nuffnang ads

Tuesday 11 October 2011

kek carrot

Serius penat sangat hari ni.Walaupun tadi clinical round habis awal.Tak lah awal sangat pukul 2.15pm jugak habis tadi.Balik kelas lepak-lepak kejap.Angkat baju di ampaian hari dah nak malam.Pastu chating kejap tetibe gatal nak buat kek pula rasanya.Tak tidur la aku petang tadi.Ni pun baru balik kuar makan ngan membe.

Dah lama aku nak buat kek carrot ni sebelum balik evakuasi hari tu lagi.Tapi hari ni baru tepung tu jadi kek.

Bahan-bahannya yang diperlukan:

2cawan tepung gandum
2sudu serbuk penaik
1sudu teh serbuk kulit kayu manis
11/2 cawan gula halus (Aku kurangkan separuh gula dari resepi asal.Tak suka sangat manis-manis ni)
11/4 minyak sayur (Tapi aku guna minyak masak cap bunga matahari je)
4 biji telur
11/2 cawan carrot parut






Aku tak masukkan kismis ke walnut ke atau buah-buahan kering lain sebab housemate aku tak makan benda-benda tu semua.Dia panggil sampah.Hahaha....Jadi memang sempoi la kek carrot aku ni.Jimat bajet punya versi memandangkan elaun bulan ni tak masuk lagi.Ai dah 10hb kot ni.

Cara-caranya:

Ayakkan tepung,garam dan serbuk penaik dalam satu bekas.
Pukul telur sehingga kembang.Selepas itu masukkan minyak dan gula halus.Pukul sehingga sebati.
Masukkan serbuk kulit kayu manis dan bahan yang telah diayak sedikit-sedikit.
Akhir sekali masukkan carrot yang telah diparut.
Gaul sebati dan kemudian masukkan ke dalam acuan.


Bakar dengan api sederhana sehingga masak lebih kurang 50 minit kot tadi.Tak sempat sejuk pun lagi dah potong-potong kek tu.Terus jadi pecah-pecah sikit.Semua gara-gara dah janji nak keluar makan lepas maghrib alih-alih lepas isyak gak baru keluar.



Lepas tu boleh dimakan panas-panas.


No comments:

Post a Comment