Mimpi apakah aku tetiba nak buat sura ni?Mimpi gatal tangan la tu nak main masak-masak walau exam hari khamis ni.Exam lagi.....
Setelah cubaan menuntut ilmu dari mak aku tak berapa nak berjaya.Satu, sebabnya telefon pakai voip dengar putus-putus tak clear sangat program menuntut ilmu jarak jauh.Dua bila suruh mak aku hanatr mesej dapat plak mesej sekerat-sekerat.Tak complete.Cukuplah sekadar tahu bahan-bahannya.Yang selebihnya mari mencuba hentam.
Semangat punya nak buat sura khamis malam dah p fatallah p beli santan sampai tak cukup duit k shoping sakan.Sampai kaunter kena tinggal 2 barang sebab duit ada 140 je.Waa malu-malu.Bagi menebus malu boleh plak aku p atm dan p bayar balik barang tadi dekat pakcik yang sama.Siap pakcik tu tanya aku balik rumah ke p ambil duit.Huahua.......
Bahan-bahannya:
3 pot beras yang direndam terlebih dahulu dan dikisar dan dimasak dengan air yang 3 kali ganda dari sukatan asal beras.(Contoh kalau 3 pot beras masak dengan 9 pot air ala-ala nak masak bubur)(Tapi aku rasa senang masak je dulu beras tu,dah jadi bubur baru mesin..Hahaha..Macam tu pun boleh ke????)
1 pot kacang hijau direbus
1 pot kacang merah direbus
1 tin jagung (Ni kes kena tipu dengan Mar dia cakap orang masuk jagung.Padahal tak.Engkau kan yang nak makan jagung kan Mar...)
1 pot bawang goreng
3 ketul ubi keledek dipotong dadu dan direbus
1/4 kg daging direbus dan disiat halus-halus (Adakah betul penggunaan kosa kata?Huhu)
1 tin santan (anggaran santan RM2 kat Malaysia)
2 labu bawang besar dikisar
3 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 batang serai dikisar
Air rebusan daging
Kerisik
Rempah kampung 1 paket
1 keping nisan kerek kecil (Adakah dalam kategori bahasa standard?)
Cara-caranya:
Cara masak ni aku reka je sebab menuntut ilmu separuh jalan.Macam tulah jadinya.Kalau ada silap dan salah boleh tolong ajarkan.
Mula-mula masukkan bahan kisar (bawang besar,bawang putih,serai dan halia)Tumis tanpa minyak sehingga hampir kering.
Masukkan rempah (Sesungguhnya ini adalah rempah ajaib sebab aku buat ayam goreng rempah,kuah nasi dagang pun pakai rempah ni.Sekarang pakai buat sura plak.Huahua...Pandai betul..)
Kemudian masukkan daging.Masukkan air rebusan daging.Masukkan santan.
Masukkan kerisik,garam dan nisan. (Bukan batu nisan ye..)
Setelah nisan dan kerisik mencair,masukkan nasi.Kemudian kacang hijau dan kacang merah.
Kemudian masukkan jagung.
Kacau rata.
Dan nak kering tu baru masukkan ubi keledek.(Kalau masuk awal-awal nantikan hancur macam keledek aku semalam.)
Akhir sekali masukkan bawang goreng.
Kacau dan kacau lagi sehingga dari penuh satu periuk tinggal separuh periuk.
Dapat dibayangkan betapa perkasa otot-otot biceps dan triceps aku semalam.
Dah hampir kering masukkan bawang goreng.Kacau rata.
Dan masukkan dalam bekas.Dan sila bawak ke kelas untuk makan bersama-sama.

No comments:
Post a Comment