Selipar.Ohh selipar.Kenapa kau putus ehh?Baru je kau berkhidmat dekat aku 2 bulan kau dah pencen ye.Kurang asam lah kau.Nasib baik tak terus tercabut semalam masa balik kelas arab.Kalau tak, ada orang jalan kaki ayam balik rumah tengah-tengah hujan.Waaa sedihnya.
Hujan kenapa engkau turun.Sungguh memalaskan aku untuk bangun pagi.Dan menyeksakan untuk tahan teksi ke kuliah.Bila dah hujan pakcik baiki selipar pun bungkus dekat rumah.Habis tu siapa nak baiki selipar aku ni.
Siapa nak belikan aku selipar atau kasut kaler merah?Cepat angkat tangan.Hehe..Comelnya kasut kaler merah.
Hasil tangkapan tadi dekat carrefour .Di sponser oleh Mar semuanya kecuali yang bulat-bulat tu.Ni khas untuk budak-budak dekat wad kanak-kanak.Cepat siapa nak gula-gula kena bagi kerjasama masa aku nak check.Hehehe....
Sekarang aku tengah menghabiskan subjek paediatrics.Mari mengasah sifat keibuan.
No comments:
Post a Comment