nuffnang ads

Saturday 12 May 2012

ApA eRTiNyA BAHAGIA

B  A  H  A  G  I  A
A
H
A
G
I
A

Mudah mengejanya tapi semudah itukah definisinya?Semudah itukah kita mendapatinya.7 huruf yang membawa 1001 erti.

Apa erti bahagia yang sebenar?Apa definisinya?

Apakah kayu ukur BAHAGIA itu?

Adakah gelak ketawa itu lambang bahagia?Tapi ada juga yang mengatakan air mata itu air mata kegembiraan.Adakah kemewahan material itu bahagia?Atau punya keluarga yang menyayangi itu bahagia tanpa ekonomi yang kukuh?

Atau adakah penyatuan dua jiwa dua insan yang bercinta itu bahagia?

Ada yang berkata sia-sia saja EMPAT tahun bekorban saling mencintai tapi tidak menemui bahagia.Atau ada yang menunggu puluhan tahun untuk bersama,akhirnya setelah janji dimeterai sekelip mata dia berubah hati.

Adakah jika seseorang itu punya serba serbi.Kerja goyang kaki itu bahagia?

Atau adakah seorang doktor yang awal paginya sibuk dengan surgery,kemudian bergegas mengajar pula,kemudian ward round pula,kemudian mengajar lagi.Kemudian bekerja lagi dengan hospital swasta pada sesi petang dan malamnya.Dan pulang ke rumah dengan muka kepenatan.Tidak bahagia?


JIka orang yang sakit,bahagianya KESIHATAN
Jika orang yang sibuk,bahagianya MASA LAPANG
Jika orang yang lapar,bahagianya KEKENYANGAN
Jika orang yang haus,bahagianya MINUMAN

Adakah orang yang lapar,haus,sibuk dan sakit tidak bahagia?

Adakah orang yang menolak kebahagiaan untuk dirinya tidak bahagia?
Adakah orang yang menutup pintu hatinya dari menemui bahagia itu tidak bahagia?

Dia bahagia dengan hidupnya sekarang.Dia bahagia dengan apa yang dia punya.Dia pernah terluka dan dia tidak mahu lagi terluka.Dia penat merawat lukanya.Dia cukup bahagia dengan apa yang ada padanya sekarang.Dan dia takut untuk bahagia.Dia takut kehilangan bahagia yang dia punya sekarang.Dia tidak mahu dikatakan YANG DIKEJAR TAK DAPAT,YANG DIKENDONG KECICIRAN.

Dia amat bersyukur dengan apa yang dia punya.Cukuplah apa yang ada hari ini buatnya sekarang.Kerana dia sedar,jika dia TIDAK BAHAGIA ketika dia cuba mencari KEBAHAGIAAN BARU dia mungkin akan KEHILANGAN BAHAGIANYA hari ini.

Dia tidak sanggup memperjudikan hidupnya.Baginya,cukuplah sekali,dia jatuh dan kecundang dari BAHAGIA.Dia tidak mampu lagi.......

Salahkah dia cuba untuk menidakkan ruang kepada dirinya untuk BAHAGIA ?????

BAHAGIA ITU PILIHAN

p/s:buat anda yang mengatakan sia-sia empat tahun anda bersama si DIA.You deserve better.....

2 comments:

  1. Hi there
    I just want to tell I enjoy reading your blog

    Please update often hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ..I will try..Sometime just out of idea....

      Delete