Tadi baru saja habis MKU (Malam Kembara Ukhwah 4.0).Macam biasalah.Kalau program pukul 5.30,pukul 5.10 aku baru nak mandi.Pukul 5.30 baru siap mandi nak gosok baju.Pukul 6.30 baru nak tahan teksi.Punyalah payah nak dapat teksi tadi sampai aku dah niat nak berjalan kaki secara marathon dengan Mar je tadi.Alhamdulillah akhirnya dapat juga teksi.
Sampai dekat asrama mara majlis pun baru saja bermula dengan pesanan dan amanat dari senior-senior.Mereka mewariskan kami semua dengan tip-tip untuk menelaah setiap subjek.Apa yang penting,macam mana gambaran exam nanti,apa soalan yang biasa keluar dan sebagainya.
Dah siap.Jom gerak.
Sampai dekat asrama mara majlis pun baru saja bermula dengan pesanan dan amanat dari senior-senior.Mereka mewariskan kami semua dengan tip-tip untuk menelaah setiap subjek.Apa yang penting,macam mana gambaran exam nanti,apa soalan yang biasa keluar dan sebagainya.
Ahli panel.
Selepas itu dapat makan apam balik mini.Kenapa mini?Sebab aku dapat habiskan dua.Lalala.Terima kasih la kepada yang tak datang dapat aku makan lebih.Hahaha.
Cubaan Ogy memasukkan apam balik ke dalam beg aku.Nakal betul budak kena diarrhea ni.
Sambil makan-makan tu kami dihidangkan dengan ini
Kenapa video macam tu?Jangan tanya aku,bukan aku rakam pun Mar yang rakam.Aku tukang cilok je.
Selepas tu giliran abg Zainal pula memberikan sedikit kata-kata.
Abg zainal menghuraikan maksud ayat 36 dan 37 surah Asy-Syura (juzuk 25).Memang menarik isu yang diketengahkan iaitu tentang kemampuan seseorang untuk memaafkan orang lain ketika marah.Ya memang diakui nak memaafkan orang bukan ketika sedang marah pun sukar apatah lagi ketika sedang marah.
Malah orang mampu membunuh ketika sedang marah.Bahaya betul sifat marah ni.Ibarat api yang menyala-nyala yang akan segera terpadam jika kita beristigfar.Ayat 37 mungkin dapat menghalang kita dari marah membuta tuli kerana Allah menjanjikan balasan yang hanya Allah saja mengetahuinya.
Selepas itu sesi bergambar.Aku tak ada pun gambar batch.Huhu.
Ogy,aku,Jimah,Hanis dan Nana.
Bersama JDS terkurang Sally dan Zatil.
gemok dn buncit...hahahaha
ReplyDeletedan comel juga
ReplyDelete