nuffnang ads

Sunday 15 April 2012

ASFEST hari Kedua

Ada membe yang cuba menjawab teka-teki aku tu.Bagi membantu....

Ya tepat sekali benda tu adalah ikan.Spesis ray.Tapi ray apa yeee????


Klik SINI untuk menjawab dan meninggalkan komen.

Semalam hari kedua ASFEST.Acaranya adalah indoor games.Sebab aku pun masuk sekali,jadi tak banyak sangatlah gambar.Terasa macam wakil Media PERUBATAN.Haha.

Sebagai orang yang tak pernah buat benda alah ni,haruslah aku mempraktikkan bakat terendam aku.Ni pertama kali kot buat gubahan hantaran.Mama selalu cakap akulah orang paling tak seni kat rumah tu.Huhu.Walhal bunga-bunga dekat rumah aku yang gubah kot.(Protes-protes)

Yaa dah siap.Memang berbakatlah kau cah.Haha.Masuk lif tekan sendiri.Ni tuala aku pakai dah kot.Ishh dasar pengotor.Haha.
Saya dapat bunga.Anda jeles?Apasal muka sedih semacam?Penat ok.Kata acara mula pukul 2 petang.Pukul 2.05 ada kat rumah lagi.Huhu.Hari tu aku datang awal korang mula lambat,hari ni aku datang lambat laa.Haha.Tapi mulanya pukul 2.45 juga.

Team gubahan hantaran.

Taklimat ringkas mengenai acara galah panjang.Sudah jadi budak-budak tadika balik makcik-makcik ni.Isk-isk.
Yaa itu dia.Asyik-asyik lawan tahun 6.Isk-isk.

Tengok aku baru terkial-kial nak buat.Tapi senior kita dah siap kot.Terer laa diaorang.Kan.....

Adik-adik menunjukkan kepakaran.

Nak guna benang ke nak gula getah ikat rambut.Sambil tengah ajar Fatin buat burung a.k.a itik a.k.a angsa.Haha.Sedangkan aku adalah pendatang dalam industri ini,memandai je.

Comel tak 2 ekor burung kami yang berparuh pink?Huhu.Beberapa jam sebelum pertandingan bermula baru ambil keputusan nak buat apa dan nak beli barang apa.Koboi sangat.Nanti kahwin jangan buat macam ni naaa...

 Cik Ella yang tak pernah tak cun.Nak belajar cara pakai selendang macam tu......Nak..Nak....

Akhirnya siap juga.Meh ikat-ikat...

Peserta sudoku khusyuk menyelesaikannya.

Alhamdulillah siap.Kami menerima tempahan gubahan hantaran  bla bla bla....Haha..

Bersedia untuk menghantar kepada juri kita.

Masa dah tamat.Sila hantar ye..


Pengadil kita.Sila berat sebelah ye.Asal-asal ada je makcik Aindah tanya aku nak suruh jadi pengadil,sekali aku aktif laa pula bergiat dalam semua acara.Huhu

Peserta regu.

Ni ada pakcik orang suruh tengok gambar dia p ambil gambar.Isk isk.Degil noo.

Aktiviti malam..bersambung.....


2 comments: