Bukan aku rasa betul.Memang betul-betul terjadi dekat aku kot.Hahaha.Adalah seorang manusia ni aku nak sangat bercakap dengan dia.Nak duduk depan dia.Nak sembang-sembang dengan dia.Nak menghadap dia lama-lama.Nak belek-belek muka dia.Lalalala bahaya gila engkau punya angan-angan.
Tapi aku tak pernah cakap dengan dia.Bukan tak pernah cakap.Pernah bertegur sapa sajalah.Borak-borak kosong tak pernah..Pernahlah bercakap.Tapi bila dah ada peluang bercakap tu,tetiba rasa ego mencanak naik terus buat-buat sombong.Lalala.
Ada peluang depan mata pergi lepaskan.Bila dah balik rumah,datanglah pula pakcik penyesalan.Kenapa aku tak cakap macam ni dan macam ni dan macam-macam.Sebab gabra campur dengan gembira kot.Semua impian dan angan-angan benda yang nak dibualkan dan mahu ditanya kepada empunya diri semua hilang sekelip mata.
Menyesal.Menyesal.Tak apa melihat sudah cukup.Kan kalau dapat bercakap mahu aku bergolek berguling-guling kerana keriangan.
Tapi aku masih mengharap semoga suatu hari nanti aku dapat buat semua benda yang aku nyatakan diatas.Hehe...
sape laa tu agak nyer~~ XD
ReplyDeletehahahaha
ReplyDelete