Terjumpa video ni.Jom tengok..
Perempuan dan perhatian.Ini pun normal je dalam sebuah perhubungan.Lelaki pun perlukan perhatian.Tapi perempuan kadang-kadang gediknya lebih.Aku pun kategori ni juga.Haha.Mengaku pun.Ada ke perempuan bukan macam ni?Bezanya sebelum kahwin biasanya lelaki ni layan je tapi lepas kahwin,lepas dah serius atau bila dah lama sikit kapel mulalah cakap perempuan tu mengada-ngadalah, tak fahamlah,menyerabutkanlah dan sebagainya.
Tapi takkanlah waktu kerja pun nak menggedik gatal juga nak disuruh melayan bertelefon.Waktu-waktu lain tak boleh ke?Bapak aku langsung tak jawab telefon waktu kerja dia kot.Huhu..Nak apa-apa sila telefon anggaran dia dah nak balik.
Aku rasalah ni semua fasa normal yang semua orang akan hadapi.Jadi sama-samalah bersabar dan mengalah.Jangan dicurah minyak tanah atas api ye.Ini semua adalah warna warni kehidupan.Tanpa warna hambarlah sebuah lukisan kehidupan.
Ada tak suami rindu bila tak dengar isteri berleter?Aku rasa ada dan ramai.Huhu......
Betul ke tak betul?Aku setuju 80% kot.Memang perempuan macam tu.Aku pun perempuan.Hehe..Tapi bukan semua perempuan suka shopping.Aku memang tak suka shopping selalu,tapi bila sekali mula shopping jangan terkejut ye.Tapi tu mungkin terjadi setahun sekali je.
Perempuan dan berleter normal kot.Bayangkan balik rumah sunyi je.Hidang nasi.Duduk makan.Lepas tu mandi solat.Tanpa komunikasi.Bosan kot.Berleter tu salah satu komunikasi berkesan.Sekarang rindu nak balik rumah dengar mak aku beleter.Sebab mak aku mungkin dah pencen dari berleter.Kami adik beradik plak duk tanya bila mama nak berleter ni.Huhu.Fenomena yang turut sama dirasai adik aku kat US.Serius rindu.Haha..Anak-anak dah besar mak pun malas nak bising dah.
Tapi kalau balik penat-penat,sampai je depan pintu rumah terus je si isteri sembur dengan pelbagai jenis bahasa leteran siapa tak panas?Aku pun malas nak dengar.Ditambah plak masa dalam perjalanan balik tu jalan sesak dengan panasnya sampai rumah orang rumah plak bising-bising.Memang tak sesuai lah kot.Cuba bagi air dulu,lepas suami dah makan dah rehat dah mandi.Leter lah puas-puas.Ni gaya mak aku.Macam nilah.Biasanya bukan berleter pun sekadar berkongsi cerita seharian.
Perempuan dan perhatian.Ini pun normal je dalam sebuah perhubungan.Lelaki pun perlukan perhatian.Tapi perempuan kadang-kadang gediknya lebih.Aku pun kategori ni juga.Haha.Mengaku pun.Ada ke perempuan bukan macam ni?Bezanya sebelum kahwin biasanya lelaki ni layan je tapi lepas kahwin,lepas dah serius atau bila dah lama sikit kapel mulalah cakap perempuan tu mengada-ngadalah, tak fahamlah,menyerabutkanlah dan sebagainya.
Tapi takkanlah waktu kerja pun nak menggedik gatal juga nak disuruh melayan bertelefon.Waktu-waktu lain tak boleh ke?Bapak aku langsung tak jawab telefon waktu kerja dia kot.Huhu..Nak apa-apa sila telefon anggaran dia dah nak balik.
Aku rasalah ni semua fasa normal yang semua orang akan hadapi.Jadi sama-samalah bersabar dan mengalah.Jangan dicurah minyak tanah atas api ye.Ini semua adalah warna warni kehidupan.Tanpa warna hambarlah sebuah lukisan kehidupan.
Ada tak suami rindu bila tak dengar isteri berleter?Aku rasa ada dan ramai.Huhu......
No comments:
Post a Comment