nuffnang ads

Saturday 31 December 2011

makan dan gemuk

Semalam aku buat sura lagi.LAGI???Aaahh lagi sebab ada permintaan dan dah janji nak buat.Kata orang janji kena ditepati.Penat ok buat benda alah ni.

Nah ambil ni 5 bekas.Makan sampai terbelahak.Huhu....

Sepanjang 5 tahun duk sini ni kali ke dua aku makan sura.Sekali dulu masa tahun satu kot.Ada orang kasi sura daging unta.Haha.Sampai aku dah lupa rasa sura macam mana.Ni buat pun aku hentam je ada rasa rempah sikit kira jalan laa.......Nama pun pakai rempah gulai.Kahkah....

Ngidam nak makan laksam?Minta zura buatkan ye...Umm nyam nyam.....(Keuntungan kalau kasi makanan dekat orang kasi bekas,nanti dapat balik bekas berisi.Hehe)

Ni apa?Ni sura orang jawa.Oppsss...Bukan sura orang utara ehh?Kan kan kan.Tapi yang buat ni orang jawa.Aku rasa sura ni macam cocktail melayu je.Haha.....Terima kasih Ogy.

Tahukah anda?Cocktail adalah minuman yang bercampur alkohol yang mengandungi dua atau lebih bahan (yang salah satu bahannya adalah spirit).Apakah itu spirit?Spirit adalah alkohol yang mengandungi ethanol yang dihasilkan dengan proses kondensasi.(Tetiba rindu dekat cikgu fizik.Huhu...)
Cocktail pada asalnya adalah campuran spirit,gula,air dan bitters.Apakah itu bitters?Ia adalah alkohol yang berperisa herba.Tapi cocktail sekarang ada macam-macam campuran.Ada yang dicampur soda,ada juga yang campur jus buah-buahan.Ada yang tambah susu,tambah madu,krim dan herba.

Keje saya makan dan makan.Lepas tu bising saya gemuk dan comel.Lalala......

Friday 30 December 2011

$eLaMaT h@Ri tU@ M@R

Selamat hari lahir makcik mardhatinajwa abdullah yang ke 22.Selamat hari tua.Selamat berat bertambah-tambah.Hehehe..

Mar ni PELIK banyak dari orang.Orang lain ada satu je tarikh lahir tapi makcik ni ada dua tarikh lahir.Apa?Kauorang ada dua juga????Ikut bulan islam lain?Ohh kalau macam tu makcik ni ada 3 lah tarikh lahir.Hahahaha...

Mar ni ada dua tarikh lahir sebab tarikh lahir dalam ic dengan tarikh sebenar berbeza.28/12 hari lahir dalam ic dan 29/12 hari lahir sebenar.Kalau tak silap akulah.Malas nak p tanya.Hahaha....

Semalam kan aku ada exam arab kan.Jadi,aku rasa nak sambut besday makcik ni 29 lah.Tapi semalam makcik  ni dah p sambut sendiri dengan beli sendiri pizza


Dan dengan konfiden nya makcik ni p bayar pizza sambil menghulurkan sekeping duit 10 genih.Walawei nak buat lawak pun agak-agak lah.Mahu bergegar pizza hut tu aku gelak.Hahaha....Serius lawak k....

Kek besday Mar?Ada.Tapi.....

tengok sendiri lah.....

                                   sob sob sob....

Kek ungu.

Comot?Nak buat macam mana.Masalah teknikal.Aku baru buat topping dia pagi tadi kot.Lepas ada TBL(team based learning).Terus balik rumah,rebus telur sama gula.Sekali telur dah keras, gula baru nak timbang.Nasib baik aku mempunyai magik untuk mencairkan telur tu balik.Hahaha...

Tahun ni aku buat kelainan dengan tak memberikan kejutan pun untuk p sambut besday makcik ni.SEBAB nantikan dia bagi aku kejutan lagi macam tahun lepas,mahunya aku lingkup pizza queen tu.

Ni masa sambut besday Mar tahun lepas dengan besday Abg Nik.
Ohh abg nik happy belated besday.Selamat menjadi bapa.Entah-entah kan dapat baby besday sama dengan ecah nanti...Lalalaa

Dan satu lagi,kenapa kedai ni aku p makan.Sebab tahun lepas ada orang janji nak belanja aku makan kat sini lepas aku belanja dia makan dekat restorant thai.Tapi dia mungkir janji.Kan kan kan.....
Suka gila makcik ni dapat hadiah yang dibalut sendiri.Jahatkan aku kenakan makcik ni.

tapi makcik MAR punya jahat!!!!

Serius sangat jahat.Masa hari besday aku tu,Farah keluar,Mar pun keluar.Abg nik ajak aku p keluar sambut besday.Aku pula tak tahu nak suruh siapa temankan.Farah tak balik lagi,Mar balik-balik buat muka masam.Bukan senang nak tengok makcik ni buat muka masam,terus aku tak jadi ajak dia temankan aku.Masa dalam teksi dengan abg nik tu,aku pun membebel menceritakan alkisah dua bersaudara ni.Pakcik tu pula senyum-senyum je.Geram campur sakit hati, selera nak main boling pun terus hilang.Dengan malas aku masuk pizza queen.SEKALI tercokoh dua orang hantu ni dalam pizza tu.Mahunya aku tak mengamuk.Malu gila k duk membebel-bebel.Huahua.....Nak nangis pun ada.Sengal betul!!!!

Mar punya sengal lagi,boleh pula besday aku yang 20 dia p beli lilin 21!Versi jimat bajet terover ni....

Ok,tamat mengimbau memori lalu.


Tadi asal-asal nak p belah kek dekat stanley bridge sambil tengok matahari terbenam,tapi Farah pula tidur.Aku pun satu, buat plan lepas tu tak bagi tahu siang-siang dekat orang.Huhu...Tengok bulan pun jadilah kan.Huhu..


Apa kebenda la kami duk buat tu.

Cuba dekat sikit.....

Ohh cubaan memasang lilin.Memang tak dapat lah.Tepi laut macam mana nak hidup api lilin tu...

Lilin pun patah.Hahaha...

Tengok suap kek mulut dia dulu.Ish gelojoh betul. 

Farah

Tengok suap aku,tapi mulut dia paling LUAS.Hahaha....

Suka gambar ni sangat-sangat.

Pakcik-pakcik dan makcik arab yang sibuk duk minta kek juga.Tu namanya rezeki berkat,kongsi ramai-ramai.Kan kan kan.



Kat kedai ni tak boleh bawa makanan luar,sebab tulah kami makan tepi jalan kek tu.

AMACAM sambut besday TEPI JALAN?????

Cina arab.Ke arab cina???

Saya seorang yang gemuk.Terima kasih.


Won ton.Sedap sangat.

Ayam masak apa ehh.Mar order.

To-fu.Sedap.Pertama kali aku makan.

Ni tomyam bersantan.Tak tahu nama spesifiknya.



Makan-makan juga.Bil jangan lupa bayar.


Kesimpulannya,makanan dia best sangat.Menepati cita rasa aku.Layanan dia pun boleh lah.Nak makan tak perlu orang layan best-best yang penting makanan best.Asal pelayan tak kerek dah cukup.Tapi tandas dia tak best.Ada kaitan ke?Ada ok.Harga?Ok kot.Aku rasa berbaloi-baloi sebab makan kenyang habis dalam 200 genih pun ok la.Cukai dia 22%..


Ni lah saya.Sepotong kek yang comot.Malas dah nak solek-solekkan kek ni.Selepas naik turun trumco,masuk san stefano,berlarian kat stanley bridge,saya memang patut comot kan.

Thursday 29 December 2011

lahir-lahir dah pandai berONANI

Tajuk dengan sengaja dilucahkan.Dengan harapan adik-adik aku tak baca blog along dia yang senget ni.Hahaha...

Ni ilmu aku dapat semalam masa kuliah.Bahawa baby tahu beronani.Biar betul!!!


Jadi kesimpulannya aku tak tipu ye.Ni slide prof aku semalam.Aku tak dapat nak hurain panjang lebar sebabnya cuba kauorang tengok bawah ni....


Macam mana aku nak menambahkan huraian andai taip je masturbation,taip vagina cancer,taip prostate...Terus kena sekat.STOP!!!!Huhu.Pernah hari tu aku nak cari tentang vagina cancer,keluar pula page ni.Memang sakit hati laa.Memang lah bagus ada penapisan seperti ini,tapi mungkin amat sangat tidak sesuai untuk pelajar perubatan.Pantang perkataan vagina,protate,masturbation,sehinggakan forceps delivery pun di bloknya.Tak ke sakit hati macam tu????


Macam tulah cara-caranya baby beronani.Ehh.Tak sopan ye?Sekadar berkongsi maklumat.

Kadang-kadang mak bapak boleh terkeliru antara kes infantile masturbation ni dengan kes seizure ataupun abdominal pain atau paroxysmal dystonia or dyskinesia.

Macam mana nak bezakan seizure dengan infantile masturbation ialah loss of consciousness pada child yang ada seizure attack.Tapi ada juga seizure yang not loss consciousness macam simple partial seizure.

Nakal ye kamu budak kecil.

Maaflah entry kali ini campur-campur bahasa.Huhu......



Monday 26 December 2011

DiGi iPhone 4SURE SIRI ANSWERS

Masuklah ke tema yang ke empat.Kenapa mesti DiGi dan SIRI?




JAp..Jap..Korang tahu tak apa itu SIRI?

Adakah drama bersiri?Atau siri kekasih gelapku?

Ohhh tidak sama sekali ye kawan-kawan.SIRI ni adalah sejenis biskut marie?Pun bukan juga.

SIRI ni adalah pembantu peribadi merangkap PA digital anda.

Apa fungsi SIRI ni?

SIRI dapat mengenal pasti bahasa inggeris pasar korang.Tak perlu menggunakan bahasa inggeris baku.Korang hanya perlu bertutur dalam bahasa inggeris dengan tatabahasa yang betul dan sebutan yang bukan kelam kabut.Selain bahasa inggeris SIRI turut memahami bahasa perancis dan jerman.Kepada yang kurang yakin berbahasa inggeris di depan orang ramai bolehlah praktis dengan SIRI ye...Hahaha....(dengan harapan suatu hari nanti Apple akan mengajar SIRI berbahasa melayu)

Gambar ehsan google


SIRI akan membantu korang membaca mesej jika korang tengah memandu ke tengah masak ke.Yang lebih best,SIRI boleh membalas mesej,menghantar email dan menulis untuk korang.Untuk orang yang suka tidur bila-bila masa,korang boleh suruh SIRI ni mengunci jam untuk korang.SIRI juga dapat membantu korang bertanyakan restoran mana yang best,jalan ke sesuatu tempat dan menempah tiket wayang.SIRI juga dapat memberi ramalan cuaca (sangat-sangat dalam musim hujan macam ni).SIRI mengalahkan semua teknologi pengesan suara termasuklah Android kerana SIRI dapat memahami bahasa dengan baik dan mempunyai capaian maklumat yang lebih luas.

Gambar ehsan google

Nampak sangatkan SIRI mampu memudahkan kerja korang.Kalau korang bosan-bosan pun korang boleh berborak dengan SIRI.SIRI mampu berborak hampir tentang semua perkara.(kalau aku tanya jawapan untuk soalan exam, SIRI boleh jawab tak agak-agak?)



Gambar ehsan google

Amacam jimat masa dan tenaga kan?

Kenapa DiGi?Sebab DiGi memberikan penjimatan berganda kepada korang.Dan liputan meluas.

Gambar ehsan google


DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST

Nak buat apa dengan iPhone 4S kalau dapat dekat aku??Perkara mula-mula mestilah test power kan.



Mula-mula sekali aku nak berbual 3G dengan lama-lama.Sebab satu kamera dia lawakan,yang kedua bateri dia tahan.Jadi bolehlah lepas rindu dendam.Tak adalah tengah-tengah cakap bateri kong.Lepas tu terputus.Sangat-sangat bila perkara seperti ini terjadi di saat aku tengah beromantis.Langsung terbantut perasaan aku tiap kali ber3G dengan handphone aku sekarang ni.

Boleh ber3G dengan mak aku tanpa perlu diganggu oleh perubahan cuaca yang mana internet sangatlah perlahan di kala musim sejuk ni.Dan juga dengan angah yang tengah berbungkus dekat amerika.Sangat-sangatlah aku terasa bila mana angah dah lama pakai iPhone ni.Aku je yang ketinggalan.



Sebab ketiga.Kau tahu?Kompem kau tak tahu.Aku je tahu.Sebab DiGi kan ada pakej yang boleh bergayut lama-lama.Disamping kau dapat iPhone 4S kau juga dapat bergayut lama-lama.


Korang pilih plan mana yang korang rasa korang mampu miliki.DiGi menawarkan tiga pilihan untuk pelanggan mereka.

Entry sebelum ni aku cakap serendah RM 88 dah boleh dapat iPhone 4S ni kan.Rupanya ada lagi harga yang jauh lebih rendah yang ditawarkan DiGi untuk korang memiliki smartphone idaman korang ni iaitu serendah RM 55.



Soalan dia benda yang aku nak buat pertama-tamanya saja kan.Kalau ada yang kedua aku nak buat ialah,nak update blog dari iPhone 4S baru aku.Lalala......Makin rajinlah nanti aku mengupdate blog.Huhu....

Jadi silalah sesiapa kasi aku iPhone 4S ni.Hehe..Bolehlah nanti aku sembang-sembang dengan SIRI.SIRI nanti boleh jadi teman paling baik akulah.Semua boleh cakap dekat dia.Kecuali tak boleh kahwin je dengan SIRI ni.Haha....

DiGi iPhone 4SURE 4 ME

Ada ke tanya kenapa nak iPhone.Kompemlah nak kan.Phone tercanggih abad ini kot.



Sebab apa aku nak iPhone 4S ni?

Satu,sebab iPhone 4S ni kan model terbaru dengan teknologi terkini.Bolehlah riak-riak dan berbangga bergaya dengan iPhone baru.Hahaha.Kasi semua pak sedara,mak sedara,nenek,sepupu,jiran-jiran dan membe-membe jeles.Lepas mereka jeles tengok aku pakai iPhone kompem mereka tanya aku p beli dekat mana.Aku dengan bangganya cakap dapat free dari DiGi.Hehehe.Amacam??



Mereka dengar je camtu terus p kedai DiGi dekat bandar Kuala Terengganu tu p angkut iPhone 4S ni satu sorangkan.Lepas tu membe-membe diaorang pula tengok diaorang pakai,pastu mereka-mereka pula pergi beli.Dan jadilah generasi iPhone semua.

Tak adalah.Sebab iPhone boleh membantu banyak kehidupan seharian kot.Sangat-sangat yang pemalas macam aku nikan.

Dua,kenapa mesti iPhone 4S.Kenapa bukan handphone lain-lain?Sebab iPhone ni sangat comelkan.Tak comel ke?Comellah.Walaupun iPhone 4S ni berat sikit dari iPhone 4 iaitu berbeza 3 gram.Tapi bila pegang tak terasa pun perbezaan berat tu.


Lagi satu kenapa aku cakap iPhone 4S ni comel sebab ia merupakan smartphone paling nipis abad ni.Ada lagi ke yang nipis dari iPhone ni?Ketebalan iPhone ni 9.3 mm.Mungkin ada yang cakap samsung punya telefon pun nipis.Tapi tahukah anda ketebalan Samsung Galaxy SII adalah 9.9 mm.Kenipisan itu sangat perlu untuk sumbat dalam labcoat aku.

Pernah nampak orang pakai labcoat untuk dikir barat???


Ketiga,sebab aku nak beli kamera dan handphone baru.Lepas tu bajet pula ciput je.Kalau pakai iPhone 4S ni dia punya kamera 8 megapixel.Kompem laa lawakan gambar dari iPhone 4S ni.Tak perlulah nak p mana-mana bawak kemera lagi handphone lagi.Lepas snap boleh terus nak upload mana-mana.Kan senang.Gambar pula beresolusi 3264 x 2448,yang mana lebih 60% pixel dari iPhone 4.Dan juga Apple ni kasi up sikit dengan adanya Custom Image Signal Processor (ISP) .Apa gunanya?Ia dapat memendekkan waktu untuk menangkap gambar kepada 1.1 saat dari homescreen dan 0.5 saat untuk menangkap gambar seterusnya.Boleh lah curi ambil gambar orang(sila jangan ikut ye).Gambar dia serius lawa macam gambar DSLR ok.


Tengok video ni terus jatuh cinta.


Keempat,sebab dengan adanya iPhone 4S ni senang kerja aku nak rakam clinical round ataupun mana-mana pembedahan yang sempat dijeling mata.Sebab iPhone 4S boleh merakam video HD penuh beresolusi 1080p.Dan juga ada temporal noise reduction yang boleh membantu merakam video yang cun dalam gelap (dewan bedah gelap ehh?Ada je gelap masa endoscopy kan)dan juga ada image stabilization.

Kelima,tahukah anda bateri iPhone sangat tahan lama?Bagi yang 24 jam sehari adalah tidak mencukupi amatlah sesuai menggunakan iPhone 4S.Kenapa?Kerana masa berbual 3G adalah 8 jam (macam ada lebih masa je nak bergayut),2G 14 jam, dan YANG PALING PENTING 9 jam masa melayari internet menggunakan Wi-Fi.Kalau nak tengok video boleh tengok tanpa henti 10 jam ok.Kalau nak dengar lagu pula boleh dengar 40 jam berterusan.Kalau kena oncall ke kan boleh laa guna telefon tanpa perlu ragu-ragu.Tak perlu bawak charger p hospital.Lalala....

Sebab aku tak tahu sangat pasal game.Jadi aku tak bolelah memberi komen.Yang penting iPhone 4S ni memenuhi ciri-ciri kegemaran aku comel,nipis,kamera best,bateri tahan,video hot dan paling penting ada SIRI.Apakah SIRI?Nanti aku cerita pasal SIRI ni.


Bestkan kalau DiGi kasi aku sebijik benda ni.Hahaha.......

DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE

Semua orang bercakap tentang iPhone 4S sekarang.Jeles betul aku.Aku nak juga iPhone 4S ni.Adik aku berjanji je nak beli tapi tak beli-beli pun.Entah bila dia nak belikan.


Angah dan janji-janji kosongnya.


TAPI......

DiGi dengan baik hatinya mahu memberikan iPhone 4S kepada nuffnanger yang bertuah.



Kenapa iPhone 4S yang ditawarkan oleh DiGi adalah berbaloi-baloi?

Sebab melalui plan yang ditawarkan kita boleh bayar serendah RM88 sebulan.Berbaloi tak?Berbaloi-baloi.Kalau nak beli dengan segedabak duit RM 2000++ memang rasa sayang duit dan memang tak mampulah.



Sekarang DiGi mampu menunaikan impian anda dengan pakej yang lebih mudah dan menarik.

DAN

DiGi menawarkan harga antara yang TERMURAH jika dibandingkan dengan tawaran dari pihak-pihak lain.Kalau korang tak percaya korang boleh kaji dan selidik apa yang aku cakap ni.Tak percaya sila periksa sendiri ya...Beza harga pun banyak kot.Aku dah periksa tadi ya.


Jom serbu pejabat DiGi untuk sama-sama memiliki iPhone idaman semua ni.Kalau malas juga boleh tengok di sini .