nuffnang ads

Friday, 30 December 2011

$eLaMaT h@Ri tU@ M@R

Selamat hari lahir makcik mardhatinajwa abdullah yang ke 22.Selamat hari tua.Selamat berat bertambah-tambah.Hehehe..

Mar ni PELIK banyak dari orang.Orang lain ada satu je tarikh lahir tapi makcik ni ada dua tarikh lahir.Apa?Kauorang ada dua juga????Ikut bulan islam lain?Ohh kalau macam tu makcik ni ada 3 lah tarikh lahir.Hahahaha...

Mar ni ada dua tarikh lahir sebab tarikh lahir dalam ic dengan tarikh sebenar berbeza.28/12 hari lahir dalam ic dan 29/12 hari lahir sebenar.Kalau tak silap akulah.Malas nak p tanya.Hahaha....

Semalam kan aku ada exam arab kan.Jadi,aku rasa nak sambut besday makcik ni 29 lah.Tapi semalam makcik  ni dah p sambut sendiri dengan beli sendiri pizza


Dan dengan konfiden nya makcik ni p bayar pizza sambil menghulurkan sekeping duit 10 genih.Walawei nak buat lawak pun agak-agak lah.Mahu bergegar pizza hut tu aku gelak.Hahaha....Serius lawak k....

Kek besday Mar?Ada.Tapi.....

tengok sendiri lah.....

                                   sob sob sob....

Kek ungu.

Comot?Nak buat macam mana.Masalah teknikal.Aku baru buat topping dia pagi tadi kot.Lepas ada TBL(team based learning).Terus balik rumah,rebus telur sama gula.Sekali telur dah keras, gula baru nak timbang.Nasib baik aku mempunyai magik untuk mencairkan telur tu balik.Hahaha...

Tahun ni aku buat kelainan dengan tak memberikan kejutan pun untuk p sambut besday makcik ni.SEBAB nantikan dia bagi aku kejutan lagi macam tahun lepas,mahunya aku lingkup pizza queen tu.

Ni masa sambut besday Mar tahun lepas dengan besday Abg Nik.
Ohh abg nik happy belated besday.Selamat menjadi bapa.Entah-entah kan dapat baby besday sama dengan ecah nanti...Lalalaa

Dan satu lagi,kenapa kedai ni aku p makan.Sebab tahun lepas ada orang janji nak belanja aku makan kat sini lepas aku belanja dia makan dekat restorant thai.Tapi dia mungkir janji.Kan kan kan.....
Suka gila makcik ni dapat hadiah yang dibalut sendiri.Jahatkan aku kenakan makcik ni.

tapi makcik MAR punya jahat!!!!

Serius sangat jahat.Masa hari besday aku tu,Farah keluar,Mar pun keluar.Abg nik ajak aku p keluar sambut besday.Aku pula tak tahu nak suruh siapa temankan.Farah tak balik lagi,Mar balik-balik buat muka masam.Bukan senang nak tengok makcik ni buat muka masam,terus aku tak jadi ajak dia temankan aku.Masa dalam teksi dengan abg nik tu,aku pun membebel menceritakan alkisah dua bersaudara ni.Pakcik tu pula senyum-senyum je.Geram campur sakit hati, selera nak main boling pun terus hilang.Dengan malas aku masuk pizza queen.SEKALI tercokoh dua orang hantu ni dalam pizza tu.Mahunya aku tak mengamuk.Malu gila k duk membebel-bebel.Huahua.....Nak nangis pun ada.Sengal betul!!!!

Mar punya sengal lagi,boleh pula besday aku yang 20 dia p beli lilin 21!Versi jimat bajet terover ni....

Ok,tamat mengimbau memori lalu.


Tadi asal-asal nak p belah kek dekat stanley bridge sambil tengok matahari terbenam,tapi Farah pula tidur.Aku pun satu, buat plan lepas tu tak bagi tahu siang-siang dekat orang.Huhu...Tengok bulan pun jadilah kan.Huhu..


Apa kebenda la kami duk buat tu.

Cuba dekat sikit.....

Ohh cubaan memasang lilin.Memang tak dapat lah.Tepi laut macam mana nak hidup api lilin tu...

Lilin pun patah.Hahaha...

Tengok suap kek mulut dia dulu.Ish gelojoh betul. 

Farah

Tengok suap aku,tapi mulut dia paling LUAS.Hahaha....

Suka gambar ni sangat-sangat.

Pakcik-pakcik dan makcik arab yang sibuk duk minta kek juga.Tu namanya rezeki berkat,kongsi ramai-ramai.Kan kan kan.



Kat kedai ni tak boleh bawa makanan luar,sebab tulah kami makan tepi jalan kek tu.

AMACAM sambut besday TEPI JALAN?????

Cina arab.Ke arab cina???

Saya seorang yang gemuk.Terima kasih.


Won ton.Sedap sangat.

Ayam masak apa ehh.Mar order.

To-fu.Sedap.Pertama kali aku makan.

Ni tomyam bersantan.Tak tahu nama spesifiknya.



Makan-makan juga.Bil jangan lupa bayar.


Kesimpulannya,makanan dia best sangat.Menepati cita rasa aku.Layanan dia pun boleh lah.Nak makan tak perlu orang layan best-best yang penting makanan best.Asal pelayan tak kerek dah cukup.Tapi tandas dia tak best.Ada kaitan ke?Ada ok.Harga?Ok kot.Aku rasa berbaloi-baloi sebab makan kenyang habis dalam 200 genih pun ok la.Cukai dia 22%..


Ni lah saya.Sepotong kek yang comot.Malas dah nak solek-solekkan kek ni.Selepas naik turun trumco,masuk san stefano,berlarian kat stanley bridge,saya memang patut comot kan.

No comments:

Post a Comment