychiatry.Jadi apakah yang sepatutnya seorang pelajar lakukan pada ketika ini bersamaan jam 10.18 minit malam 13 hb 12 tahun 2011?Adakah mengupdate blog sambil menonton cerita vampire?
atau
Masak nasi goreng?Sedap tau nasi goreng ni.Walaupun hari ni bukan giliran aku masak dan aku telah merajinkan diri untuk memasak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini
seperti
atau seperti ini juga
Keduanya adalah hasil kreatif housemate aku Mar apabila kewarasannya berada ditahap borderline.Dimana kita kena mengdiagnos sebagai organic atau psychogenic.Setelah mengexclude segala DDx lain,aku telah mendiagnos sebagai syndrome STUDY LAST MINUTE.Dan adakah korang percaya dia tengah baca blog disaat esok budak-budak O&G akan exam mcq?Percayalah..
Kepada budak-budak O&G selamat maju jaya.Kalau korang dapat gambar ultrasound jelas serius aku tak puas hati ok.Dah lah korang masa surgery dulu instrument tak masuk.Mana keadilannya balik-balik korang je untung???(baca dengan nada lagu Anita Sarawak ye)
Bagi mengelakkan kejadiaan tidak diingini,aku telah tolong dia masak hari ni.Cehh tak payah buat baik ye ecah....Kau kan yang nak masak hari ni sebab kalau masak esok khamis kau exam kan.Huahuahua.....
Dan antara syndrome lainnya adalah SYNDROME KENAIKAN BERAT BADAN MELAMPAU.Ni juga merupakan satu masalah yang akan menular pada waktu exam.Contohnya,sekarang berat aku dah 57 kg dah lah wei.Menyesal aku timbang semalam.Rasa macam nak baling penimbang je.Dan hipotesis diterima apabila seluar aku dah tak boleh masuk kot.(Dengan gaya melebih-lebihkan ccerita.Padahal muat je pakai p kedai semalam)
Apa kata kalau kita menjiwangkan diri malam ini dengan harapan perasaan mengantuk tidak akan muncul (semasa aku menaip ni Mar masih tergelak sorang-sorang.Ni tengah tengok cerita ke apa ni???)
No comments:
Post a Comment